'> Car Box Sale Kuantan | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Saturday, May 28, 2011

Car Box Sale Kuantan

Salam. Monink dunia. Selamat pagi Malaysia. Ngeh3 ape kejadah la aku hari ni. Tiap2 kali aku buat entry, aku rasa fail bila nak mulakan mukadimah. Ape la yang aku nak cakapkan ea? So weekend last week, awal2 pagi aku bangun..menetapkan azam untuk pergi ke car box sale..isk macam tak sesuai la, kecik je pun tapi ramai orang datang berkunjung. Terutamanya golongan tua dan peringkat bapak2 atau atuk2 la. Lokasi berhadapan Masjid Negeri, sebelah padang. Selalunya aku lalu sebelah je..tengok2 dari jauh tapi last week aku terajin nak tengok apa yang ada kat sana.


Ni lukisan mengenai keindahan Kuantan yang di paparkan di sebelah tapak pameran

Seawal pagi Ahad, parkir yang disediakan penuh. Aku terpaksa ambil masa kira2 15 minit sementara menunggu kenderaan lain yang keluar dari petak parkir. Tapak perniagaan di situ dikenali sebagai Taman Kerang, mungkin sebab ada fountain kat situ yang berbentuk kerang kot?

Aku boleh kata macam downtown Cheras atau Danau Kota..tapi versi kecik dan untuk golongan veteran. Memang penuh ngan golongan berusia. Aku jalan2 situ pun tak lama..tengok2 apa yang menarik kat situ sampai ramai sangat yang bertumpu terutamanya hari minggu.




menjadi tumpuan orang ramai terutama mereka yang berusia

Di situ ada menjual berbagai2 jenis barangan seperti barang2 lama, majalah, ubat ubatan, aksesori lelaki seperti cincin, jam, spec,talipinggang dan ada buat pertunjukan. Bukan pertunjukan sarkis, tapi jurujual la..Macam bukan jurujual, macamana ye aku nak describe?

ni port mengurut badan

Ni plak port jual barang2 terpakai..macam2 benda ada

Besi kuning pun ada.Kata orang besi kuning untuk orang yang nak belajar ilmu kebal

Kapsul cicak tokek pun ada dijual untuk merawat penyakit HIV.
Setiap kapsul dijual dengan harga RM3000

kat situ memang banyak jual cincin tau.
Sampai ada gak peniaga cina yang turut meniaga cincin







Ni jenis2 batu cincin dan khasiatnya kepada si pemakai

Aku rasa kalau aku nak buat perniagaan, aku bukak kedai minum kat situ. Konfom ramai orang datang menyinggah memandangkan menjadi tempat tumpuan golongan berusia berehat, berjumpa kawan2 dan berborak panjang kan?

Tapak ini dibuka bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 12 rasanya. Aku pun tak tunggu lama sebab nak tapau lunch pulak kat kedai makan. Kalau lambat2 nanti lauk habis :) Banyak lagi nak aku kongsikan keindahan dan keunikan Kuantan, mungkin lain hari ye. Babai :)

3 comments:

  1. Mahalnya kapsul cicaktokek tu, sampai RM3,000 sebiji...
    Best jugak gi tmpt camni... dpt jumpa benda2 yg x pernah difikirkan....

    ReplyDelete
  2. Gree Apple kapsul tu memang mahal, kemungkinan mencecah harga RM3ribu..tapi tak tau la samada kapsul yang dijual pakcik tu..bebetul mujarab @ dperbuat daripada cicak tokek.Ntah2 makjun je :P

    ReplyDelete
  3. Wah!ada car boot sale kat bawah pokok besar ni,selalunya tempat org jual ubat.

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com