Blog Sihatimerahjambu

Halia, Lengkuas dan Kunyit ~

3:27 PM

Salam.Ni aku nak citer..korg kenal tak menatang yang aku sebut kat atas ni?Halia, lengkuas ngan kunyit??Bagi kaum2 ibu..mestila korg kenal tol x?Kaum2 bapa pun tak terkecuali sebab terpaksa kenal menatang ni setiap kali korang dipaksa ikut pegi ke pasar.Samada korang pegi pasar secara sukarela, atau diminta tunggu kat kereta sebab xde parking ataupun korang kene gak folo wife korang sbab kena angkat bakul barangan.Hehe..Bergelak2 dahulu..bersakit2 kemudian (Ha tu peribahasa untuk diri aku sebab aku blom kawen lagi).So yang muda rumaja tu..bujang bujangan yang jarang ke dapur..samada korang kenal, ingat2 lupa atau memang xkenal langsung, meh sini abang long nak kenalkan apa itu halia, lengkuas dan kunyit.


Lengkuas







Lengkuas adalah rizom yang sekeluarga dengan halia. Lengkuas banyak digunakan di Malaysia dan Indonesia sebagai bahan perasa dan rempah. Ia digunakan seperti serbuk halia - ditumbuk atau dihancurkan. Ia mempunyai rasa pedas seakan-akan halia dan lada. Jika dibandingkan dengan halia, lengkuas mempunyai tekstur yang lebih kental dari halia segar dan kulit kurang berserat. Lengkuas banyak digunakan dalam masakan tempatan seperti gulai. Ia mempunyai bau damar yang lembut, seakan-akan pokok pain. Seperti halia, lengkuas adalah rempah yang sering digunakan untuk menyahbaukan ikan dan daging.Permukaan halia ni lebih cerah dan berwarna cream kemerah2an ye..dan permukaan yang licin.Ha so korang dah kenal ngan lengkuas??So kita beredar ke halia plak

Halia




Halia atau nama sebenarnya Zingiber Offcinale adalah tumbuhan herba yang paling mudah ditemui. Kebanyakan masakan melayu menggunakan halia sebagai rempah untuk mewangikan masakan.Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam u s u s kecil dan usus besar. Ubat-ubatan daripada halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti demam, batuk, migrain, sakit gigi, sakit tulang, senggugut dan sesak dada. Biasanya dalam perubatan, halia diambil dalam bentuk minuman halia, halia kering, air rebusan halia atau pati halia manakala dalam masakan pula dalam bentuk halia segar, halia kering dan halia bergula.Halia ni berwarna cream..tapi permukaannya kasar sedikit ye adik2..Ok seterusnya kita pergi ke kunyit plak..


Kunyit




Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.Kunyit ni plak berwarna oren du bahagian dalamnya, kulitnya berwarna coklat..permukaan kasar ye.


So apekejadah aku nak citer pasal 3 item ni?Sebenarnya aku dah puas, selak, menyampah..setiap kali mak aku suh pegi kedai beli halia..aku bawak balik lengkuas.Bila beli lengkuas..aku bawak balik halia!Dulu mau 2-3 kali aku ulang alik tukar barang kat kedai.Sebab aku xkenal 3 item ni..rupa dia pn dah nak sama je.So aku ketengahkan 3 benda ni harini..supaya adik2 aku..kengkawan dan bujangan yang len tak kena apa yang aku rasa.Penat weh ulang alik pegi kedai jas hanya salah beli barang.So harini korang dah expert mengenal KUNYIT, HALIA dan LENGKUAS.Hehe :D

You Might Also Like

3 comments

  1. hahahha...teringat zaman muda2 dulu...

    ReplyDelete
  2. haha..terkena gak ke?sekarang dh expert la ea?hehe

    ReplyDelete
  3. rempah ini emang bagus.. tp akan lebih bagus kl km kenal banyak rempah yg lain

    ReplyDelete