Blog Si Hati Merah Jambu

Jangan Tutup LampOOooOo Malam Ni ~

3:18 PM

Banyak kisah yang nak aku kongsikan..semua dari hasil penceritaan rakan2 aku since aku sekolah menengah sampai sekarang.Banyak peristiwa yang kadang2 menguji sejauh mana keberanian kita untuk menghadapinya. So kali ni aku nak bukak beberapa cerita angker lagi. Kisah yang terjadi sewaktu aku belajar di UiTM Shah Alam dulu sekitar tahun 2001.Samada korang percaya atau tidak terpulang.Aku sekadar berkongsi. Teruskan membaca dan jangan hilang fokus..dan pastikan malam ni korang tak sendirian di rumah.Hehehe ~

Tumpang Lalu..

Malam kian larut..kenderaan yang lalu lalang di hadapan Kolej Meranti kian lengang, tidak sesibuk tadi. Malam itu seakan sunyi sekali..tidak lagi kedengaran suara pelajar2 lain yang selalunya pada waktu ini masih lagi berpeleseran di sekitar kawasan kolej. Mungkin minggu exam..dan jadualnya jatuh pada minggu2 terakhir peperiksaan. Man keletihan, matanya makin berat akibat penangan nasi lemak Jati yang dibelinya sebentar tadi. Bukan sebungkus, tetapi sekali dengan nasi lemak Anep dia tibai. Alasan Anep sebab dia dah keluar makan dengan gf nya. Mat meniarap di atas lantai simen..masih menunggu Anep yang masih belum puas bergayut dengan gf yang baru dijumpainya tadi."Ai kalau dah bercinta macam orang gila!" Mat mendengus panjang. Kalau diikutkan malas dia melayan karenah Anep, tetapi nak buat macamana.. Anep tu scorer dan dia tau dia mesti dibantu. Sabar sahajalah yang mampu dia lakukan sehingga habis exam Lepas tu pegi mam* la ko Nep!

"Oii tido je! Ko xrevised dulu ke apa2 yang patut?" jerkah Anep membuatkan Man tersentak dari tido2 ayamnya.Sambil menggosok matanya, jam di tangannya diamati betul2."Dah pukul 12.20 ni. Giler lama ko tepon? Kalau aku..aku sangkut je public fon tu kat leher !" Man menjuihkan bibir.. geram melihat Anep yang hanya sekadar tersengih2 memandangnya. Anep mula mengambil tempat..turut menelentang menghadap buku yang tebalnya hampir 1000 muka surat, kira2 sedepa jaraknya dari Man.Keadaan yang sedikit riuh sebentar tadi kembali sepi..sesekali sahaja deruan angin malam menghembus2 tirai jendela bilik mereka.. terkibas2 menampakkan suasana malam yang gelap gelita di luar sana.

Tatkala mereka sedang fokus.. Man perasan ada sesuatu sedang bergerak dari arah kanannya..bergerak menghampiri mereka. Man cuba menoleh, sesekali memberi isyarat kepada Anep yang sedang khusyuk membaca.A nep melihat Man pucat berpeluh. Dari ekor matanya Anep memandang seorang wanita berambut panjang, berpakaian labuh..dan lusuh bergerak perlahan melintasi di hadapan mereka berdua. Anep kaget! Lidahnya benar2 keras.. semakin berderau darahnya apabila mendengar lembaga tersebut menangis sayu, mendayu2..perlahan tapi jelas kedengaran. Mereka hanya mampu memandang sesama sendiri..melihat lembaga tersebut melewati mereka dan terawang2 menembusi dinding sebelah. Dengan kudrat yang dibakar rasa takut..mereka berdua cepat2 keluar dari bilik tersebut menuju ke bilik bersebelahan.Ternyatalah malam tersebut merupakan pengalaman ngeri mereka selama mereka menetap di kolej berkenaan..dan yang pastinya menjadi igauan ngeri mereka sepanjang hidup. Bilik itu masih lagi dihuni oleh pelajar2 baru silih berganti..tanpa mereka sedar kejadian yang sama mungkin bakal terjadi kepada mereka nanti. Ingatlah..mereka datang dan pergi tidak diundang. Bersediakah korang ??HeHeHe ~

Siapa di atas ?

Rahim menguak pintu bilik, segalanya kosong. Dari tadi dia mengetuk2 pintu, rupanya tiada sesiapa di dalam.Situasi tersebut biasa dilihat terutama bila tiba cuti hujung minggu. Rakan2 biliknya pasti keluar, ada saja program yang mereka lakukan. Bukannya dorang tak ajak, dan bukannya dia kera sumbang..tetapi dia lagi selesa bersendirian di bilik, menghabiskan masanya membuat ulangkaji. Paling kuat pun, dia layan anime Bleach yang sempat di downloadnya pada siang hari. Malam ni dia tekad hendak menghabiskan sambungan anime Bleach.. Padanya malam hujung minggu la masa yang terbaik untuk dia rehat dan meringankan beban dek mengadap papan putih yang penuh dengan rumus ntahapehape dia sendiri tak faham.

jangan korang cuba bayangkan..jangan sesekali..

Dari satu siri ke satu siri dihadapnya..matanya mula berat walaupun jam baru menunjukkan pukul 2 pagi.Baru??Ha..biasala kehidupan di kolej.Pukul 2 pagi tu memang masih awal untuk mencari bantal peluk! Tapi malam minggu seperti itu, rata2 pelajar memang xtido..semuanya keluar mencari hiburan.Yang tinggal di kolej pun terdiri daripada mereka yang tidak berkenderaan.Rahim sempat menjengah ke luar jendela, memerhati suasana malam di sekitar seksyen 2 Shah Alam.Masih kelihatan orang lalu lalang seakan2 tidak faham fungsi siang atau malam.Sudah beberapa kali dia menguap.Memang sah la dia sudah tidak mampu lagi bertahan.Dirasakan bantal2 dan tilamnya memanggil2 dari jauh.Rahim terus menghempaskan badannya ke atas katil.Bilik2 di kolej tersebut dilengkapi dengan katil 2 tingkat.Dia diletakkan di katil bawah, kerana alasannya dia asma. Tak boleh sejuk sangat sebab katil atas berdekatan dengan kipas siling.

Matanya kuyu, tunggu masa untuk diulit mimpi sedangkan fikirannya masih menerawang jauh memikirkan bermacam2 perkara.Sesekali dia merasakan selimut yang membaluti tubuhnya meleret jatuh di hujung kaki. Mula2 dia tidak berapa mengendahkannya, tetapi bila kejadian yang sama berlaku 2 3 kali..dia mula pelik.Timbul perasaan risau dan sedikit takut. Rahim cuba juga memberanikan dirinya mengintai di hujung kaki katil..namun tiada apa yang ada di sana. Sedikit lega, namun perasaan takut masih bermain2 di kotak pemikirannya.."Siapa yang tarik tadi?", bisiknya sendirian. Dia memang pasti yang selimutnya tidak jatuh dengan sendiri..seakan2 ditarik perlahan2 jatuh ke bawah.

Rahim kembali baring, masih berteka teki mengenai kejadian yang berlaku padanya tadi. Antara sedar dan tidak, tiba2 dia melihat perlahan2 sepasang kaki melunjur ke bawah dari sisi katil atas. Berderau darahnya ketika itu bila mana melihat kaki tersebut berbuai2. Rahim mula merapati dinding..peluh jantan mula membasahi tubuhnya yang kurus. Baru dia tahu, kes selimutnya tadi pasti ada kena mengena dengan kes yang sedang berlaku sekarang.Tiba2 dia terdengar suara halus menyanyi2 dari katil atas dan di selangi dengan hilaian kecil. Rahim pasrah..matanya mula berpinar2 dan segalanya bertukar gelap gelita..

Bila Rahim tersedar..dia dikerumuni dengan beberapa orang pelajar. Beberapa orang kawannya dari rumah sebelah mendengarnya menjerit meraung2. Rahim tergamam..tapi realitinya hanya dia saja yang tahu. Apa yang berlaku padanya dan apa yang telah dia lihat malam itu..So pada korang berhati2 la..dia muncul tak kira tempat, samada kita rela atau tidak..bergantung kepada nasib korang. Sekarang make sure katil atas korang tidak ditinggalkan kosong ye !! HeHeHe ~

You Might Also Like

9 comments

  1. Macam nampak bayang bayang sesuatu kat tepi katil tu..haha!

    ReplyDelete
  2. haha..tu la lenkali baca sebelum malam :P

    ReplyDelete
  3. citer betul ke ni? ke saja reka2 nak bg org lain takut?

    nasib baik xbaca entri ni malam jumaat...hahhaa...

    ReplyDelete
  4. cerita betul maa..kalau nak tau betul try tekadkan dalam hati, cakap nak jmpa malam ni.huhu

    ReplyDelete
  5. aku tak nampak ape2..kekeke..
    seram derrr..

    ReplyDelete
  6. Arya Putra = haha.aku lagi serammm..berdiri bulu ketiak aku.huhu

    ReplyDelete
  7. hantu mak cik karipap x de ke? :D

    ReplyDelete
  8. memang best layan cerita hantu ni malam-malam..

    hope la malam ni aku tak nampak benda yang tak diingini dalam bilik aku..hehe

    ReplyDelete
  9. Selalu gak kene kat hostel dulu..tapi hantu nye malu-malu siamang.so tak de la die tayang sangat muka cun cam Neelofa dia tu...tp sanggup kot tahan berak sebab tkot nak g tandas.. muehehehe...

    ReplyDelete