Jangan Tegur Tegur !!

"Treet" kuat vibrate fon aku rasakan..Geli geleman pun ada tatkala getaran kurasa atas peha.
"Ada mana bro?Teman aku jumpa kawan malam nih.Kul 8 dekat padang MPKJ..Tuut..Tuut" Cheh macam hampeh.Sesuka hati kol..sesuka hati letak.Aku bukan receptionist.Hmm..So malam tu aku bersiap lebih awal, hanya mengenakan T hijau muda dan jeans lusuh yang sedia tergantung di balik pintu bilik

"Mana ko munyit??" aku membebel sendirian manakala jari jemariku pantas menaip kata2 maki."On da way!On da way!" jawapan yang biasa aku dengar dari mulut si Jaja ni.Kata2 minah ni tak boleh pakai.Kalau aku tau dia janji pukul 8, pukul 10 aku datang.Makan pun tak lagi..perut meneriak minta diisi.

Sementara menunggu..dapat jugak aku layan suasana malam di bandar Kuantan.Aku jarang keluar malam kecuali ada aktiviti dengan kawan2 aku.Dari tadi kelihatan sebuah ke sebuah kereta melintasi hadapanku..mencari petak parkir yang masih belum diisi.Bermacam2 gelagat aku lihat..yang bawa kereta, sibuk mempamerkan keretanya..yang bawak awek, sibuk bermanja2 dan bergurau senda dan yang bersendirian..meliar mata mencari kenalan sambil mulut memainkan peranan bersiul2 agar mandapat perhatian si gadis2 yang lalu lalang.

"Abang Afzal !!" opocot mak kau!Kus semangat aku lantas mengurut dada.Masakan tidak, disapa dari belakang dengan tiba2.Di hadapanku berdiri dua orang gadis yang biasa ku lihat."Ha..Nadia..buat pe kat sini?" sambil aku menjeling2 ke arah cewek manis sebelahnya "Oh..lupa ni Mimi..Housemate Nad.Kitorang nak pegi tengok wayang malam ni pkul 11.Abang buat pe kat sini sensorang?Jom la join kitorang?" pujuk si Nadia tapi aku tak mudah cair walaupun not RM10 sudah beralih tangan tanda setuju folo dorang tengok wayang.Mimi cuma tersengih2 memandang aku atas dan bawah."Apsal ni?Mimi ni ke yang abang jumpa hari tu?" aku masih lagi mengagak dalam samar."Yela Mimi la tu..Tapi last time jumpa..abang kerek.Jumpa hari tu muka ketat je.Sombong nak mampus!" Perghh..lahanat dia kata aku sombong plak.Tapi memang aku sering dapat aduan dari PERHILITAN daripada mereka yang baru kenal aku..dorang kata aku sombong!Mungkin gak..make sense.Tu sebab baru nak kenal..kalau korang dah kenal aku..Korang pulak akan kata aku macam Mr Bean."Mana da sombong..hari tu abang tak perasan la..ye la Mimi cantik sensangat" cepat2 aku keluarkan ayat mengayat yang telah diperakui 96.4% oleh SIRIM berkesan ke atas mereka yang mengalami masalah hormon tidak stabil.Nah! Jelas berkesan bila aku lihat Mimi mula tersengih2.

Perilaku seperti ni memang hampeh!Pastu kasi cium tangan

Bila aku fikir2kan aku patut sentiasa tersenyum..mungkin ringankan mulut untuk menegur orang.Lebih2 lagi bila aku mula mendapati yang seluar dalam berwarna pink jelas kelihatan dari belakang Mimi tatkala mereka mula beransur pergi untuk menempah tiket wayang."Erk! Nak tegur..Tak nak tegur..Nak tegur.." Aku masih lagi berkira2 sampai sekarang samada patutkah aku tegur atau memang dia sengaja berbuat begitu.Fesyen gamaknya!



2 Comments

  1. hehhehehhe... ieta pon tak berani tegur. Kalau org yang kenal boleh lah!

    ReplyDelete
  2. tula..tegur orang len..tgk2 kita pun sama.Haru gak :P

    ReplyDelete