Lepas Gula..Harga Simkad Pulak Naik !!

Heh lepas korang dengar isu nih, pasti korang terbakar. Minggu ni isu harga gula naik, tapi semalam aku dapat tau harga simkad pulak naik mendadak! Hoho.Giler la macamni. Aku tak nak fikir banyak2..aku nak kena cari stok kotak kosong banyak2. Buat masa ni sementara isu ni tak menemui jalan penyelesaian, aku nak bina umah kotak je!

Kesnya macamni, semalam aku keluar pegi bank, bawak la sekali 2 orang kawan aku jadi pemberat kereta. Alang2 dah keluar, yang kawan aku sorang ni pun sibuk nak cari simkad. So kitorang pun survey kat Kompleks Teruntum, Kuantan. Mak aih bila tengok harga..simkad baru rata2 berharga RM15. Nilai kredit cuma RM5 je.. Mahal2!!

ni la simkad kalau sesiapa yang tak kenal :)

Kawan aku kata.. kena survey kedai Melayu pulak. Mungkin kedai2 yang kami pegi tadi (rata2 dimonopoli kaum bukan bumiputera) cekik darah. Bila tanya kedai Melayu, hai melampau ya amat! Up jadi RM20 pulak! Memang sengal betol la. Weh seyesly simkad skarang pun aku jarang dengar harga sampai RM20 la..bukan special number pon. Berbelit nak mengingat. Aku tau la kalau nombor simkad cun..kadang2 boleh cecah nilai ratusan ringgit, memang tak dinafikan.

Ape ada kene mengena la harga simkad sama naik dengan harga gula! Mungkin mengikut teori aku..hoho, aku buat teori pepagi nih.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jarak perjalanan jauh           = kos minyak yang tinggi
Nak cover kos minyak          = kena kurangkan pekerja (driver pun jadi pekerja am)


So,

Tenaga sorang pekerja        = memerlukan kandungan gula yang tinggi
(cover untuk 4 orang)                 (mengubah glukosa kepada tenaga)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ha sebab ni la harga gula naik !!
Ni pulak teori kenapa harga simkad pulak naik..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
customer2 yang comel2 menggedik datang kedai    = peniaga gatal suka = harga simkad maintain
costomer lelaki huduh, buruk slekeh datang kedai   = peniaga sakit mata = harga simkad naik!!
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cheh patutla harga simkad naik..huduh rupanya kitorang nih! Siot

P/s : Kawan aku dah bagitau nak buat pembedahan plastik menebalkan bibir semalam :P

6 Comments

  1. Semua naik..yang turun hanya lah tambang teksi.. sebab semasa turun kena bayar..

    ReplyDelete
  2. kahkahkah..memang saspek la en. relevan.hehe :P

    ReplyDelete
  3. relek ar.. tak ingat ke dulu2 harga sim card bukan murah. maxis pon dah nak cecah rm200.

    ReplyDelete
  4. dulu lain bro.kos buat simkad pun cuma 50sen je.banyak sangat dorang makap nih.uhuk3

    ReplyDelete
  5. haha..

    bagusssss...hebat teori tu

    ReplyDelete
  6. ejard equado tu zaman bapak aku..time tu beli 3310 pon rm999 loh

    cik cempaka memang bernas teori nih.Ni pon dapat alamat dari mimpi.Hoho

    ReplyDelete