Blog Si Hati Merah Jambu

Korang Malas?? Korang Kol Je Nombor Nih

8:45 AM

Semalam lepas tengok Showdown 2011 kat 8TV, perut aku buat hal pulak. Nak ditahan2..kesian. Sebenarnya aku malas sangat nak keluar cari makan. Yela aku ni berpegang pada peribahasa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Takde pulak dalam peribahasa tu kata kais malam. Sebab tu aku tak makan malam. Lagipun dah pukul 11 malam weh..kalau makan malam, pukul berapa pulak aku nak tido.

Sedang aku buat sibuk2 (harapnya dapat la lupakan niat nak makan) tetiba aku nampak pamplet yang kitorang terima dua minggu lepas. Aku belum cuba, tapi kengkawan aku yang lain dah try. Ni la yang buat aku makin bersemangat nak meng-order makanan. Mesej atau dengan satu panggilan.. makanan akan sampai ke tempat kediaman anda. Haha ~ Aku ni kengkadang memang ada talent jadi promoter la.Hik3

Ni bukan fast food yang biasa korang koling2 tu.. ni restoran melayu masakan kampung. Yang membezakannya ialah dorang ada servis penghantaran makanan ke rumah. Dalam pamplet kata tiada charge penghantaran. So buat aku makin berkobar2 nak order.





Tapi oklah..walaupun tak sepantas kenderaan Fast Five yang aku tengok tempohari, atau sepantas mamat pizza atau mekdi menunggang EX5, dengan berbekalkan kapcai lampu bulat sampai gak menu yang aku pesan ke rumah. Tapi yang aku tak puas hati suka pulak mamat tu terintai2 dalam umah aku. Nak kata ada pompuan, semua bujang..berjambang! Bila aku tengok bil..harga telur dadar naik 20 sen!!..


Dan dah dikenakan cas penghantaran lagi :( Tu la..kalau korang nak buat servis macamni, duit minyak pun kena ambil kira. Kalau tak..tokey kedai pon boley bankrup. Tapi makanan dia ok la..not bad. Boleh order lagi lain kali.

P/s : Lepas ni aku nak order dari Kajang pulak!!Sebab dalam pamplet tak kata sekitar
        Kuantan pon. So satu Malaysia agaknya dia cover! Haha


You Might Also Like

5 comments

  1. perghh...kat sini xde lagi orang buat camtu. kalau ada best giler untuk org malas nk kuar rumah cam sy.

    ReplyDelete
  2. cuba kol nombor tu..mana tau dia leh antar sampai ke serdang!haha :D

    ReplyDelete
  3. salam ziarah,

    well, wow, dh wujud ye sistem penghantaran macam ni. ingatkn fast food like pizza , mc'D dan seangkatan dengannya je boleh hantar ke rumah.

    ReplyDelete
  4. haah la FIFIEY LYCHEE MARATION, bagus gak idea ni..macam2 pilihan ada.Kalau makan fast food pun muak jugak kan?

    ReplyDelete
  5. ehh, celup boleh sampai tempat kita ea? baru tau, igt kat area im8 je. ok boleh order puasa ni :P

    ReplyDelete