Jom Buat Bergedil Daging Nak??

Korang kenal bergedil tak? Kalau korang orang Johor terutamanya Muar dan Batu Pahat..bergedil mesti familiar dikalangan korang kan? Ada macam2 jenis bergedil, samada bergedil kentang, ayam atau daging. Tapi kat sini aku nak terangkan resipi membuat bergedil daging.


So bahan2 yang korang perlukan adalah :
  1. Kentang
  2. Daging lembu cincang (terpulang ikut selera korang)
  3. Bawang goreng
  4. Garam secukup rasa
  5. Lada sulah secukup rasa
  6. Telur 2 biji
  7. Daun sup (kalau korang nak letak la)
Cara2 penyediaannya
  1. Kupas kentang dan rebus sehingga empuk 
  2. Tumbuk bawang goreng sehingga cukup hancur
  3. Lenyekkan kentang bersama daging cincang dan bawang goreng sehingga sebati
  4. Jangan letakkan bawang goreng terlalu banyak supaya rasanya tidak terlalu masam
  5. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa
  6. Pastikan adunan yang korang buat tidak terlalu lembut dan lembik untuk mengelakkan adunan tadi hancur ketika digoreng
  7. Celupkan pada telur ayam dan goreng sehingga masak.Kalau nak lagi menarik, selepas celup pada telur ayam, golekkan pada serbuk roti dan goreng. Hasilnya bergedil akan kelihatan keemasan setelah masak.
Bergedil makan ngan nasi pon bes..tapi kalau pekena ngan soto atau mihun sup, perghh terangkat aku cakap!! So selamat mencuba la ye :)

P/s : sebelum menggoreng, pastikan yang kentang yang korang lenyek tadi cukup
        sejuk bagi mengelakkan bergedil yang digoreng lembik dan hancur

13 Comments

  1. nice...suker sangat resepi bergedil dan makan bergedil..evenpun saya orang penang

    ReplyDelete
  2. haah la..tapi jarang orang buat kan?apesal ea?sedangkan buatnye tak susah mana :)

    ReplyDelete
  3. Bergedil ni cam jemput-jemput ke?saya ore kelate x berapa faham sangat bahasa johor heheh

    ReplyDelete
  4. bentuk dia memang macam jejemput..tapi kentang bahan asas.rasa kentang + daging(kalau letak daging la)..macam beger kentang la.cuba la rasa.sedap :) (kalau diikutkan tekak Johor saya la, tekak pantai timur saya tak tau)

    ReplyDelete
  5. nak lagi sedap..orang lain yang buatkan.pastu free pulak!perghh nikmat tol idop!haha

    ReplyDelete
  6. tekak pantai timur leh je terima... mmg sedap..

    ReplyDelete
  7. haha tau takpe.lagi sedap kalau cicah kopi(dah mcm makan beskot plak)

    ReplyDelete
  8. suka buat begedil sebab feberet ! :D
    follow .

    ReplyDelete
  9. tapi kalau hari2 makan bergedil pun muak gak!hoho

    ReplyDelete
  10. zura : kalau suka makan kena selalu turun johor la :)
    umie : sikit2 xleh, kalau nak saya ada jual..3kati rm5.ngeh3

    ReplyDelete