Apa itu Freaks?

Hy guys..harini aku nak lepak, borak2 1 topik ni memandangkan sebelum ni aku ada terbaca satu artikel..aku tak tau samada korg leh berbangga, pelik @ menakutkan korg.Pada aku pulak..sedikit horror la memandangkan apa yang aku baca pun bertajuk Freaks.So apa tu Freaks??

Freaks ni adalah kumpulan di mana mereka tak seperti manusia!Perghh ape punya ayat la..tapi tu la kenyataannya.Aku xleh nak describe macamana sebab mereka manusia yang bukan seperti manusia lain.Mereka jadi begini bukan disebabkan terkena radiasi ataupun mutasi, tapi kemungkinan akibat penyakit genetik atau keturunan.Tapi jangan korg pandang rendah mereka ni sebab merekalah kumpulan yang bertanggungjawab membawa sarkis ke era kegemilangan.Namun apa yang penting aku nak bagitau..mereka juga manusia ciptaan tuhan, cuma mereka tidak sesempurna kita.


So Freaks ni asalnya manusia biasa, cuma yang bezanya mereka dilahirkan tidak normal.Maksud aku dorg cacat, xde tangan @ kaki, masalah tumbesaran, kecacatan otak, dan penampilan yang berbeza dari manusia normal lain.Namun kadang2 mereka ni disalahertikan dan dianggap raksasa oleh masyarakat.Freak Show sangat popular sekitar tahun 1840 - 1940.Mereka mengadakan pertunjukan sarkis dan bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan caravan.Kebiasaannya pertunjukan mereka, turut mempersembahkan haiwan2 cacat seperti lembu berkepala 2, khinzir bermata 1 dan kambing bertanduk 4.Namun tarikan persembahan ini adalah tertumpu pada barisan manusia yang dianggap cacat namun mempunyai kelebihan tersendiri.So meh sini aku nak memperkenalkan setiap watak yang ada dalam Freaks.

The Lobster Boy
Nama sebenarnya Grady Franklin Stiles Jr.Dia dilahirkan di Pittsburgh pada 18 Julai 1937.Dilahirkan dengan sepasang tangan seperti ketam, dan cacat di bahagian kaki menyebabkan dia diambil sebagai anggota Freaks.Dia tidak mampu berjalan, dan hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak.Walaupun tangan dia macamtu..tapi sangat kuat dan mampu melakukan kerja seperti manusia normal yang lain.Dia berkahwin sebanyak 2 kali dengan 2 wanita berbeza, dan mempunyai 4 orang anak.Dia akhirnya ditembak mati oleh jiran sebelah rumahnya yang diupah oleh menantunya sendiri semasa menonton televisyen.



Prince Randian : The Human Caterpillar
Mula2 aku tengok..betul2 macam ulat..2kali tengok macam bantal pelok pon ada.Ha tu la keunikan Prince Randian.Nama sebenar tidak dapat dipastikan dan dilahirkan di Demarara, British Guyana pada tahun 1871.Dia juga digelar 'The Living Torso' kerana dilahirkan tanpa tangan dan kaki.Dia diperkenalkan di dalam Freaks oleh PT Barnum dan menyertai banyak pertunjukan karnival di seluruh Amerika selama 45 tahun.Di sebalik kekurangan yang dimilikinya, dia pandai menarik minat penonton dengan kebolehannya bercukur, melukis dan menggulung rokok.Dia juga dikatakan oleh masyarakat setempat sebagai tukang kayu yang bagus.Dia berkahwin dengan seorang wanita Hindu dan dikurniakan 4 orang cahaya mata.Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 1934 di usia 63 tahun.


Schlitzie
Next!!Aku nak perkenalkan Schlitzie atau nama sebenarnya Simon Metz.Dia dilahirkan pada 10 September 1901 di New York.Asalnya dia mengidap penyakit microcephalus yang mengakibatkan kepalanya tidak membesar dan tiada pertubuhan pada bahagian otak.Dikatakan dia telah dijual oleh orang tuanya sendiri kepada PT Barnum(tuan punya caravan).Penonton yang hadir kerapkali keliru dengan jantinanya kerana dia sering berpakaian perempuan sewaktu membuat pertunjukan.Eventhough dia cacat, tapi dia pandai menyanyi dan mengira hingga 10.Dia meninggal di Carlifornia pada tahun 1961 ketika usianya 80 tahun.


Johnny Eck
Seterusnya aku nak memperkenalkan John Eckhardt atau dikenali sebagai Johnny Eck.Dia berasal dari Maryland.Dia dilahirkan tanpa kedua2 belah kaki dan mula menyertai sarkis dalam usianya 11 tahun.Eck juga pernah menbintangi beberapa buah filem seperti 'Freaks' (1932), 'Tarzan The Ape Man' (1932), 'Tarzan's Escapes' (1936) dan 'Tarzan's Secret Treasure' (1941).Eck menetap bersama abangnya di Baltimore dan menghembuskan nafasnya di dalam todur pada tahun 1991.


Mule Face Woman
Kesian aku tgk makcik sorang ni..Dari nama yang diberi tentu korg pn dah agak dia macamana.Nama sebenar dia Grace McDaniels, dilahirkan di Iowa pada 1888.Dilahirkan dalam keluarga normal tapi dia mengalami masalah genetik Sturge-Weber Syndrome yang menyebabkan kesan parut dan ketumbuhan yang amat ketara pada wajahnya.Dia mula menyertai FW Miller Freakshow setelah memenangi gelaran wanita paling hodoh pada tahun 1935.Bagi mereka yang rapat dan mengenali Grace, dia dikatakan seorang kawan yang baik dan ibu yang penyayang terhadap anaknya.Dia melahirkan anak bernama Elmer, lahir hasil eksploitasi pekerja lelaki di karnival tersebut.Anaknya membesar dan menjadi seorang yang panas baran, suka memukul dan mencuri duit ibunya.Akhirnya pihak sarkis terpaksa menyingkirkan mereka berdua disebabkan tidak tahan dengan perangai anaknya.Mereka berdua akhirnya ditemui mati pada tahun 1958


Jojo
Jojo atau nama sebenarnya Fedor Jeftichew, dilahirkan di St. Petersburg, Rusia.Dia dihahirkan dengan menghidape sejenis penyakit yang dikenali sebagai hypertrichosis di mana seluruh tubuh badannya di tumbuhi bulu yang sangat lebat.Selepas kematian ayahnya, dia menyertai kumpulan PT Barnum pada usia 16 tahun dan dibawa ke Amerika Syarikat.Di dalam Freaks, dia diperkenalkan sebagai manusia yang menyerupai anjing yang sangat ganas.Dia mampu menderam dan menyalak seperti anjing dan membuatkan pertunjukannya sangat popular dikalangan penonton.Dia mampu menuturkan 3 bahasa iaitu Rusia, Jerman dan Inggeris.Dia meninggal di Greece pada tahun 1904.


Lionel The Lion Faced Man
Next aku nak memperkenalkan watak seakan2 Jojo..tapi dia ni diperkenalkan sebagai singa la pulak.Nama sebenarnya Stephen Bibrowski dan dilahirkan di Poland.Dia mengalami penyakit yang sama macam Jojo.Dia ditemui oleh lelaki Jerman pada usia 4 tahun dan mengembara ke seluruh eropah bersama PT Barnum.Di sebalik kefreakannya itu dia soerang yang amat bergaya, suka mengenakan pakaian yang berjenama dan mampu menuturkan 5 bahasa.Dia meninggal di Itali pada tahun 1932.



General Tom Thumb
Seterusnya aku nak memperkenalkan si kecil molek comey loteh ni..General Tom Thumb atau nama sebenarnya Charles Sherwood Stratton.Dilahirkan di Connecticut pada 4 Januari 1838.Mak bapak dia bersaiz normal dan semasa kelahirannya juga dia dianggap bayi yang sihat.Namun tumbesarannya mula terhenti pada usia 6 bulan.Walaubagaimanapun pihak hospital mengesahkan yang dia sihat walafiat.Disebabkan tumbesarannya terbantut, ibu bapanya menjadi malu dan diserahkan kepada PT Barnum.Dia dibawa ke New York dan Barnum banyak mengajarnya membaca, menulis, menari, ilmu pertunjukan pentas dan lakonan.Napolean merupakan watak yang paling digemarinya untuk dilakonkan.Popularitinya juga membuatkan dia berjaya membuat persembahan di hadapan Queen Victoria sebanyak 2 kali.Dia mengahwini Livinia Warren yang juga mengalami masalah tumbesaran.Tom bersara dengan hasil pertunjukannya yang mewah dan dia meninggal akibat strok pada 15 Julai 1883.Upacara pengebumiannya dihadiri oleh 10 ribu orang tetamu.



Ramai lagi watak2 penting dalam Freaks ni..antaranya ;

Zip dan Pip


Eng dan Chang


Daisy dan Violet Hilton


Krao


Sebenarnya ramai lagi ahli2nya..sebab ahlinya sering bertukar ganti.Namun tu je yang sempat aku kenalkan..At last sarkis ini terpaksa dihentikan kerana mendapat tentangan disebabkan mempergunakan golongan2 seperti ini untuk mendapatkan keuntungan.Tapi pada aku la..istilah mempergunakan tu xpatut sebab dari apa yang aku baca..mereka yang terdiri daripada Freaks ni disisihkan oleh masyarakat.So dengan menyertai sarkis ni..setidak2nya mereka dapat menghiburkan dan menunjukkan yang mereka juga berbakat seperti manusia normal yang lain.Peace :)

0 Comments