'> My Family Tree | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Thursday, March 17, 2011

My Family Tree


Assalamualaikum,

Perkenalkan pakcik dan makcik dalam gambarajah di atas ni adalah mak abah aku, bakal mak dan pak mentua pada bakal isteri aku. Hehe. Aku fail bab umur dorang, sebab setiap kali aku wish besday..mesti lewat atau awal setahun. Kihkihkih. Abah aku pesara tentera, sekarang jadi bilal kat surau. Aku?Mic yang bapak aku guna kat surau tu aku nampak satu je.. leh layan karok!Kahkahkah :D Haramjadah punya anak! Mak aku pulak timbalan pengarah kat umah aku..kira suri rumah tangga la. Hobi masa lapang dia main game, so kerja aku setiap kali balik kajang..aku kena uploadkan game baru ke dalam lappy dia. Haa!! Dia beli lappy semata2 main game okeh! Dia juga mengasuh anak orang.


Ni Angah..pantang ada masa terluang asyik bergambar je. Aku tengok muka dia sama je.. takde la kata nak berubah ke hape.Yela kot2 la kalau asyik bergambar leh jadi macam Rozita Che Wan ke kan..aku pun nak :) 1st impression kalau korang jumpa dia.. korang akan ingat dia sombong dan garang. Tp kalau dah kenal.. mesraaaaaaa (macam tagline Bob AF2 plak :P) Dia ni pandai masak..kuat membebel ngan adik2 aku kalau dorang buat hal. Lagi satu dia ni suka sangat bertekak ngan Abah sebab Abah aku ni liat nak makan ubat, pegi sepital. Gout ngan darah tinggi..almaklumla nurse, terbawak2 perangai sampai ke dalam rumah. Hehe. Aku tak tau bila dia nak kawen. Angah cepat2 la kawen yek!


Budak lelaki ni pulak adik aku nombor 3. Irfan dan sekarang bertugas di TUDM Gong Badak, Terengganu (rasanya la). Dia ni kaki mengusik orang kecuali aku ngan abah aku. Perangai dia ni sangat menjaga hati mak abah aku. Aku ngan dia tak banyak sangat cakap..kitorang banyak guna bahasa isyarat. Haha. Aku lega dia dah ada keje tetap. Balik2 kajang mesti bukak cerita hantu dia kat dalam kem..tak pun cerita awek nak ngorat dia lah. Cheh bajet ensem. Memang ensem pon, kurang sikit dari abang dia. Hahaha

.
Last but not least ni Nadirah, aku panggil Dira..adik aku yang ke 4. Baru form 4..amik electrical engineering kt Voka Sg Buloh.  Kanak-kanak riang ni suka sangat berfesyen..Semua benda dia nak cuba (selagi tak salah pada aku..aku tak kisah) dan dia giler shopping.Yang jadi mangsa aku ngn Angah la..sebab kitorang yang kena kua det.Tapi nak buat macamana..dia sorg je adik aku yang belum keje, so mewah kat situ la. Dia ni sekepala ngan aku :) apa aku suka dia suka..tapi minah ni jenis tak amik port ngan hal2 yang berlaku kat sekeliling dia. Balik2 cari mak aku pinjam henpon, nak dengar lagu. Jumpa aku je mesti suruh aku upload lagu baru. Sekarang ni dia jadi tutor kepada angah aku dalam mengenakan shawl berfesyen. Terbelit kepala walaupun mak aku suruh beli kelapa parut kat kedai depan. Paling lambat bersiap dan paling malas buat kerja rumah. Huhu

Sob itulah sedikit pengenalan pasal keluarga aku. Aku? Rileks2 la dulu kan..hero mesti keluar lewat. Nanti aku ceritalah pasal aku. Tak bes mana pon..tapi aku tetap nak cerita gak nanti. Tunggu je la keluar entry ye :)














*Entry awal2 dulu..baru kenal blog :)

8 comments:

  1. happy n sweet family..*kcuali cik afzal , hehehe

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Semua pic cantik2 ..tapi yang last tu lagi cantik hihihi . .. happy family ..chak!

    ReplyDelete
  4. Yg last tu nsem la.. Sap0 tu y0? Hahaha

    ReplyDelete
  5. hepi family tree! eheee

    ~ alaaa nak tawu gak pasal hero ni... :P

    ReplyDelete
  6. tak jauh beza la umur aku dengan dira tu wakakaka.

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com