Kawan Datin Terlampau !!

Hari Rabu beberapa bulan lepas, aku duduk termenung menghadap jendela tembus pandang di hadapan opisku. Biasala kalau aku takde kerja, selain online aku suka termenung membina angan2 menggunung. Tiba2 loceng pintu opis berbunyi.Aku lihat seorang wanita hampir sebaya dengan mak aku berdiri di hadapan pintu. Aku cuma memerhati dari jauh sementara ofismate aku berjalan membuka pintu.

Kelihatan wanita tersebut tersengih2, sambil menyatakan ingin bertemu dengan ketua pusat. Lagaknya bergaya, tetapi agak kasual..dan pelik.Berbaju merah, berkain labuh kuning..Macam bendera Selangor kalau di pandang dari jauh."Wah siapa pompuan nih?" berdetik jugakla hati kecikku bertanya. Selalunya kalau ada seseorang yang ingin berjumpa bos aku, tak lain mesti supplier peralatan makmal. Ofismate aku pun menuntun wanita tersebut ke ruang menunggu sementara menunggu bos aku selesai urusan dengan klien lain. Aku melihat dari jauh..ntah apa yang mereka borakkan sepanjang perjalanan mereka ko opis.

Bila aku naik ke surau, aku lihat beberapa orang staf mengerumuni wanita tersebut. Pelik plak aku apa yang dorang buat?Macam ada benda menarik di situ. Aku menegur kawan aku yang baru sahaja beredar dari kelompok berkenaan."Apsal tu?Kenapa korang berkumpul kat situ?"."Takde la..aku pun singgah sekejap je.Ntah apa yang akak tu borakkan. Dia datang sini nak jumpa bos, nak apply kerja kosong" kawan aku buat muka selenga sambil menjuih2kan bibirnya yang tak berapa seksi tu. "Apply kerja pe kat sini?Bukan semua permohonan melalui SPA ke?" aku mengomel sendirian sambil melihat kawanku tadi berlalu meninggalkan aku sendirian.

"Bro pehal?" sapaan dari belakang membuatkan aku sedikit terkejut. Melihat kawanku yang baru keluar dari tandas sambil menepuk2 bahuku dari belakang. Aku mengulangi soalan yang sama kuberikan kepada kawanku terdahulu."Oo..akak tu ke?Hahaha!" tiba2 dia gelak kuat.Aku mula berkerut."Ko nak tau, dia kata dia orang kenamaan kat kawasan ni. Ramai kenalan di kalangan datin2. Kira VIP la macamtu. Katanya dia bosan kat umah so datang sini cari kerja. Tapi aku musykil la..hmm.." ayatnya mati di situ membuatkan aku makin teruja ingin tahu. "Ha apsal?" terpacul persoalan dari mulutku membuatkan kawanku sedikit tersentak.
"Tapi yang aku pelik..dia nak apply jawatan cleaner!" kata2 kawan aku tu lantas menyebabkan aku mengerahkan kedua2 belah otakku berfikir dengan serentak. Aku mundar mandir..menunggu sehingga wanita tersebut keluar dari bilik bos aku.

"Balik dah kak..ehh.Puan?" aku berdeham kecil, cuba menarik perhatian daripada wanita berkenaan. Wanita tersebut cuma tersenyum tawar memandangku."Takde rezeki akak kerja sini, akak nak try cari kat depan sana pulak la" wajahnya sugul jelas menunjukkan dia sedikit kecewa."Akak bukan apa, akak malas nak gunakan kabel datin2 untuk apply kerja. Dorang sibuk suh akak kerja kat opis dorang..cuma akak je taknak" aku sedikit ternganga. Wah hebat tol akak ni.Besar kabel dia! Aku menghantarnya ke ruang lobi tanpa diminta.

aiiyakkk!!!Aku terus membuat muka bila mengetahui perkara sebenar


"Akak datang sini naik pe, ke akak tunggu kawan datang amik?" soalku sopan bila mana aku melihat wanita tersebut berkira2 untuk pergi ke bangunan LKIM di hujung jalan."Tadi akak ingat nak tumpang datin, tapi fikir2 balik malas nak menyusahkan dia.So akak datang sendiri" panjang lebar penjelasannya sambil berlalu meninggalkan aku.Tetapi aku tergamam seketika bila aku lihat dia mula merapati basikal BMX kecil yang sesuai digunakan oleh kanak2 yang tersandar di tepi dinding bangunan..yang terletak tidak jauh dari tempat aku berdiri.Aku melopong lagi melihat dia terkial2 mengayuh basikal tersebut dengan kasut tumit tingginya yang berwarna merah."Biar betikk!!" jeritku dalam hati dan tak mampu mataku berkedip melihat dia masih bersusah payah terkangkang2 cuba mengayuh basikalnya."Nak gelak ke tak nak!Nak gelak ke tak nak!" aku masih bercatu2 walaupun hakikatnya aku sedang cuba menahan gelak..dan bersedia untuk berdekah2!!

P/s : Manusia ni macam2 fiil..so pepandai korang la nak handle macamana :)


4 Comments

  1. hahaha.... gelak guling2... ada jugak org cam makcik tu...

    ReplyDelete
  2. aku xsure la..smada dia sje nk impressed ktorg @ dia mmg xbtol :D

    ReplyDelete
  3. alamak saya pun tak tahu "nak gelak ke taknak" kadang2 kesian ada, geli hati pun ada dengan gelagat orang2 macam ni...saya pernah melalui situasi sama macam ni...hmmm... senyum jelah....

    ReplyDelete
  4. jom ade nk i jilat kn pantat ws 01164202625 x kire ape status

    ReplyDelete