Sejarah Kerjaya Aku

Since aku skolah rendah lagi, aku dah diajar..nk duit kena usaha sendri.Mak aku dh train aku ngn adik aku awal2, balik dari sekolah agama..kena kemas rumah baru mak aku bagi upah dan turun main dgn kengkawn.Masa sekolah rendah..dari darjah 4 - darjah 6..aku meniaga jajan kat sekolah aku.Korg tau jajan tu ape kan?Maknan ringan mcm keropok, choki-choki, gula-gula.Aku pn bwk la se-plastik beg ke sekolah hari2.Time tu xd pun rasa malu even aku pengawas masa darjah 5 dan ketua pengawas masa darjah 6.Aku pun xd rasa bersalah bila masa perhimpunan di dataran ramai murid2 berkerumun beli chikedees(ni salah satu nama timangan makanan ringan :P) dari aku.Cikgu2 boleh tgkkan je la..almaklumla ketua pengawas.Haha :D Ha masa aku skolah rendah jugak aku buat part time( wah buat p/time la sgt) jual getah pemadam.Hehe..myb ada antara korg yg tau kenapa aku jual getah pemadam time tu..Time tu budak2 galak main lawan pemadam.Lagi2 pemadam yang ada lambang negara2 tu.Makin kerap pemadam tu menang, makin tinggi harga dia.Kira ada 'ong' kot.Hehe

Aku yang baju biru tu..Nama je pengawas, tp budak2 len main..aku pn join skali.Hehe

Then semasa cuti PMR, aku kerja part time gak.Kedai stationary Venus kat Taman Jaya Gading, Kuantan.Aku kerja pun dlm 3bulan kot..aku pn dah xingat la.Lepas SPM plak aku kerja kat kedai makan, tugas aku buat air pelanggan.Hehe.Yang besnye keje aku ni..makan free.Ok aku dpt smbung blaja kat UiTM Shah Alam tahun 2000.Mula2 utk tampung duit poket aku, aku kerja sbagai cook di KFC.Kerja sbai cook sgt memenatkan dan gaji xstimpal dgn usaha yg aku berikan.Tp gemuk sejap aku time krja KFC.Hehe.Lepas KFC, aku kerja sbagai banquet di Marriot Hotel Putrajaya.Gaji memang lumayan.1 hari aku kerja aku blh dapat RM50, klu OT dpt la RM70.Tp 1 hari tu, aku dipanggil utk serve minuman keras kepada tetamu, then next day dgn rasa bersalah aku terpaksa quit kerja sbb aku xnak hasil titik peluh aku ada unsur2 syubahah @ haram, yela student la katakan.

Aku pn terus mencari kerja sambilan yang ada.Then jiran aku promoted aku kerja sebagai jurutol Sg Besi.Aku kerja lama gak kat ctu..2 tahun lebih..8pg sampai 5ptg kelas, pkul 6ptg sampai 6pg kerja.Waktu tdo aku??dlm kelas..haha :D mmg penat tak hengat..Sampai satu masa kami staf p/time tidak lagi diperlukan.So time tu pn aku dah abis blaja.Aku mula cari kerja tetap.

Ni pic aku masa bertugas sebagai 'toll gate boy' dgn salah sorg staff permanent di situ.Haha

Gambar kenangan aku dgn staf2 lain..banyak aktiviti yang kitorg lakukan bersama..mmg happening masa aku di Tol Sg Besi

Antar pose2 yang smpat aku buat di Air Terjun Ulu Yam, Gombak Selangor..

Then aku dapat kerja sbagai admin di The Greens, Bangi.Jgn keliru ye..jawatan admin aku tu, bkn makna aku buat kerja opis smata2..aku la driver, aku yg handle pekerja asing, aku kena settle urusan pekerja asing.Bdw opis aku ni buat pengambilan pekerja asing.Aku kerja sini pn setahun lebih sbb aku dpt kerja TNB, Puchong.Tp kerja TNB cma kontrak..aku bahagian kaunter.Kerja xsusah mana, tp makesure korg xshort time closing je la :) Kat TNB pn aku kerja setahun..then aku dpt tawaran temuduga TNB utk jawatan tetap dan pada masa yang sama aku dapat tawaran tetap sbgai pembantu makmal di jabatan perikanan kuantan.So sejak hari itu sampai skrang..aku tetap di sini :) Ha itulah sejarah kerjaya aku dlm hidup :)

3 Comments

  1. ekekeke itu bukan sejarah kerjaya dah tp macam sejarah hidup jer... (^_^)

    ReplyDelete
  2. salam singgah dari blog boni.. kirenya keje bwh jabatan perikanan la ye?

    ReplyDelete