Malam Tanpa Baju ~

10:02 AM

Entry aku hari ni pasal malam tanpa baju. Lately macam kita sedar, cuaca sangatlah panasnya sampai tido malam aku pun berpeluh2. Boleh rasa la tilam aku lembab dek kerana peluh! Bukan lembab sebab lain ok! Pagi2 rajin pulak aku menjemur tilam kat depan umah..sambil diperhatikan cikgu2 taska bertentangan dengan rumah. Mesti dorang fikir aku kencing malam..kalau yang lembab sikit otaknya fikir aku basuh tilam. Ah! Lantakla orang nak cakap apa..sekurang2nya aku akan pastikan tiada tompok2 yang mencurigakan terdapat pada permukaan tilam sebelum aku menjemur.


Kerap pulak aku mandi 2-3 malam ni. Sampai dalam tido malam tadi pun aku boleh mimpi mandi, nak tunjukkan betapa panasnya cuaca malam lately. Hari Ahad malam hari tu..hujan la sekejap. Apa yang aku nampak tanah berwap. Memang hardcore punya panas nih. So minggu ni aku ishtiharkan Malam Tanpa Baju. Ada baiknya jugak kalau aku jarang mengenakan baju..tak perlu banyak fikir nak basuh :) Bila dah panas macamni..mula terfikir nak cari tilam air. Kalau aku pakai tilam air, tak bangun pegi keje la aku gamaknye. So memandangkan suhu dan cuaca yang panas sekarang, hopefully korang jaga la kesihatan ye. Kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air kosong sebab air dalam badan mudah terhidrat. Panas yang melampau macamni antara penyebab berlakunya migrain..macam aku. Kena kerap basahkan kepala la ye :)

P/s : Bak kata kawan aku..moh la kita tido dalam peti sejuk beramai2 :P

You Might Also Like

5 comments

  1. tau tak pe..gila panas sekarang ni
    dah dekat seminggu tak turun hujan..pakai boxer je bai tido malam!
    ahahahahaha

    ReplyDelete
  2. abg zam..lebih kecik dari boxer aku pakai bro.tatahan lor!!

    ReplyDelete
  3. memang cuaca agak panas melampau skarang ni kan..akak ni dah pening2 campur demam dah ni..gagahkan diri jugak balas2 komen ni haa :)

    ReplyDelete
  4. sekarang memang musim panas. masa mandi pagi pun rasa air tak sejuk. kemain lagi panas.

    ps: minum air banyak2.

    ReplyDelete
  5. Mrs.Yie tol tu.Kalau rasa xsedap badan sekarang ni sebab cuaca yang terlalu panas..bukan pembawakan budak.Hehe :P

    sarah mohamad yang ni memang betol.Air tangki umah pun jadi panas la.Rasanya kalau mandi pun rasa tak berbaloi la :(

    ReplyDelete