Tips Mengenal Pasangan Serasi ~

Aku teringat masa aku kurang umur dulu..masa aku sambung belajar kat UiTM Shah Alam.So macam korang tau, setiap student dikerah untuk amik badan beruniform la..kelab tu la..ni la.Aku pun turut menjadi mangsa bila berstatus pelajar di sana.Tapi aku fikir jauh..aku tak macam budak2 lain sebab aku budget macam bagus. Haha.Aku amik persatuan silat Cekak Hanafi.Aku pun xtau kenapa aku pilih silat, mungkin aku cuba menerobos kemampuan diri.Mungkin dengan menyertai silat aku mampu membangkitkan sejenis kuasa yang sekian lama terpendam di dalam diri aku nih?Akukah superhero yang di nanti??Superhero xde..Suparjo boleh la kot!

Xde la bila aku pilih silat, secara automatiknya aku belajar sejenis seni mempertahankan diri Melayu lama.Sebab selama ni aku cuma perhatikan dari jauh..dari kaca tv dan aku kagum.Sekurang2nya boley la aku mempertahankan diri aku walaupun aku belajar xhabis.Haha.Aku sempat belajar buah asas je.So sesiapa yang perlukan pertolongan tahap asas (sebelum apply pertolongan dari aku, make sure korang double konfom yang musuh korang jugak baru belajar asas2 menyerang, asas merompak ataupun asas menggunakan senjata) Setakat parang aku boleh tepis lagi, tapi kalau orang plan nak langgar mati..aku tawakal je la sebab ilmu kebal tak termasuk dalam silibus pembelajaran aku.Ngeh3

Eh tak sangka aku merepek je pun..dah masuk perenggan ketiga!Haha.Sebenarnya bukan ni yang aku nak cerita.Aku nak kongsi apa yang aku belajar masa silat dulu.Dalam silat ada teori dan praktikal.Dalam kelas teori aku mendapat input yang berguna di mana dalam satu slot tu aku didedahkan CARA2 UNTUK MENGETAHUI PASANGAN YANG SESUAI UNTUK KITA. Aku tak tau dalam silibus silat ada part nih.So aku pun nak kongsikan dengan korang jugakla sebab ilmu yang baik seelok2nya dihebah2kan :) actually ni tips untuk korang mencari pasangan tau :)

sejuk mata aku memandang (sejuk menggigil nak demam akibat terkejut)


Cara Makan
Ha kenapa aku kata cara makan?Melalui apa yang aku belajar, kita dapat mengetahui sikap seseorang melalui cara makan seseorang.Bila korang keluar makan, korang perhatikan la kengkawan korang makan macamana.Aku bagitau ni makan nasi ye..makan goreng pisang, sugus, makan angin tak termasuk dalam ini cerita.Ada yang makan dari sisi pinggan dan ada yang makan di tengah2 pinggan.Makan dari sisi pinggan merupakan seseorang yang tertib dan tidak gelojoh.Tapi jika seseorang tu menyentuh makanan bermula dari tengah2 pinggan, dia merupakan seorang yang gelojoh dan kelam kabut.Sekiranya someone makan nasi sehingga nasi menyentuh tapak tangan..tu pun kategori gelojoh, bersikap menguasai, jiwa memberontak dan tidak mudah dikawal.Dan sebaliknya jika pasangan korang makan tidak melebihi ruas jari (sedikit penggunaan ruas jari..semakin bagus) mereka seorang yang tertib, tenang, peka dan tidak terburu2.Ha so sekarang ko ajakla bf atau gf korang kua makan.Kita lihat siapa yang kena!! Haha

Dari Mata Turun Ke Hati..
Korang percaya tak ungkapan ni?Aku percaya..sebab aku pernah mengalaminya.Pernah tak korang rasa bila mana korang terpandang someone either yang korang kenal atau tidak..tiba2 dada korang rasa sejuk, jantung korang berdebar2, rasa selesa, korang takkan lepas pandangan dan korang akan tersenyum sendiri.Pernah terjadi kat korang tak?Ha tu tandanya orang tu serasi untuk korang.Apalagi kalau dah ada tanda2nya..jangan lepaskan peluang (untuk mereka yang bujang je..yang buat alasan nak tambah kuota tu aku tak masuk campur).Ni apa yang aku belajar la k..aku jas sharing ilmu ngan korang.Hehe

Ha tu je la yang aku sempat kongsikan, sekadar tambahan ilmu yang ada.Lenkali kalau aku teringat tips2 lain, aku roger2 la korang ye :) Mencari jodoh itu adalah usaha kedua2 belah pihak, takkan berjaya sekiranya sebelah pihak sahaja yang memainkan peranan.Ok babai :)

P/s : Kalau dari mata xturun ke hati tu..better korang rechecked mata korang.Aku takut korang juling itik


4 Comments