Majlis Perkahwinan..Trend @ Adat?

Salam.Morning guys.Pecer kita hari ni?Pagi2 ni aku nk borak2 pasal majlis perkahwinan la.Aku buka cerita ni pun sebab aku tertengok wedding ceremony dalam rancangan dalam tv hari tu.Dah naik jelak aku tengok wedding dengan konsep yang sama every week..mengagungkan kemewahan dalam majlis perkahwinan mahupun resepsi.Aku rasa konsep yang diketengahkan tu sekadar membina angan2 para penonton yang rata-ratanya bukanlah dalam kelompok mewah.Bila mula memasang impian perkahwinan mewah..mulalah si lelaki garu kepala (selalunya menjadi mangsa keadaan).Aku tak la kata salah, malah ada yang akan kata wedding sekali seumur hidup..nak buat yang terbaik.Pada aku nak buat yang terbaik tu terlalu umum..macam2 cara boleh kita lakukan.Yang penting niat mau betul.

Bila bincang pasal hantaran yang lelaki tepuk dahi, yang perempuan pulak masing2 sibuk buat survey berapa hantaran kawan2, adik beradik yang lain dan jumlah hantaran mengikut kadar semasa.Perlu ke buat macamtu?Hantaran adalah hadiah dari pihak lelaki kepada pihak perempuan mengikut persetujuan kedua2 belah pihak.Daripada responden yang aku terima, 7/10 mengatakan terpaksa bersetuju dengan jumlah hantaran yang ditetapkan kerana sayangkan pasangan masing2.Hmm..kalau betul la wanita boleh rasakan apa yang pihak lelaki hadapi, mereka boleh membantu dalam pelbagai cara contohnya bersama2 kumpul wang hantaran.Aku pernah alami kes begini.Aku bersetuju bila pihak perempuan meletakkan RM9k sebagai hantaran, itu pun selepas ex aku setuju dengan aku nak berkongsi wang hantaran.Tapi tiba2 dia mengadu kepada keluarganya yang aku minta wang hantaran dikongsi.Heh time tu bertempik la pihak perempuan tidak bersetuju..mengalahkan Jebat mengamuk!Ni satu lagi kes di mana masalah lelaki dan perempuan..melibatkan keluarga.Abis semua benda nak di cerita.Please la..ada benda yang boleh dibincang, ada benda yang memerlukan komitmen pasangan sahaja.Korang nak kawen..kenapa perlu libatkan semua perkara dengan family?Kalau macamtu memang sah korang belum bersedia untuk mendirikan rumah tangga lagi.

Pening bila memikirkan kehendak melampaui had kewangan kita


sekadar gambar hiasan


Aku respect dan salute pada kakak kawan aku, keluarganya someone di dalam angkatan tentera.Kakaknya tu berjawatan G48 berumur 28 tahun.Menetap di Bangi, kawasan yang diketegorikan sebagai kawasan bertaraf hidup tinggi Tapi aku tak sangka hantarannya cuma RM6k.Majlis perkahwinannya juga ala kadar, tidak terlalu mewah tapi meriah.Susah sangat sekarang kalau kita nak jumpa hantaran serendah itu, baik di kawasan perkampungan mahupun bandar.Aku tak nak bagi contoh minah kilang la..minah2 yang xkeje pun letak harga RM10k!Bukan aku suka2 hati cakap ye..ni hasil rungutan rakan2 aku yang masih bujang.Aku faham masalah taraf hidup yang tinggi sekarang, tapi apa salahnya kenduri diadakan secara bersederhana.Buat secara gotong royong sesama penduduk kampung.Aku rasa banyak lebih.Aku masih boleh terima hantaran bawah RM10k..tapi kalau lebih daripada itu aku rasa agak melampau (bagi mereka yang berpendapatan purata RM24k setahun) Malah ada sebilangan yang menilai hantaran mengikut pangkat dan jawatan pasangan.Kalau kahwin dengan doktor, engineer, ahli perniagaan..hantaran mestila tinggi.Kenapa ye?Kawan aku, seorang Engineer Syarikat Telekomunikasi terkemuka dengan gaji RM8k berkahwin dengan seorang doktor pakar dengan gaji RM5k..hantaran perkahwinannya cuma RM5k!Hidup bahagia sampai sekarang.Aku tunggu jugak berita kalau2 ada pasangan yang berkahwin dengan hantaran rendah, akan mengidap penyakit kronik..tak pun akan mati dalam masa terdekat.Belum ada cerita macamtu lagi..So kenapa perlu hantaran tinggi?

sekadar gambar hiasan

sekadar gambar hiasan


Then kita masuk ke jumlah hantaran perkahwinan.Aku pernah dengar hantaran sampai 21 dulang berbalas 19 dulang.Perghhh..kalau kita dengar mau bernanah!Tu kalau kita dengar, tapi bila tengok dengan mata kepala sendiri..maunya kita juihkan bibir je.Yela mana taknya, hantarannya terdiri daripada beras, gula, garam, tepung dan bahan2 asas yang lain.Tapi banyak sangat la sampai berdulang2..Hantaran kan hadiah dari pihak lelaki, why not kita berikan something yang boleh disimpan sebagai kenangan..memorable, valuable tapi xberlebih2.Al Quran, telekung, sejadah, pakaian, pewangi, alat perhiasan..asalkan tidak membebankan dan mampu dibeli.Then bila pasangan mula memasukkan trend dalam hantaran..mula la upgrade barang2nya.Telefon bimbit, komputer riba, kereta la (tapi kereta ni..hantaran cuma kunci je, monthly bayar sendiri) dan macam2 lagi.Kenapa?Perlukah menunjuk2?Mungkin demi kepuasan..setelah mengenepikan situasi pihak lelaki yang tengah fikir cara mana nak selesaikan hutang yang bertimbun dengan gaji yang cukup2 makan je.Hmm..aku boleh rasakannya.Hehe.

sekadar gambar hiasan

Lepas hantaran, mula la fikir kad kahwin, khemah, pelamin, baju nikah dan kahwin, fotographer, goodies bag, DJ, mak andam, bahan2 mentah, sewa dewan dan macam2 lagi la.Paling kurang pun..korang kena sediakan RM10k untuk part ni je.Haha..bila korang yang keje makan gaji ni..dengan gaji seciput, ditimbal balik aku rasa macam xleh nak kawen je.Yela nilai kos kahwin ni..dah boleh buat duit muka beli rumah.Tak pun keluar satria evo 2.2 Mitsubishi RM17k (aku tau harga sebab kawan aku baru let go kete dia ni).Tu baru kahwin ok..belum masuk majlis bertunang.Aku tengok trend majlis bertunang sekarang pun xkalah macam majlis kahwin.Sama2 grand.Siap ada pelamin lagi.Baik korang terus kahwin je..Itu pun budget mau makan RM3k.



Bagi aku, aku bersetuju kalau kita nak buat majlis yang gilang gemilang sebab kita kahwin pun sekali seumur hidup (ni aku cakap untuk mereka yang xde plan nak kawen lebih dari satu la ye).Tapi memadailah dengan keperluan dan had kewangan kita.Ukur baju di badan sendiri..adat diutamakan, trend belakang kira.Kalau korang stil nak trend, maksure kewangan korang cukup kukuh samada sebelum kahwin atau selepas majlis perkahwinan.Rata2 kenalan aku mula merungut menghadapi masalah kewangan selepas kahwin.Beringat sebelum kena..Kita boleh tunjuk mewah kalau kita benar2 mewah.Jangan bandingkan kita dengan orang lain..mungkin kita tidak semampu mereka.Ikatan yang kita bina adalah untuk jangkamasa panjang, bukan sekadar di atas pelamin semata2.Bagi kedua2 pasangan..kedua2nya ada tanggungjawab yang besar bagi merealisasikan impian masing2.Tanggungjawab lelaki untuk menyempurnakan majlis dan kehendak bakal isteri dalam apa cara sekalipun asalkan tidak membazir dengan mengambil kira faktor kewangan bagi menjamin kehidupan di masa hadapan..dan tanggungjawab bakal isteri yang mengambil kira kewangan bakal suami dalam membuat sesuatu keputusan dan syarat perkahwinan agar dirinya tidak tersepit dalam soal kewangan selepas mendirikan rumah tangga kelak.Yang penting sama2 kena beringat sebab xde orang akan tolong korang kalau korang menghadapi masalah kewangan kelak..melainkan Ah Long.Haha.So korang nilaikan la sendiri..samada trend masa kini yang menjadi pilihan korang ataupun cukuplah adat sebagai pencukup syarat dalam korang melangkah ke alam rumahtangga :) Ni cuma pandangan peribadi aku sebab aku nampak sekarang kahwin merupakan satu trend..dan bukannya ada istiadat semata2..Tepuk dada, tanya poket korang ye :)


6 Comments

  1. mari kita ikot apa yang dianjurkan oleh rasullah sanjungan kita...baginda mengalakkan kita agar meletakkan harga mas kahwin yang rendah dan juga berbelanja berkenaan urusan perkahwinan yang sederhana... bak kata orang..biarpun berkahwin mungkin bagi seseorang itu sekali seumur hidup...tp yang paling penting ialah keberkatan perkahwinan yang perlu dikejar..bukanya meterial sebegitu...

    ReplyDelete
  2. btol tu..aku sokong.utamakan yang wajib sahaja, tang lain tu aku rasa mana yang perlu.Eventhough kalau pihak lelaki nak bagi hadiah sekalipun..niat sekadar hadiah perkahwinan, tak perlu membazir..akan timbul sifat riak :)

    ReplyDelete
  3. Well.. mmg ak setuju dgn artikel di atas, tp... ap cer lak kalau majlis lelaki belanja 3x ganda dr tmpt pompuan?
    masa diberi cadangan sblm majlis, kita diminx supaya xcampur tgn, tapi ending....???
    penat tmpt laki plak 3x jugak.. smpi 3ming nk settle keje setting & taking down setting, bayar 3x tp pengantin sendiri buat keje..
    bini ckp dh xnk dgr...
    logic entah ke mana..lalala..

    laki ni ego 3x ganda,kan? :D

    ReplyDelete
  4. haha.apsal ko terkena ea?haha :D wah dasat tol kenduri sebelah lelaki ea?mgkin ko kawen anak dato' kot?hehe :P

    ReplyDelete
  5. lepas baca entry nie , terfikir balik sbb lagi 4 hari saya akan langsungkan pertunangan.Thanks..entry yang sungguh berguna :)

    ReplyDelete