Kenapa Aku Jadi Blogger ??

Kenapa aku jadi blogger?Aku terfikir gak dari aku yang sebelum ni yang asyik lepak mengadap mukabuku..alih2 dah ada blog.Then bila aku start blogging..aku rasa addicted.Kalau tak tulis something rasa ada yang tak kena dan bila dapat release new post, aku rasa puas..puas giler! Haha (gelak jahat)

Actually tak pernah terlintas aku menulis blog..apatahlagi kenal blog.Yang aku tau blog adalah medium untuk seseorang berkongsi bercerita..meluahkan perasaan dan mungkin sebagai portal untuk menjana pendapatan. Dua tahun lepas, aku dengar pasal blog kawan aku Peej (peejburhan). Kawan aku si Fadhlur bagitau yang si Peej ni dapat income hasil dari penulisan blognya dan siap attend blogger events..red carpet lagi tuuu. Bila aku dengar, 1st impression aku "Wow..hebat tol Peej nih" sebab dengan blogging saja dia boleh jana pendapatan dan femes. Aku impressed dengan kebolehan dia dan bila aku bukak blog dia..macam2 cerita yang ada. Masa tu aku tengok kebolehan dia menulis blog..tetapi aku tak nampak sekiranya aku berada di tempatnya. Fadhlur kata, jika someone ingin menulis blog..dia perlu fokus, kreatif dan letakkan segala masa terluang kepada ber-blogging. Aku fikir aku tak cukup masa untuk ber-blogging..then anyway aku tak tahu apa yang hendak aku ceritakan. By the way peej, penat aku up ko..blanje aku pasni ea :P

Peej aku pinjam gmbar ko ye :P

Then last month..dalam sedap2 aku menulis untuk entry post mukabuku..datang seorang kawan aku Cheq Tun (merahnyamakngah) mengajak aku menjana pendapatan dengan menulis. Pada masa tu aku sedikit blur, tak tau apa jenis peluang yang dia tawarkan. Cheq Tun suh aku buat blog. Blog? Aku pernah didedahkan mengenai blog 2 tahun lepas..dan sekarang someone minta aku menulis blog. Kenapa dia begitu yakin aku boleh menulis blog? Aku pernah tanyakan soalan tersebut kepadanya dan dia memberitahu dia pernah membaca cerpen yang aku tulis 10 tahun yang lalu. Actually cerpen tu aku bagi kepada ex-gf aku dulu tapi aku tak tahu dia pun baca sekali. Dari situ dia mengatakan yang aku ada kebolehan menulis, dan dari aku terus merepek merapu dalam wall mukabuku..dia kata lebih baik aku ber-blogging. Dia berjanji yang dia akan jadi follower aku yang pertama..walaupun ketika itu aku satu haram pun tak tau apekebenda follower tu.

Aku juga boleh rasa tekanan untuk mendapatkan idea

Aku pun mula buat homework, blogwalking tengok blog orang lain. Aku dapat idea blog macamana yang aku mahukan. Blog aku tak banyak gambar dan fancy2 macam blog orang lain. Blog aku menekankan penceritaan, dan kalau certain2 orang yang tak minat membaca memang takkan singgah blog aku. Mula2 tu aku risau jugak..tapi bak kata Cheq Tun, penerimaan setiap individu berlainan. Baginya isi blog macam aku ni dapat menarik minat golongan pertengahan dan dia mengaku dia adalah salah seorang fan penulisan aku. Dia mengotakan janjinya dengan menjadi 1st follower aku. Aku diterangkan mengenai Nuffnang, GengBlogger dan macam2 untuk menjana pendapatan sampingan. Tetapi aku tak rasa pun itu matlamat aku..dan sekiranya betul aku dapat income dari ber-blogging, itu satu bonus buat diri aku dan usaha aku menulis blog. Aku menulis blog sebab aku suka bercerita, meluahkan perasaan dan isi hati aku dan berkongsi pengalaman yang ada dengan semua rakan2 blogger yang lain. Ada benarnya kata Cheq Tun, jangan kejar follower..tetapi yang penting silent reader. Someone yang mana akan kembali menyinggah blog tanpa perlu menjadi follower.. bukan kerana blog tu cantik tetapi kerana isi kandungannya.

Sudah sebulan lebih aku ber-blogging, aku kini digelar blogger.. menyesakkan lagi komuniti blogger yang ada di Malaysia. Dalam tempoh sebulan ni, macam2 ilmu aku perolehi.. pengalaman suka duka dan komen2 positif terhadap blog aku. Aku ada secret admirer yang mengakui kagum dengan hasil penulisan aku dan rata2 kawan aku berpuas hati dengan apa yang aku lakukan. Ada di antaranya yang meminta aku membuat novel dan sarankan untuk aku memasuki sebarang event yang melibatkan penulisan. Aku langsung tak pernah fikir sejauh itu apatah lagi aku masih baru..banyak benda yang perlu aku perbaiki dan belajar. Tapi aku tak kata itu adalah perkara mustahil untuk dilakukan sebab aku pernah fikir perkara yang sama dulu sebelum aku terlibat dalam menulis blog disebabkan perasaan kurang keyakinan diri. Tetapi aku bersyukur kerana dengan sedikit kebolehan yang aku miliki, aku mampu menarik minat segelintir orang yang sabar mengikuti dan membaca hasil penulisan aku. Pada mereka yang setia mengiikuti..aku harapkan komen dan maklumbalas dari korang supaya aku dapat memperbaiki setiap kesilapan dan kesalahan dalam aku menulis blog. Terima kasih untuk mentor aku Cheq Tun, kerana menegur kesalahan aku awal dulu..menulis perkataan secara singkat. Mungkin sebeb dia tak faham dan katanya kebanyakan blogger terkenal takkan menulis singkatan di dalam penulisan mereka.

terima kasih di atas sokongan korang :)

Lastly, aku harap aku dapat terus ber-blogging, berkongsi dengan rakan2 lain melalui penulisan aku. Aku teruja bila ada orang di luar sana saggup membaca dan menjadi motivasi kepada diri aku untuk terus mendapatkan idea bercerita melalui penulisan. Segala sokongan, komen2 positif dari follower dan rakan2 akan aku jadikan semangat untuk terus menghasilkan isi2 yang menarik di dalam blog aku. Thanks guys and aku appreciate sangat2. Korang la sebab kenapa aku terus jadi blogger :)

P/s : Support itu penting kerana tanpa adanya support..semua perkara yang dilakukan takkan berhasil.Bdw Peej dan Cheq Tun..jangan lupa blanje aku. Aku banyak puji korang kali ni.Haha

10 Comments

  1. nah...dua kupang gi main jauh2..

    banglong..tunggu cek kedua nuffnang sy la baru leh belanja. uhuk2..cek kedua? cek pertama pun ciput.. huhuu.insyaAllah..

    nak jadi die hard fan Afzal..yeha!

    ReplyDelete
  2. tgk acc nuffnang xberganjank pon.haha :D

    ReplyDelete
  3. haish..kena sbr bang long oiii.. tempek lg byk2 iklan tu ...hahhaa..

    sy pun dulu lg lama asyik RM0.03. ingat lg earning sy masa tu. punya la jenuh dia nk naik sekupang.

    pelan2 kayuh akhirnya smpi ke tebing jugak

    ReplyDelete
  4. aku terkejut tiba2 nampak pic aku kat fb tdk.
    tak bg tau pun. nasib aku bukak page tu.
    kalau tak kau lambung la mcm mana pun takda nya aku tau.

    aku pun biasa2 aje.
    takdanya famous ke apa.
    blog pun sebab suka.
    duit tu sampingan. Alhamdulillah ada la.
    tapi if kau blog sebab suka menulis. bagus.
    if kau blog sebab harapkan duit. aku cakap lupakan je la.
    sebab serious. jauhhhhhhhhhhnya perjalanan.
    penat ok. heheh.

    ReplyDelete
  5. sori peej..aku pnjam pic ko.haha.jadikan contoh terbaek sbb aku tau psal ko pn daripada fadhlur :) yup aku suka merepek.hehe

    ReplyDelete
  6. hati~♡ = mestila suka suki.kdg2 tukar suka sushi :)

    ReplyDelete
  7. ooo itu sebab atok berblogging ekk? tapi siyes la tok mmg tok ada bakat menulis laa...

    ReplyDelete