Aku Bukan Loser

9:13 AM

Hari ni tak banyak benda nak aku kongsikan. Just sekadar mengisi ruang2 yang ada..bercerita tentang aku. Pagi ni aku nak kongsikan cerita2 yang pernah aku alami sepanjang hidup aku ni. Cerita yang melibatkan perasaan.Wahhh!! Pepagi ni aku nak menjiwang karat..dalam hati kulihat taman :P

Dulu aku sekolah di MRSM, aku dikelilingi dengan budak2 cerdik pandai yang tak pernah berenggang dengan buku. Aku anggap rezeki aku apabila terpilih sebagai pelajar di sekolah berkenaan. Di tingkatan 2..aku pernah menyukai seorang budak perempuan berlainan kelas. Suka di sini aku klasifikasikan sebagai 'cinta munyit-munyitan'. Dia sopan, lemah lembut dan bijak. Tapi aku sekadar peminat jarak jauh..aku sukakan dia tetapi aku tak berani. Aku rasa aku tak layak, sebab apa?Sebab dia terlalu baik untuk aku.Menjadi secret admirer memang menyakitkan hati..seboleh2nya kita nak bagitau satu dunia yang kita menyukai seseorang..tetapi sebab sifat rendah diri dan pemalu aku inilah membuatkan aku hanya mampu melihat dan memerhati dari jauh. Namun ada satu ketika, tiba hari dedikasi di mana pelajar2 boleh menyampaikan hadiah berbentuk coklat kepada sesiapa sahaja. Aku pun merancang untuk memberikan coklat kepada dia.Tapi akhirnya coklat ditanganku masih tidak bertukar tangan apabila aku lihat rakanku yang lain terlebih dahulu mendahuluiku..memberikan coklat dan terus meluahkan perasaan. Kawanku tu seorang scout yang terkenal, kuat pengaruh dan antara pelajar harapan guru.Aku perasan si dia melihatku bersama coklat tapi aku tetap tak mampu lakukan. Aku rasa aku loser.Aku memang tak layak untuk dia..

Then di tingkatan 3, aku mula kenal seorang pelajar..di kelas yang lain. Dia menarik perhatianku sebab dia tegas dan pada waktu itu aku tahu dia dan kumpulannya digelar anti boys. Dia xsuka pelajar lelaki..mungkin padanya pelajar lelaki kasar dan xmenghormati wanita. Aku pun mula memerhatikannya dari jauh sama seperti kes sebelum ini.Aku pernah berborak dengan rakan perempuanku yang lain bertanyakan tentang dia..setiap nama lelaki yang disebut rakanku dihadapannya..semua direject! Kawan aku cuba masuk jarum menyebut nama aku. Tetapi dia cuma diam..tak accept, tak reject. Tu sudah cukup beri aku harapan..lagipun sebelum ni dia xpernah tak membalas senyumanku setiap kali aku melewatinya. Malam jamuan Hari Raya aku plan nak cuba berborak dengannya. Aku rasa sekadar senyum tak memadai.Aku tekad aku kena berani kali ini. Tetapi sepanjang malam tersebut rakanku yang lain pula sentiasa bersamanya..jual minyak kot. Then selepas malam tersebut dia digosipkan dengan rakanku. Aku tak boleh buat apa2. Kawan aku tu pun hensem, anak seorang kenamaan dan kuat pengaruhnya. So aku teruskan hidup macam biasa..memerhatikan dari jauh dengan membina angan2 yang aku tau memang takkan kesampaian.

Masa terus berlalu sehingga umur aku 21 tahun. Aku mula mengenali M sewaktu aku terlantar di rumah akibat kemalangan jalan raya. Dia baik, memahami dan peramah membuatkan hubungan kami direstui kedua2 orang tuaku. Malah dia sering datang ke rumahku sekiranya ada kelapangan..dan seisi keluargaku senang dengan kehadirannya. Tetapi hubungan kami cuma bertahan selama 3 tahun sahaja sebab tidak direstui oleh ayahnya. Selama aku dengan M, M tidak pernah menceritakan pasal aku kepada familinya kecuali adik bongsunya. Aku memang tidak layak sama sekali jika hendak dibandingkan dengan citarasa ayahnya. Ayahnya mahukan seseorang yang berpangkat besar, bekerjaya hebat, datang dari keluarga kenamaan dan berstatus tinggi. Tapi apa yang aku ada?Student yang hanya mempunyai motor Kriss 2..yang sedang menyambung pelajaran di peringkat diploma. So apa yang nak aku tunjukkan kepada familinya yang aku layak untuk berkawan dengan anaknya?Kes aku ni dah macam cerita tamil plak. Kes aku ini yang membuatkan aku benar2 down..rasa rendah diri yang amat sangat. Aku tak berani menceritakan kepada mak abah aku sebab aku tahu mereka serius sayangkan M. Tapi lama kelamaan masalah kami dihidu. Abah ku pernah berkata yang sekiranya ayah M merestui kami..malam itu jugak dia pegi hantar rombongan meminang. Tetapi apa boleh buat bila nilai harta dan pangkat lebih besar di mata mereka. Aku terpaksa lepaskannya melalui satu panggilan telefon sebab aku tak sanggup bertemu dengan M..Tapi kami masih tetap berkawan sehingga sekarang.



Kenapa aku cerita kisah2 macamni?Apa yang dapat korang simpulkan daripada kisah yang aku story tadi? Aku cuma nak bagitau..dalam dunia yang serba moden sekarang ni, masih wujud kisah seperti Ibu Mertuaku, Penarik Beca dan Antara Dua Darjat.Bagi aku yang berpijak di dunia nyata ni..aku kena ukur baju di badan sendiri.Aku kena sentiasa muhasabah diri. Yup memang aku takde semua tu dan aku tak perlukan harta, pangkat dan nama untuk bercinta. Aku mengaku aku memilih pasangan untuk berkawan secara serius, biarlah kawan2 aku tu orang macam aku..terdiri daripada orang kebanyakan, boleh pegi pasar malam sesama, boleh makan stall tepi jalan, tak kisah pakai pakaian branded @ tak, boleh berselipar jepun cap ayam, tak pandang rendah sesama sendiri dan sentiasa support aku. Sekurang kurangnya aku tak terikat dengan peraturan dan pantang larang yang seringkali ditekankan oleh orang kaya2. Aku bebas membuat pilihan! Even aku dikategorikan orang kebanyakan oleh certain2 orang lain di luar sana (walaupun ada yang berlagak kaya, tapi hakikatnya sekadar menumpang duit mak bapak)..aku tak kisah. Aku enjoy dengan life aku sekarang, aku ada family, aku ada ramai kawan dan seorang gf yang telah terima aku seperti mana aku sekarang. So yang penting aku tak ganggu hidup sesiapa. Bak kata kawan aku..jangan biarkan kata2 orang diluar sana mempengaruhi hidup kita sebab bukan dorang yang bagi kita makan! Hehe.Aku sentiasa berfikiran positif sebab bila kita sentiasa positif, kita rasa tenang, jiwa tak kacau dan boleh berfikir secara waras. Bila kita positif, secara tak langsung kita akan membina berjuta2 sel di dalam otak kita. Hehe.

Ok la..walaupun entry harini agak keras tapi aku cuma bual2 kosong je. Tapi jangan risau aku tak pernah serik. Aku takde masalah berkawan dengan sesiapa..cuma aku takut 'certain2 people' je yang tak sudi kawan ngan aku. Salam sayang dari orang kebanyakan macam aku. Jumpa lagi. Daa

P/s : Aku tak pernah lepak starbucks order kopi RM5 lagi..selalunya housemate aku buat sendiri kopi kat umah. Satu jag kongsi 4-5 orang dengan harga anggaran RM4.20 (sebab tak habis pun guna serbuk kopi dan gula)

You Might Also Like

9 comments

  1. Entri terbaik! Ada juga happy ending kat citer nie... no, you're not a loser... cuma mungkin Tuhan dah tetapkan jodoh yg lebih layak utk ko...

    yg psl pantang larang ditekankan oleh sesetgh famili tu, bukan sebab diorg nak org lelaki kaya ke atau pandang kat harta... aku drpd famili camtu, sebab tu la sampai skg lelaki takut nak dekat dgn aku... sebenarnya famili nie takut org kebykan akan amik kesempatan kat anak2 diorg dan tinggalkan anak2 diorg mcm hampas bila dah dpt apa yg diorg nak... ramai sedara pompuan aku ditinggalkan oleh lelaki kebykan setelah lelaki2 tu berjaya tukar nama kat rumah, tanah dgn kereta... yg sedara pompuan aku nie pun bodoh percaya sgt kat lelaki tu sebab terlalu ingatkan cinta... skg lelaki tu dah kawen dgn pompuan lain dan diorg sama2 menikmati harta yg dikikis drpd sedara aku...

    ReplyDelete
  2. oo yeke?yup perkara yang berlaku pada ko mmg xmustahil berlaku dlm dunia sekarang.Orang kalau dah terdesak macam2 cara boleh buat.Kerna nila setitik rosak susu sebelanga.Org2 biasa macam aku gak trut kena tempiasnya..tp aku xjmpa lagi family kaya raya yang boleh terima aku seadanya.Blom lagi sehingga sekarang.Sebagai lelaki aku yak nak di cop makan harta bini..ambil kesempatan @ whatever.Lelaki ada sifat ego tersendiri.

    aku pernah berkawan sengan anak sedara tan sri azman.Ayahnya jugak bisnessman..dia ok ngan aku, cuma aku yang rasa rendah diri.Aku belum boleh terima cara hidup mewah so aku dcide utk cari smone yang setaraf ngan aku.Tapi aku xkesah bila berkawan.Aku suka berkawan ngn sesiapa sahaja xksah miskin kaya @ sesorang macam aku :)dan aku harap orang yang nak bkawan ngn aku pun boleh terima aku seadanya :)

    ReplyDelete
  3. bukan semua org kaya camtu... tan sri azman memang ok, dia sendiri pun asalnya org kebanyakan drpd kampung baru kl... sama kampung dgn keluarga mak aku... jadi diorg jenis yg tak kisah berkawan dgn org lain, cuma selalu berhati2 dgn org yg suka amik kesempatan la mcm laki sedara aku tu... dan bukan semua org mcm laki tu, aku tau... :)

    ReplyDelete
  4. hmm.... normal la tu. abg kwn aku pun same..awek die keturunan syed/shrfh ni.. tapi mmbe aku ni orang besa ja... abang di pnsyarah. awek abang die doc.. so mak awek abang die terang2 xmau sbb abg kawan aku tu bukan syed... plus dh ade calon lain pulak, doc then orang brunei. xpasti la aku ade syed ke tak..

    hmmm gile la kalau cite pasl2 ni.. ade lagi kan, tapi xmustahil pun.

    kalau nk bkwan pun normal la kalau anak2 orang kaya lagi2 kalau parents depa ni ade title mmg semua orang berebut nak jadi geng dgn diorng..sometimes kalau kat U lec pun bias gak.. awal2 lagi aku akan reject nak close click...

    kalau semua org berebut nak kawan dgn orang cmtu, abis anak2 nelayan, anak2 tukang angkat smpah, anak2 tukang cuci toilet sape mau kawan.. ~

    ;) ni ape yang mata aku pandang la.. sorry if ade yang tak kene...~

    ReplyDelete
  5. loser itu cuma kata2..
    hajar aja.. katakan hatimu padanya.. lebih baik ditolak daripada mendam terus tanpa guna..

    semoga engkau ketemu gadis yang lebih cantik dan baik.. Allah tidak akan menguji manusia di luar batas kemampuan manusia tersebut

    ReplyDelete
  6. Terbaiklah..life ko same je ngn aku..hehe..so aku happy bace entry ni..rasa mcm aku tgh baca diri aku depan cermin..thanks alot..

    ReplyDelete
  7. mungkin mereka sume tu bukan jodoh awak

    takpe..insyaAllah harinya pasti tiba saat berjumpa dengan cinta sejati. :)

    ReplyDelete
  8. aku jugak mengalaminya...

    *baru jumpe entry ni..n really touch me..

    ReplyDelete