Housemate Aku Macam Haram !! (2)

12:35 PM

Aku baru dapat mesej dari kawan, katanya mintak aku check emel. Aku tengok jam awal pagi lagi, tetapi memandangkan aku rasa urgent..terpaksalah aku buat muka seposen yang masih bertinja mata ni..mintak belas ihsan untuk pinjam broadband dari housemate aku di bilik sebelah. "Aku baru tukar broadband..sebab kawan aku kata coverage Celcom kat kawasan ni lagi clear.Aku dah terminate Maxis" kata2nya masih terngiang2 di cecuping aku yang comel ni. Aku pun nak cuba-try-test, yela mana tau coverage kat bilik aku tak sekuat coverage kat bilik dia ke. Aku kuatkan semangat, sekuat ketukan aku memanggil dia di muka pintu bilik.

Muka mamai dia hampir seiras muka aku, tapi sebab aku nak pinjam barang..aku nampak muka dia lagi ensem sikit dari aku. Aku mengalah seadanya. Dia menyerahkan broadband pada aku sambil sengih2 kambing. Sabar je la..Bila aku kembali ke bilik, cuba berkali2 namun tiada coverage.Takde line langsung. Adeh..apehal ni?? Tiba2 pada masa yang sama hidungku kembang kuncup..meluap2 darahku kepanasan. Apa yang buatkan aku timbul niat nak membunuh ni ..bila aku perhatikan betul2, pada broadband tersebut ada tulisan Maxis, bukan Celcom yang dia war2kan tempohari. Chis! Kena tipu lagi aku !! Aku sepatutnya memang tak boleh percayakan mamat ni la. Bila aku pulangkan broadband, aku lihat dia sedang surfing menggunakan broadband Celcom..memandang aku sambil tersengih macam kerang busuk!

kembang kempis idong aku terkena buat kali kedua!

Aku kecikkan langkah kaki ke bilik..supaya lagi kecik, lagi banyak masa aku memaki hamun dengan fi'il housemate aku yang sorang ni. Kalau ye pon taknak bagi pinjam..cakap terus kan senang. Aku pun tak simpan dalam hati!! Harammmmmm macam bangkai tapir!!!

P/s : Kawan aku suruh dismiss dia dari umah..aku masih lagi fikir panjang sebab ada lagi perikemanusiaan

You Might Also Like

3 comments

  1. ahahahaha sabo jela..soNok kot kalo dpt maki2 org kan ? ase puAs..hahaha ades -.-

    ReplyDelete
  2. haa..kan ada tu niesa :) xsuka sebenarnya nak ngutuk (tipoooo!!) :P

    ReplyDelete
  3. ahaha bukan ngutuk,tpi hakikat..wkakakak !

    ReplyDelete