Adengan Terlampau di Stesen Minyak

Masa   : 2.20 petang
Lokasi : Stesen Minyak Shell, Kuantan
Watak : Naseer sebagai Baiya Petrol Pam
             Aku sebagai Afzal
             Man (bukan nama sebenar) sebagai pemandu motosikal
             Orang lalu lalang

Dari jauh Afzal mula memerhati petak kosong untuk mengisi minyak keretanya.Kelihatan sesak ketika itu, almaklumlah petang Jumaat..peluang sebeginilah yang digunakan sebaik2nya oleh setiap muslim yang baru selesai menunaikan solat Jumaat.Setelah hampir 5 minit menunggu, akhirnya tiba giliran Afzal untuk mengisi minyak

"Berapa abbaanng" dengung bunyinya..seakan hukum tajwid Idgham Bila Ghunnah di situ bila mana baiya bangla stesen minyak tersebut mula bertanya. Afzal menguak pintu kereta, slamba tapi penuh gaya. Dipandangnya baiya tersebut dengan penuh yakin "Full tank" Perghh sekiranya mamat motor yang sedang mengisi minyak di sebelah parkir petaknya mendengar..mesti berdarah telinga.Yela masakan tidak..mamat tu konfom isi minyak paling kuat full tank RM8 je..tapi full tank keretanya pulak RM80 tau!! Hinss..Hinss. Kembang kempis hidungnya penuh takbur.

Melihatkan baiya petrol pam tersebut sedang sibuk memasukkan jumlah, Afzal mula menyeluk dompetnya yang berada di poket belakang seluar.Hidungnya kembang kuncup tak tentu arah..dada mula berombak2. Peluh jantan, peluh separa jantan dan peluh2 yang ada turut melembabkan bahagian ketiak kemejanya ketika itu.Berat mulutnya untuk berkata tetapi dia terpaksa..biarlah apa orang nak kata, yang pasti dia lega.

Dikatakan kejadian tersebut menjadi bualan penduduk setempat 


"Err..Baiya.Err..Hmm.Cancel boleh tak?Isi sepuluh je la" tergagap gagap menghabiskan ayat.Baiya tersebut terkebil2.Rupa2nya dia lupa yang dia baru sahaja masukkan kesemua duitnya ke dalam akaun bank sebelum solat Jumaat tadi.Yang ada pun 3-4 helai not RM1.Nasibnya agak baik apabila dia teringat yang dia masih ada not RM10 hasil daripada lipatan origami berbentuk love yang dia buat sebulan lepas. Hidungnya yang kembang kempis sebentar tadi mula kecut dek basah dengan peluhnya.Sempatla dia menjeling..kelihatan mamat motor sebelahnya tadi beredar sambil tersengih2..Hampeh!

P/s : Jangan takbur..Tuhan marah kan?kan?Haha

4 Comments

  1. ahaha..aku penah kena..lahanat betul..tengok dompet ada 4 ringgit je..pfft..terpaksa balik rumah jap baru datang..nasib baik tak pam lagi
    hahaha

    nak blogwalking baca lah : Teringin Nak Dapat Komen Banyak-banyak

    ReplyDelete
  2. haha.kadang2 bila check dompet xde det, bila smpai umah tgk semua det dlm poket seluar!

    ReplyDelete