Movie Review : Gantz

Salam guys..ai ngantuknye tapi nak buat macamana kan. Kalau sekarang ni kaki aku tersadung tersepak bantal, jatuh ni terus tido aku gamaknya. Ai apesal la makin berat mata aku nih. Hmm..Ni dah abis semua muvi aku tengok, tak tau nak tengok citer pe lagi. Haa..hari ni aku nak review movie yang aku tengok last wik rasanya. Gantz..korang biasa dengar nama ni tak? Bagi mereka yang layan manga Jepun, mesti korang mengikuti cerita ni kan? Antara komik yang aku ikuti selama ni la..bila keluar muvi, lagila aku teruja nak tengok kan?kan?


Starting simple dan ringkas, tak perlu panjang lebar nak story dari awal. Bagi aku maybe sebab aku dah ikuti cerita ni dari awl..so takde masalah la untuk aku faham jalan cerita. Dari start kemalangan keretapi, sampai dihidupkan balik, berkumpul di sebuah bilik dengan beberapa orang yang lain. Di situ barulah diterangkan pasal Gantz secara details, fungsi, matlamat dan tujuan mereka dihidupkan. Permulaan yang ringkas dan mudah difahami.



Seterusnya babak pertarungan, raksasa pertama sebijik macam dalam komik. Tetapi aku tak puas hati bila babak pertarungan kedua..menampilkan raksasa yang sedikit lari dari watak asal dari manga. Sepatutnya watak raksasa tersebut merupakan salinan kulit dari raksasa gagak, ada banyak raksasa. Pertarungan tersebut jugak tidak melibatkan ketua gagak yang berada di dalam rumah..sangat besar. Sepatutnya gagak2 tersebut menyerang hanya dengan jeritan..tidak menggunakan buku lima. Pertarungan tersebut terlalu pantas dan kelam kabut. Mungkin sebab nak masukkan lebih banyak babak pertarungan.



Watak Tae, teman wanita Kurono Kei juga diperkenalkan dalam siri ini. Seorang yang pandai melukis dan merupakan secret admirer Kurono pada awalnya. Dalam pertarungan ketiga, melibatkan pertarungan terakhir yang mengorbankan rakan baiknya Kato. Prop seperti pakaian, peralatan senjata sangat teliti dalam muvi ini. Memandangkan masih ada sambungan selepas cerita ini, aku boleh katakan cerita ini boleh la di layan kalau korang tak tau nak tengok cerita apa lagi.



Selepas aku habis menonton, aku boleh bagi 3/5 bintang. Boleh la nak layan..aku bagi rate ni sebab aku ikut siri manga. Kalau korang baru tengok cerita ni, mungkin lain reaksi korang. Papehal selamat menonton la ye :)

P/s : Bila aku tengok senjata dan pakaian yang dorang pakai, tak dapat dinafikan Jepun
        memang hebat menghasilkan prop sebegini. Thumbs up

0 Comments