Awek Maxis Cari Aku ~

Hari ni Jumaat..Hmm hari Rabu hari tu aku terima panggilan dari Maxis. Tapi yang besnye awek yang kol aku. Lembutnya suara dia. Dia tawarkan aku untuk tukar pelan dari prepaid ke postpaid. Aku pun was2, almaklumla trend skarang kan, macam2 bentuk penipuan. Aku tak banyak tanya tapi banyak mendengar awek tu explain pasal postpaid. Ai apa yang dia cakap tu..tak banyak sangat input yang aku dapat sebab aku baru didedahkan pasal pelan ni, lagi2 sebab suara awek tu lunak2 manja. Perghh dah lama aku tak dengar suara macam tu..since sekolah menengah kot. Huhu

Bukan awek ni ataupun amah di belakang dia.
Sekadar gambar hiasan dinding

Awek tu bagitau yang promosi penukaran pelan dari prepaid ke postpaid untuk aku dilakukan secara percuma sahaja sebab katanya setelah dia menyemak akaun aku, aku merupakan pengguna Maxis since 2006. Sebenarnya aku dah lama guna Maxis, since aku lepas SPM lagi tapi sim kad aku hilang masa 2006. Sebab tu la aku tukar nombor. Agaknya kalau dorang boleh detect aku guna Maxis 10 tahun.. agaknya apa yang aku dapat ye? Aku ada cuba Celcom, tapi tak lama la. Aku sayang nak tukar dari Maxis ke Celcom eventhough aku tau Celcom dan DiGi banyak menyediakan promosi2 yang menarik. Hmm..maybe aku akan cuba, tapi another fon kot. Ape2 hal pun aku masih lagi setia dengan Maxis :)

At last sebelum menghabiskan perbualan, awek Maxis tu tanya aku sekiranya aku masih ada sebarang pertanyaan. Biasala, 1st time dengar..kita pun blur..tapi tak tau nak tanya ape. Aku kata kalau anything yang aku tak faham, aku terus cari dia je. Boleh pulak dia gelak2 manja. Aii geram pulak aku. Huhu. Then dia suruh aku datang KLCC untuk jumpa dia dan bagi contact number..opis! Biasala mana boleh nak macam2.. perbualan tersebut dirakam. Huhu. Anyway nice dealing dengan someone macamni. Kita yang dengar pun boleh sejuk hati. Kan bes kalau semua operator kat Malaysia macamni, kurang la sikit rakyat Malaysia yang kena sakit jantung dan darah tinggi :)

P/s : Oh lupa awek tu nama Azura. So sesiapa yang kenal awek Maxis ni di HQ KLCC..
        kirim salam aku kat dia la yek and good job :)

0 Comments