Percaya La Sangat Mesej Berantai !!

11:30 PM

Semalam sekali lagi aku terima mesej berantai, dari kawan aku..orang yang sama menghantar kepada aku beberapa kali sebelum ini. Aishh aku rimas la dengan mesej2 berantai macamni. Dari aku belajar dulu, sampai sekarang aku masih terima mesej yang sama..cuma ada certain2 mesej tersebut yang di tokok tambah. Tetapi main point mesej tetap tak berubah. Surat atau mesej berantai itu adalah merupakan wasiat daripada Syekh Ahmad, juru kunci makam (kubur) Rasulullah saw. Antara isi kandungan mesej2 yang memenuhi inbox fon aku adalah berbunyi seperti ini :


Assalamualaikum.
Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Sheikh Ahmad  (Saudi Arabia)
Pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah S.A.W. selepas membaca lalu hamba tertidur dalam tidur hamba bermimpi di datangi Rasulullah S.A.W. lalu bersabda kepada hamba dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman...


Ni aku ringkaskan pendahuluan mesej yang aku terima, bukan setakat ni je..panjang lagi tau. Ye aku tak kata mesej2 yang di sampaikan tu salah, kebanyakannya semua benar. Tetapi yang menjadi persoalannya di akhir mesej tersebut dinyatakan akibat sekiranya kita tidak forward mesej yang kita terima. Jom aku tunjukkan lagi contoh akibat sekiranya korang tak forward mesej2 tersebut :



1. Seorang saudagar dari Bombay telah menerima surat ini dan beliau telah  mencetak sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain.  Dia kemudiannya dianugerahi oleh Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.  Seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengindahkannya dan menganggap wasiat ini palsu.  Maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.

2. Tan Sri Ghazali Jawi, Bekas Menteri Besar Perak secara tidak langsung dipecat dari jawatannya kerana apabila menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak sebanyak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau tidak menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan terus mengirimkannya kepada orang lain dan selang beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menjadi Menteri Kabinet Perdana Menteri.


Ni aku sertakan dua contoh je la..banyak2 pun kasi pening fikir je. Then aku bagi alasan mengikut fatwa dari ulama terkemuka Dr Yusof Qardhawi dan juga fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan apakah hukum surat berantai seperti ini :

Memang ramai  orang yang bertanya tentang  wasiat tersebut. Dan sebenarnya kemunculan surat wasiat ini bukan saja baru-baru ini, tetapi saya telah melihatnya sejak puluhan tahun lalu. Surat tersebut dinisbatkan kepada seorang lelaki yang terkenal dengan sebutan Syekh Ahmad, juru kunci makam Rasulullah saw.

Untuk memastikan  kebenaran berita yang disampaikan dalam surat  tersebut, saya pernah menanyakan kepada orang-orang di Madinah dan di Hijaz. Saya mencari informasi mengenai orang yang disebut Syekh Ahmad itu berserta aktivitinya. Dari informasi yang didapati, ternyata tidak ada seorang pun di Madinah yang pernah melihat dan mendengar berita mengenai Syekh Ahmad ini. Tetapi sayangnya, wasiat yang menyedihkan itu telah tersebar luas di negara-negara umat Islam.

Orang yang beranggapan bahawa Agama Islam yang telah disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenal itu, bererti dia meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Agama Islam itu sendiri. Islam telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat apa pun.

Isi wasiat tersebut jelas memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut. Sebab pewasiat telah mengancam dan menakut-nakutkan orang yang tidak mau menyebarluaskannya bahawa ia akan mendapat musibah dan kesusahan, anaknya akan mati, dan hartanya akan habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusia (yang normal pemikirannya), terhadap kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Tidak ada perintah bahawa orang yang membaca Al Qur'an harus menulisnya kemudian menyebarluaskannya kepada orang lain; dan jika tidak, akan terkena musibah. Begitu pula tidak ada perintah bahawa orang yang membaca Sahih Bukhari harus menulisnya dan menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau tidak,
akan tertimpa musibah.

Kalau Al Qur'an dan Sunnah Rasul tidak minta dilakukan begitu, maka bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal orang muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar. Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahwa si Fulan yang telah menyebarluaskan wasiat tersebut mendapat rezeki sekian puluhan ribu ringgit. Semua itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam dari jalan yang benar dan dari mengikuti Sunnah serta peraturan Allah terhadap alam semesta.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD !!




Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.
Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:
  • Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),
  • anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),
  • adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan
  • anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadah sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si pengirim."

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tarikh Keputusan: 
 4 May, 1983
Huraian Tajuk/Isu:  Risalah wasiat Syeikh Ahmad Saudi.
Keputusan: 
Wasiat Syeikh Ahmad Saudi adalah merupakan bid'ah yang sesat, ini kerana ia bertentangan dengan akidah islam seperti mana yang terkandung didalam ayat yang ke 26 surah al-imran.
Maka menyebarkan surat berantai ini adalah haram sebagaimana sabda Rasulullah SAW.
_______________________________________________________________________________


P/s : So lepas ni please la kalau korang dapat mesej dari kawan2 yang ada intipati 
        berkenaan mesej yang di sebut di atas, jangan ragu2. Kasi delete sahaja! 
        Dan kepada kengkawan aku tak yah la korang nak forward mesej2 macam ni lagi. 
        Sebelum aku sekolahkan korang, baik korang buat something yang bermanfaat.
        Takkan ada musibah yang bakal terjadi kepada korang melainkan korang 
        percaya pada Qada' dan Qadar Allah. Segala yang berlaku atas ketentuanNya, 
        sekiranya berlaku selepas korang membaca mesej..itu semua kebetulan. Mesej2 
        seperti itu takkan mendatangkan mudarat kepada kita dan jangan kita terpengaruh 
        dengan dakyah2 halus seperti ini. Wallahua'alam
  

You Might Also Like

2 comments

  1. itu lah, sakit hati sungguh ngan mende ni. tak habis2..masa kite kecik2 dulu antar surat datang rumah, bila dah maju..antar guna mail pulak..taktau saper la org yg mula2 wat keje hampeh ni..

    ReplyDelete
  2. tol tu.dorang ni buat sebab takut musibah akan terkena kat dorang..sebab tu dorang dengan berat hati mengabiskan kredit..forward je kat orang lain.So lepas ni hopefully dorang boleh abaikan je la mesej2 berantai macamni

    ReplyDelete