Aku Berbulu Ngan Encik Kerabu

Ni dah masuk hari ketiga..tapi batang hidung dia pun aku tak nampak. Mentang2 la nasi kerabu dia femes, sesuka hati dia je nak meniaga atau tak. Tak konsisten betol! Kaya satu hari.. pastu tak meniaga 8 hari. Kalau macamni macamana nak untut..eh! Untung.Hmm..

Hari Senin hari tu puas aku puji melambung nasi kerabu dia kat opismate aku. Nasi kerabu dia memang sedap, banyak ulam, dan ntahapehape dia campur2 masuk dalam kertas pembungkus tu. Gerai dia memang ramai orang, semua bangsa ada kecuali Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. Gerai dia cuma jual nasi kerabu ngan nasi lemak kukus je..tapi kalau lambat ko amik bau je la. Tu pun kalau sempat, kalau tak sempat amik bau ketiak encik kerabu tu pon boley. Then bila dia tak meniaga 2-3 hari ni, aku pun rasa bersalah ngan opismate aku.. kesian sebab selalunya dia datang opis bawak bekal.. tapi memandangkan aku janji nak belikan dia nasi kerabu, dia tak bawak bekal. Menunjukkan betapa aku rasa bersalah.. Aku treat dia lunch for 2 days. Geram betul ngan abang kerabu nih. Berbulu aku mengenangkan cara meniaga abang kerabu yang tangannya jugak berbulu. Meniaga main2 !

berbulu pada encik kerabu takpe tapi jangan bulu encik kerabu dalam nasi kerabu sudaaa!


Actually dah lama aku perhatikan, bukan setakat dia je.. ada segelintir peniaga Melayu yang meniaga di sekitar Taman Shahzan dan Bukit Setongkol ni kalau bukak kedai, seminggu tu 2-3 hari je. Tu bernasib baik la dorang ada bukak, kalau tak.. haram nak nampak batang hidung. Yup memang kedai dorang ada regular customer, makanan pun sedap tapi konsisten la. Kata nak meniaga..buat cara meniaga. Dapat untung sikit, taknak bukak kedai. So jangan salahkan orang tak support kalau orang mula beralih arah ke kedai atau restoran mamak!

Ai pagi2 lagi aku dah komplen macam2. Menunjukkan rasa amarah aku ni, aku nak tunjuk rasa protes aku dengan tidak akan menggunakan kicap dalam menu sarapan pagi aku telur setengah masak! biar padan muka kilang kicap. Esok komfom bankrap! (Giler takde kena mengena langsung dengan ini cerita) Ok la.. panjang2  cerita perut aku dah berbunyi dari tadi, nak kua cari sarapan dulu la. Tata :)

4 Comments

  1. hahaha chill babe! biase la tu.. mybe dorang pnat.. ye la mniaga ni bukanny sng.. brjaga smpai lewat mlam pastu bngun sblum subuh.. tmbah klau xd pmbntu mmng bana kpala otak.. chill okay! doakan je rezeki dorang murah :)

    jemput singgah ANASAURUS :)

    ReplyDelete
  2. tgh budget cool la nih.huhu.bukan pe, kdg2 geram ngn sikap mcmni..tak bersungguh2.buat kerja ala kadar.bkn buat kerja sorg, 3-4 orang lelaki.hmm xpe la, nk kene mkn kentaki hari2 la jwbnye pasni.huhu :P

    ReplyDelete
  3. once dah meniaga, tokey tu patut tau dia kena istiqamah. Kalau dia fikir penat baik dia xyah meniaga.

    kalau org cina, raya depa ke tetap bukak kedai.orang melayu punya style cina punya raya dia yang sibuk tutup kedai sampai seminggu. 1malaysia katanya.

    ReplyDelete
  4. Tu la pasal. Sokong semangat kaum cina walaupun aku xleh makan babi panggang :P

    ReplyDelete