Movie Review : Fast Five

12:00 AM

Last week memandangkan aku amik cuti panjang, so dikesempatan yang ada aku penuhi hari2 aku dengan mengabiskan baki2 duit yang ada. Haha. So aku decide nak tengok filem aksi Fast Five. Cerita ni aku tengok lewat sebab kalau aku aku pergi awal2..konfom2 aku kena beratur panjang..sampai turn nak beli tiket, yang tinggal seat depan je. Tu pun kalau bernasib baik ada..kalau tak, sold out tiket. Hmm..xpe la biar lambat asal selamat kan?

So selepas aku tengok filem ni, aku betul2 teruja. Mula2 sahaja sudah memaparkan aksi curi kereta di dalam keretapi. Perghh memang mantap. Kelebihan cerita ni bukan hanya pada barisan pelakon yang hebat2 dan kereta2 yang mahal..tetapi plot2 dan jalan cerita yang menampilkan aksi merbahaya. Aku layan cerita ni sebab aku tak jangkakan setiap babak yang akan berlaku seterusnya. Tak macam cerita2 lain.. dah boleh budget apa yang berlaku.

Ni la barisan pelakon hebat yang berjaya menghidupkan peranan masing2
dalam menjayakan misi mencuri wang haram Reyes

Kisah kali ni menceritakan tentang plan mereka untuk mencuri wang kotor yang dimiliki Reyes, seorang ahli perniagaan korup yang mengambil harta penduduk setempat di Rio Janeiro. Plan tersebut dibuat setelah mereka menemui chip yang dipasang pada kenderaan yang disita dan pada chip tersebut terdapat sejumlah wang gelap kepunyaan Reyes. Sewaktu kejadian curi kereta di dalam keretapi, ejen2 kerajaan telah ditembak mati oleh pengikut Reyes dan Dominic dan Ryan o' Connor telah dituduh membunuh mereka. Lalu Ejen khas yang dilakonkan oleh Dwayne Johnson (The Rock) telah dihantar untuk memburu mereka berdua. Untuk menjalankan misi mencuri wang haram Reyes, Dominic telah mengumpulkan pasukan lama yang terdiri daripada pelakon2 dari siri2 Fast and Furious terdahulu.

Dari pengamatan aku..aku boleh bagi 4/5 bintang. Sangat hebat dan berbaloi untuk menonton walaupun untuk tontonan kali kedua. So pada sesiapa yang masih belum menonton..korang pegila tengok wayang. Cerita macamni memang berbaloi untuk tengok wayang :)

Serangan hendap dari kumpulan Reyes menyebabkan pasukan Ejen Luke Hobbs
terbunuh dan dia sendiri mengalami kecedaran

Aksi melarikan kenderaan mewah milik Reyes daripada keretapi

ni aksi melarikan diri dari ejen persekutuan sebelum Brian O' Connor
mengetahui yang Mia Toretto mngandung anaknya

walaupun ditangkap sebelumnya, namun Dom dan Brian tetap membantu
menghadapi serangan hendap dari pengikut Reyes 

Ni aksi terakhir menarik peti simpanan yang mengandungi wang milik Reyes
oleh dua biji kereta

P/s : Apa yang boleh aku cakap lagi..memang masyuukkk!! Thumbs up!

You Might Also Like

0 comments