Goodbye Girls :(

Hari ni 1st time aku chat di mukabuku, dah lama la rasanya aku xchat. Bukan pe, kengkawan yang aku close jarang online. Yang ada pun muka2 yang sama chat ngan aku..sampai satu tahap aku tak tau nak borak pasal pe dah sebab habis susur galur dia aku tanya. Dari zaman keturunan dia bertapak di Tanah Melayu, sampai ke misi dan visi dorang sebagai seorang manusia. Hoho. Aku nak menunjukkan yang betapa aku kekeringan idea untuk berborak dengan orang yang sama.

Then pada pukul 9.51 pagi, aku lihat seorang kawan aku yang lama aku tak hubungi online. Hepi sangat2 sebab memang dah lama nak chat ngan dia. Tapi memandangkan dia sangat bizi dan workaholik, kitorang memang tak berkesempatan chatting. She's gurl and antara kawan aku yang unik sebab sikap dia yang kuat bekerja walaupun umur 23 tahun. Sorang yang sangat bercita2 besar..dan aku nampak dia matang berbanding usianya. At first aku diberitahu yang dia tak boleh nak gedik2 lagi. Pelik gak aku kenapa dia bagitau aku macamtu. Then baru aku tau dia baru get along ngan new bf. Hmm..that nice but wat make me feel so sad when she said we can't hang out together anymore.

Hmm.. Perkara macamni bukan sekali je terjadi pada aku malah pernah berlaku beberapa kali. Aku kehilangan kengkawan perempuan yang agak ramai bila dorang start declare dah ada bf, dah bertunang dan berkahwin. Aku tak kisah..buat la ape yang korang nak buat tapi kenapa amik keputusan macamni. Sepatutnya bila korang dah ada bf, tunang atau suami..aku akan dapat kawan baru, bukan dengan memutuskan relationship yang ada. Mungkin mereka taknak meletakkan risiko dalam hubungan dorang. Mungkin gak nak elak perasaan cemburu pihak lelaki pada aku. Hmm..What can I say. Aku terima keputusan yang dia buat asalkan dia bahagia. .sebab dari ekspresi yang dia tunjukkan jelas yang dia sangat2 berharap dengan hubungan dia kali ini dan aku taknak menimbulkan masalah pada dorang.

Apa yang aku nak cerita hari ni.. aku kehilangan ramai kawan perempuan disebabkan mereka bertukar status. Apa2 pun aku harap keputusan yang dorang buat merupakan keputusan yang terbaik untuk aku dan dorang. Jangan risau sebab aku stil ada di sini, takkan buang sesiapa sebab aku masih kawan korang.

P/s : Kalau aku kawen..aku akan pastikan wife aku kenal setiap kawan2 aku dan aku kenal kawan2 dia :)

0 Comments