Psstt..Psst..

4:51 PM

Las wik aku balik ke Kuantan, lalu highway.Aku jarang lalu highway, sebab bagi aku ikut Muadzam lagi dekat.Tapi memandangkan dah lewat malam sangat area dan kat highway pun ada R&R, boleh la berehat kot2 aku mengantuk tengah drive nanti.Waktu tu lebih kurang dalam pukul 3 pagi.

Sampai kat Temerloh, mata aku dah mula berat.Ah tak leh jadi..aku kena berhenti pekena kopi dulu.Kalau nak tido, aku takut tak sempat masuk kerja pagi esok.Merah plak punch card aku.R&R Temerloh lengang..tak banyak kenderaan yang berhenti.Sekali sekala je dua tiga biji kereta berhenti..pemandu singgah menggunakan tandas.Aku pun tak lepaskan peluang ke tandas.Aku rasa pundi kencingku tak mampu lagi menampung dalam jangkamasa yang lebih lama..

Tandas kelihatan lengang..aku memilih tandas yang bersih untuk digunakan.Belum sempat aku menunaikan hajat..aku dgr seseorang berbisik dari luar."Pssstt..Psstt" Aku jengah ke luar pintu tandas..sunyi je takde sesiapa.Ai kepala aku mula la fikir yang bukan2.Macam2 kisah dah aku dengar sebelum ni berkenaan R&R Temerloh.Perghh makin aku fikir..makin tak keruan aku dibuatnya.

Aku cepat2 keluar dari tandas..tetapi sekali lagi aku dengar suara berbisik2 seakan memanggil aku "Psst..Psst" Dalam berani2 takut aku mencari punca bunyi tersebut..Rupanya datang dari sebuah pintu di hujung tandas.Lantas aku terus menolak pintu tandas tersebut..Aku terkejut mendapati di sebalik pintu bukannya manusia..tetapi cuma penyembur pewangi tandas..Rupanya bunyi itu datangnya dari penyembur tersebut."Psst..Psst" Memang terkena la aku pagi2 buta tu..Kencing pun xtenang gara2 penyembur pewangi tandas!

You Might Also Like

0 comments