Haru Punya Kes..

Petang ni aku nak cerita pasal kes haru yang berlaku ke atas aku.Hoho.Ni kes masa aku skolah menengah dulu..waktu tu minggu bahasa.So cikgu2 pun apalagi..pulun habisla anak2 murid dorang..cari wakil setiap kelas untuk  buat persembahan sempena minggu bahasa.Bukan nak belagak angkuh takbur lagi sombong..aku terpilih mewakili kelas untuk menyampaikan syair daa.Haha..aku xde la kata pandai sangat, tapi kalau aku baca syair..kalau korg dengar betul2 ada la iras2 Faizal Tahir.Tapi kalau aku baca syair secara berkumpulan..macam WonderGirls pon ada.Haha.Ah janji xmacam dialog P Ramlee..baca syair bunyi arab :D

Hari yang dinanti2 kian tiba..giliran aku yang terakhir sekali..so xd la aku rasa gemuruh sangat.Aku bukannya xbiasa naik atas pentas tu..tapi selalunya aku naik pon sebab aku kena baca doa awal pagi.Dulu aku ajk Agama Islam sekolah.Haha..dulu la.Macamana aku leh pegang jawatan tu pon aku tak tau.Ada ciri2 orang beriman kot?Huhu..Ok2 sambung cerita..Then sorang2 peserta habis menyampaikan syair dan akhirnya tinggal giliran aku je..

Aku macam biasa control ayu..yela nak tunjukkan bakat aku yang telah pun disahkan oleh cikgu BM aku.Aku nak berkongsi dengan warga sekolah yang aku mampu bersyair dengan lunaknya.Chewah :D Masa tu semua form ada, dari form 1 sampai form 5.Aku time tu Form 3..Aku mulakan syair aku..tapi baru masuk rangkap kedua, orang ramai mula bertepuk tangan.Gemuruh dewan..aku tersenyum bangga :) Xsia2 aku mempunyai bakat macamni..Kembang kempis lobang hidungku.Hoho

Tapi aku tak sangka dorang tepuk dengan makna yang lain..Rupa2nya tanpa aku sedar..tirai pentas mula dijatuhkan..kelepek jatuh atas kepala aku!Wah macam hampeh..Aku baru masuk rangkap kedua, tirai dah diturunkan.Rupa2nya masa yang diberikan telah tamat..dan aku sempat menyampaikan serangkap syair.Yang xboleh blah aku masih cuba menghabiskan syair walaupun kepala aku ni dah berat dengan tirai dewan!Last2 peserta lain tarik aku ke belakang..Pergghh rasa malu la sangat.Rasa macam nak amik cuti sebulan je..Itulah kali terakhir aku membuat aktiviti solo di atas pentas.Leh rasa sampai sekarang laaa..haha :D

P/s : Kalau agak2 korang nak bersyair lepas ni..pastikan pentas korang xde tirai untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang :P

0 Comments