Mintak Perisa Vanila Satu ??

Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam..tetapi mata aku masih cerah.Aku rasa masih mampu bertahan dalam 1 hingga 2 jam lagi nih.Ni penangan kopi cap tupai la tadi, perghh memang terangkat.Aku dah cuba bermacam2 jenis kopi..namun kopi timbang ni jugalah yang menjadi pilihan aku.Ni bila mata mula membuntang..perut aku mulalah berdangdut.Separuh bahagian rongga perutku masih kosong..minta diisi dengan sesuatu.Bukan sesuatu lagi..coklat, aiskrim, burger, keropok, nasi goreng ikan masin..tapi selewat ini?Rosak diet aku makan malam2 macamni, mungkin boleh diberi pengecualian untuk malam ni saja?Tapi..aku nak cari kat mana?

Angin malam sepoi2 bertiup dengan sempoi.Aku lantas menghidupkan enjin motosikal Kriss ku, mula mensasarkan ke tempat tujuan tanpa menggunakan sebarang aplikasi GPS.Lebih kurang 5:43 minit aku sampai ke destinasi dituju.Destinasiku kini di hadapan kedai 24 jam.Aku masih lagi berkira2 apa yang nak ku beli dengan bermodalkan duit sebanyak RM5..yang aku selitkan di bawah lipatan kain pelikatku.

"Selamat datang" amboi lembutnya suara..berdegup2 jantungku namun tatkala aku menoleh ke arah empunya badan, kuperhatikan ada misai setebal mud guard RXZ.Macam haram..suara macam gampang!Klon Ziana Zain.Di dalam premis tu ada la seorang dua pelanggan namun apa aku peduli.Aku tak membuang masa lalu mula menyelongkar setiap inci kedai..mencari2 apa yang patut ku makan.Nak makan apa ya??Hmm..

Sedang aku sibuk menjalankan misi, loceng menyambut tetamu berbunyi sebaik pintu premis dibuka.Kelihatan seorang lelaki seawal usia 20an menghampiri kaunter.Kelihatannya teragak2..tatkala melihat staf premis berkenaan berborak sakan dengan rakannya yang lain.Aku cuba meneruskan pencarianku..tapi tingkah laku mamat tersebut menarik naluriku untuk terus memerhati.Dia mundar mandir..seakan2 membelek majalah di tepi kaunter, tapi aku tau bukan majalah yang dia cari sebab tumpuannya terganggu setiap kali pelanggan keluar masuk ke dalam premis berkenaan.Apa sebenarnya yang dia nak buat?Cecair adrenalin dalam tubuhku makin mencapai tahap maksimum dek kerana teruja memikirkan tingkahlaku mamat berkenaan.

Bila suasana mulai lengang dengan pelanggan, dia kembali merapati kaunter.Tersengih2 macam cicak tertelan kapur barus.Huh masa yang tepat untuk aku bertindak..aku sempat capai Cheesedale sebab aku nak tau cerekarama yang bakal berlaku di dalam premis tersebut.Aku cuba memperlahankan langkah menghampiri kaunter, sekadar untuk memasang telinga namun spoil apabila disedari mamat tersebut.Hmm..mengeluh panjang aku dek kerana xdapat join babak pada malam itu.

Selepas membayar, sedang aku sibuk mengutip syiling yang terjatuh akibat kecuaianku..aku dengar mamat tersebut cuba berkomunikasi dengan staf premis berkenaan walaupun nadanya putus2..namun masih dapat aku dengar dengan jelas."Hmm..Dik, kondom perisa vanilla ada tak?" haha..gelak kuat aku masa tu, tapi dalam hati je la."Ala bang..xde la.Abang cuba perisa lain?" abang staf tersebut tersipu2 malu..terjungkit2 misai tebalnya tu seakan menari2.Hahaha..aku hampir terkentut menahan gelak mendengar perbualan mereka malam tu.Dari lapar terus kenyang aku dibuatnya.Hahaha :D

P/s : Bak kata kawan aku..yang mintak perasa ni perempuan je kot.Lelaki boleh rasa apa??Hehe

2 Comments

  1. kisah benar ke ni?ermmm mcm2...ada pulak perisa yea...hantu

    ReplyDelete
  2. haah lor..tp xpasti plak kedai 24 jam tu ada jual pelbagai perisa :P

    ReplyDelete