Kenapa Geleng-Geleng Ea ??

10:01 AM

"Ada mana bro? Apa barang lepak bilik..bukan ada bini!", mesej ringkas berbaur cacian yang baru aku terima petang tu langsung tidak membuat aku cepat melatah. Aku tau yang Cikgu Isyam sedang memancing2 aku untuk keluar lepak minum dengannya..Biasala orang tua ni, aku pon agak konfius kerjaya cikgu macam dia. Boleh plak satu hari tu..pukul 10 pagi ajak aku pergi main bowling. Apekejadahnya! Masak sangat ngan fiil dia nih. Aku kuatkan kudrat bangun dari pembaringan..wah! dah macam lirik lagu nasyid Bila Izrail Datang Memanggil plak.Isk3. Jam menunjukkan pukul 5 petang, dan aku perlukan 10 minit untuk bersiap. Memandangkan aku nak jumpa jantan dan bukan cewek2.. so aku mengenakan tema kasual-selipar-bermotor.

Pukul 5.30, aku lihat Cikgu Isyam sudah pun ditemani dengan gelas2 kosong. Sah la dia dah lama lepak kat warung De Mall nih.Suka sangat lepak situ.Asalkan order, mesti roti Arab. Aku rasa dia dah terkena mandrem abang yang canai roti tu gamaknye. Bila cakap pasal mandrem, aku teringat kes yang berlaku di Bangi yang mana seorang wanita yang menjual air soya di tepi jalan mandrem hasil jualannya dengan meludah ke dalam setiap bungkusan air soya tersebut. Aku tengok pun melalui video klip dalam mukabuku.. Perghh kembang tekak aku. Sekembang bunga2 kemuncup di taman permainan. Huhu

Aku suka lepak ngan cikgu ni, selama aku lepak dia langsung tak pernah bukak cerita pasal sekolah atau murid2 dia. Balik2 cerita kereta. Aku rasa dia ni salah pilih kerja la. Sepatutnya dia jadi jurujual kereta sebab bila dia cerita pasal kereta, memang sangat meyakinkan. Kalau 1 hari dia boleh yakinkan aku untuk beli 1 kereta, kalau lepak 7 hari seminggu, maunya seminggu tu aku bertukar2 kereta! Haha. Tengah rancak berborak, pandangan aku mula tertumpu pada seorang lelaki yang berada di penjuru sudut warung. Apa yang aku tak mampu melepaskan pandangan ialah cara dia makan menu yang di pesannya itu. Kalau tak silap aku mi goreng kot. Jangan salahkan aku kalau aku silap sebab aku pun tengok dari jauh..tengok pakai mata kasar aku yang rabun silau ni. Tapi dalam pinggan dia aku tengok panjang2 macam cacing. Sah la mi goreng tu!

macamni la rupa bentuk mi goreng yang aku lihat dari jauh


Aku tengok lelaki tu berkerut2..memicit kepalanya sambil menggeleng2. Mulutnya mengomel2. "Heran gak aku..dia buat ape macamtu?", aku lantas berkerut2 memicit kepala sambil menggeleng2. Eh tersama pulak gaya aku macam lelaki tersebut. Ni mungkin sebab terjangkit secara tidak langsung sebab tengah penat memikir apasal lelaki tersebut menunjukkan reaksi sedemikian. Mula2 aku jangkakan menu yang dia terima itu tidak menepati citarasanya tetapi dia tidak pulak memanggil pelayan yang lalu lalang di sebelahnya untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap menu yang di order.Aku ni pulak jenis cepat curious dan sangat berkobar2 untuk mengetahui kenapa lelaki tersebut berterusan bersikap demikian. Aku rasa setiap kali makanan tersebut disuap ke dalam mulutnya, sebanyak itulah dia menggeleng2 kepalanya."Weh aku betul2 tak puas hati nih!", jiwa aku meronta2 minta jawapan yang aku sendiri tak tau nak tanya dengan siapa..selain tuan punya badan.

"Dik nak tanya sikit. Aku tengok bro dok meja hujung tu asyik geleng2 kepala. Dia ok tak?", aku lantas memuntahkan soalan yang bermain di kotak pemikiran aku ni tatkala aku mencuit lengan salah seorang pelayan yang lalu di sebelahku." Oo bro tu regular customer kat sini..dia memang macamtu. Bukan sebab dia komplen tak sedap..tapi tengah menikmati hidangan dengan bersungguh2. Dia kata mi goreng warung ni sangat sedap, ada kelas tersendiri", ujar pelayan tersebut sambil tersengih2. Tak tahan betul aku bila mendengar kenyataan pelayan tersebut mengatakan ada kelas tersendiri! Macam hampeh. Tapi ni la 1st time aku tengok perangai orang makan pesen macam nih. Makan sambil menggeleng2 kepala. Mungkin boleh dijadikan senaman sambil makan..memudahkan makanan yang dicerna di dalam mulut melalui dinding trakea dengan mudah. Wah sesuka hati aku punya statement! Aku kena cuba jugakla mi goreng warung ni nanti..mungkin lepas ni aku akan makan dengan cara mengangguk2 kepala plak (menganjing orang memang kuat) Hehe :P

P/s : Aku dah rasa..tapi rasa macam biasa je. Aku tak angguk..tak gelang. Takde respon pape.Yes aku gembira yang aku masih normal!

You Might Also Like

2 comments

  1. boleh jadi novelis la tuan belog ni.. ;)

    ReplyDelete
  2. belum ke arah novelis..lebih kepada cerpenis.kehkehkeh

    ReplyDelete