So bahan2 yang korang perlukan adalah :
- Kentang
- Daging lembu cincang (terpulang ikut selera korang)
- Bawang goreng
- Garam secukup rasa
- Lada sulah secukup rasa
- Telur 2 biji
- Daun sup (kalau korang nak letak la)
Cara2 penyediaannya
- Kupas kentang dan rebus sehingga empuk
- Tumbuk bawang goreng sehingga cukup hancur
- Lenyekkan kentang bersama daging cincang dan bawang goreng sehingga sebati
- Jangan letakkan bawang goreng terlalu banyak supaya rasanya tidak terlalu masam
- Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa
- Pastikan adunan yang korang buat tidak terlalu lembut dan lembik untuk mengelakkan adunan tadi hancur ketika digoreng
- Celupkan pada telur ayam dan goreng sehingga masak.Kalau nak lagi menarik, selepas celup pada telur ayam, golekkan pada serbuk roti dan goreng. Hasilnya bergedil akan kelihatan keemasan setelah masak.
Bergedil makan ngan nasi pon bes..tapi kalau pekena ngan soto atau mihun sup, perghh terangkat aku cakap!! So selamat mencuba la ye :)
P/s : sebelum menggoreng, pastikan yang kentang yang korang lenyek tadi cukup
sejuk bagi mengelakkan bergedil yang digoreng lembik dan hancur
13 Comments
nice...suker sangat resepi bergedil dan makan bergedil..evenpun saya orang penang
ReplyDeletehaah la..tapi jarang orang buat kan?apesal ea?sedangkan buatnye tak susah mana :)
ReplyDeleteBergedil ni cam jemput-jemput ke?saya ore kelate x berapa faham sangat bahasa johor heheh
ReplyDeletebentuk dia memang macam jejemput..tapi kentang bahan asas.rasa kentang + daging(kalau letak daging la)..macam beger kentang la.cuba la rasa.sedap :) (kalau diikutkan tekak Johor saya la, tekak pantai timur saya tak tau)
ReplyDeletesedap nyeeeeeeeeeeeeeeeeee
ReplyDeletenak lagi sedap..orang lain yang buatkan.pastu free pulak!perghh nikmat tol idop!haha
ReplyDeletetekak pantai timur leh je terima... mmg sedap..
ReplyDeletehaha tau takpe.lagi sedap kalau cicah kopi(dah mcm makan beskot plak)
ReplyDeletesuka buat begedil sebab feberet ! :D
ReplyDeletefollow .
tapi kalau hari2 makan bergedil pun muak gak!hoho
ReplyDeletesuke makan begedil nie...
ReplyDeletenak sikit boleh?
ReplyDeletezura : kalau suka makan kena selalu turun johor la :)
ReplyDeleteumie : sikit2 xleh, kalau nak saya ada jual..3kati rm5.ngeh3