'> Wekss ~ Makanan Paling Teruk !! | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Tuesday, March 29, 2011

Wekss ~ Makanan Paling Teruk !!

Salam.Hy guys berjumpa lagi kita :) Hari ni baru nak update..smalam amik EL sesuka hati, sebab rasa wiken hari tu macam xcukup rehat je :) So harini aku aku nak borak pasal makanan plak.So kalau sesiapa yang sedang makan tu..pegi makan jejauh, jangan baca selagi korg blom abis makan k.Aku nak kongsi info pasal makanan paling teruk di dunia.Jeng3 :P


Escamoles Dari Mexico


pokok kelumpang telur

Haha korg tgk semangkuk bijirin ngan semut.Ape menu yg korg leh bayangkan?Ni la escamoles, makanan penduduk mexico.Tapi jangan sangka bijirin tu cereal k..tu la telur semut gergasi Liometopun..sejenis semut yang terdapat di Mexico, membuat sarang di akar pokok Agave (Kelumpang Telur).Untuk mengumpul telur-telur semut ni bkn senang2 punya keje beb..sebab bisa digigit semut ni leh membawa kematian.Pergghh..Bak kata orang, kerja susah..mesti hasil yang lumayan..macam amik madu kat pokok ketapang la..tapi korg rasa lumayan ke mkn telur semut??Haha


Biasanya telur semut ni dimakan ngan ngn keju, mentega dan kekacang..perghh yum2.Haha.Cara hidangannye memang menarik, tapi awas..pastikan korang lihat dulu isi kandungannya.Jangan smpai perut korang menetas semut2 plak.Yaribba andre2.Haha


menarik?ingin cuba rasanya?


Casu Marzu Dari Itali
Bunyi macam pasu je kan?Memang sedap tertarik casu memang da bomb!Haha.Casu Marzu merupakan keju yang diperbuat dari susu kambing.Tu belum siap lagi ea..kena tunggu keju tu dijangkiti oleh lalat keju dan menghasilkan ulat keju yang mereput dan sangat busuk.Haa..inilah menu kita hari ni.Hehe






Larva lalat keju mampu melompat setinggi 15 sm ke udara, so while korg sesedap makan tu, make sure larva tu xmelompat masuk ke dalam hidung korg ea.Putus plak nafsu makan korg..yela tengah2 sedap melayan menu yang 'enak'.Larva ini akan melalui perut tanpa dihadam, kadangkala boleh hidup lama untuk membiak di dalam perut di mana mereka akan cuba menembusi dinding usus yang akan menyebabkan korg muntah2 dan juga mengalami pendarahan dalaman.Selain menambah haiwan peliharaan seprti kucing, sapa tau anda juga membela ulat di dalam perut?haha




Casu Marzu adalah hidangan yang dilarang di Sardina.Korang bayangkan la ulat tu menguit2..dan melompat2 menyelamatkan diri dati habitan dorg yang menjadi makanan korg.Bila korg mencucuk larva tersebut..ia mengeluarkan sejenis cecair yang dipanggil larigma bermaksud air mata..Perggh..skali siap jus la.haha.eeiiii geli aku!!


Lutefisk Dari Norway
Selepas korang puas bergeli-geleman..apa kata korg pergi ke menu seterusnya di Scandinavia yang tersangat la bersihnya.'Terlalu bersih' di sini aku maksudkan sebenarnya adalah sejenis menu makanan tradisional Norwayyang diperbuat daripada ikan kod, disimpan beberapa hari dan direndam di dalam sodium hidroksida hinggakan dagingnya cukup tajam untuk mencairkan sudu, garfu, pinggan mangguk korg.Xpe korg jangan risau sebab usus korg lagi tebal dan keras daripada besi.Hoho








Untuk pengetahuan korg, dlm makmal @ industri berat..sodium hidroksida digunakan membersihkan longkang, digunakan sebagai pencuci lantai, clorox, membunuh tumbuhan, menjana bateri dan menghasilkan bio-diesel.Sentuhannya cukup membuatkan anda buta, hilang deria rasa, parut dan kesan terbakar.Xpe2..macam aku cakap tadi..perut dan tekak korg kuat dan mampu menelan menu ni.Hehe :P


Arak Haiwan
Wah dah puas dengar arak anggur..meh la kita berkenalan ngan arak haiwan plak..Eh..tu dalam bahasa sopan, dalam bahasa kureng aku panggil jus haiwan mati.Haha.Xnak la..menakutkan kn?Kita panggil arak haiwan la :P Haiwan di dalam minuman keras dipanggil 'tonik kesihatan' tradisional bagi sesetengah negara Asia termasuk China, Korea dan Vietnam di mana rasanya seperti minyak tanah mentah.Ada macam2 jenis..korang boleh pilih sendiri iku citarasa korang.Arak anak tikus yang baru lahir, arak ular tedung selar, arak kala jengking yang berbisa dan mcm2 lagi la.Ha mana korg berkenan?Apela sangat asyik tertelan semut dalam air je kn?sekali skala korang letakla bangkai anak tikus.Baru masyuk!!haha :D




Balut
Balut merupakan menu yang berasal dari negara jiran kita, Filipina dan Kemboja.Aku pernah tengok dokumentari, balut dijual dan di jaja di tepi2 jalan je.Senang sangat nk dapat..tapi aku xtau la macamana rasanya.Ia merupakan telur itik yang dieram sehingga fetusnya berbulu dan berparuh.Setiap kali korang mengupas kulit telur, korang akan mendapati bayi itik sedang tido nyenyak.Namun aku pasti rasa embrio yang xberapa nak jadi tu mesti buat korg muntah time tu gak..Tp disyorkan kalau korg nak makan..letak kicap sikit.Baru ada umph!!Hehe.Kalau mak aku tengok aku makan mcamni..mesti dia menangis ingat aku xd benda lain nak makan.Haha




Kerandut Haiwan
Haha.Pelik tapi benar..aku guna kerandut @ testis haiwan je la ye, nampak lebih sopan.Menu ni popular di kalangan penduduk Beijing (confom aku xkan pegi sana).Bila korang order menu di sana, make sure korang tahu dan kenal menu yang korang order ye, sebab aku takut korang akan dihidangkan dengan testis haiwan.Hehe.Macam daging biasa..agak liat kerana otot semata2.Biasanya digunakan testis rusa, kerbau, keldai dan kadang2 singa laut!Aku xboleh bayangkan..kalau alat persenyawaan haiwan masuk dalam mulut aku.Korang ingat ni fear factor ke hape!!Haha :D



muka innocent je..macam haram

Otak Munyit (Monyet)
Masih lagi di China..Dengan mengamalkan makan otak monyet..dapat merawat penyakit lemah tenaga batin.Betul ke?Haha.Ha itulah yang terjadi di China,Manakala puak Anyang di Cameroon masih mengamalkan amalan tradisi di mana ketua kampung yang baru dilantik dikehendaki memakan otak monyet!Nasib aku rakyat Melayu-Malaysia.Xdela kena makan benda pelik2 macamni.Restoran di China ada menyediakan menu otak monyet.Monyet hidup dihidangkan, kepalanya di apit..dan bila nak jamu selera, tengkorak monyet ni di kupas, so meratahlah tetamu yang hadir..Leh x korang bayangkan monyet yang masih hidup tu meronta2 kesakitan..dan otak monyet yang berdenyut2 lagi..Isk3 memang kejam laa :(


Dah la..aku pun naik mual cerita benda2 nih.Tapi tu la rencam dan selera manusia..banyak2 benda yang bagus dimakan..benda2 pelik ni jugak yang menjadi sajian.So be careful ngan menu yang korg order hari2 ye.Setakat gonggok ngan ulat2 ni aku dah biasa makan..biasala dok hostel dulu.So jmpa lagi nanti :)

4 comments:

  1. yucks!!!! entri yang mempunyai banyak info namun membuatkan diriku turut tak senang duduk...geli geleman jadik nye...

    http://amirabdaziz.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. haha.kasi order otak munyit goreng kunyit 1 :P

    ReplyDelete
  3. Rasanye kat China tuh ade je restaurant halal. Mom penah gi sana, is just dat kat sana ade bau yg kurang die suka lah. Makanan die org byk letak herbs n soup2. Kalau gi China, boleh diet agaknye. Haha!

    ReplyDelete
  4. Yup farah memg ada..tapi mcm xleh detect la samada halal mereka tu mcamana.Mgkin halal yang disyariatkan pada kita lain berbanding ngan pengetahuan mereka tentang halal sbb kita berlainan mazhab.Wallahu'alam

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com