Blog Sihatimerahjambu

Resepi Bujang : Kari Sardin

12:51 PM

Aishh minggu ni aku nak ajak korang masuk dapur je. Dapur semata2. Tapi resepi2 aku ni untuk mereka yang baru nak belajar memasak, bujang bujangan dan mereka yang malas tahap gaban tapi nak makan yang sedap2 sikit. Haha. Jom aku nak kongsi menu senang dan ringkas, kari sardin! Aku akan tunjukkan cara yang paling ringkas. Jeng Jeng Jeng!


So bahan2 yang korang perlukan ;
  1. Mestila setin sardin. Sardin tin besar ye (5-6 ketul ikan)
  2. Bawang besar sebiji
  3. Bawang putih 3-5 ulas (lagi banyak lagi sedap)
  4. Sepaket kecil kari ikan
  5. Kentang 2 biji
  6. Minyak masak
  7. Santan 1biji (santan siap), kalau takde, santan kotak pun boleh
Kita teruskan ke cara penyediannya ;
  1. Tumbuk bawang putih dan bawang besar.
  2. Kupas kulit kentang dan potong kepada 4 bahagian.
  3. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga naik bau (api kecil memadai)
  4. Masukkan rempah kari dan goreng sehingga agak garing. Masukkan sos sardin. Kacau sebentar.
  5. Kemudian masukkan santan.
  6. Tambahkan sedikit air dalam 2 cawan (agak2 korang). Tak perlu banyak2 nanti kuah cair.
  7. Tambahkan juga garam secukup rasa. Masukkan juga kentang.
  8. Tunggu sehingga santan pecah lemak, kemudian masukkan ikan sardin.
  9. Korang tunggu la sampai kentang empuk dan kuah mendidih. Nah! Siap kari sardin korang.
Sebab aku bujang, aku makan nasi kosong, kari sardin ngan telur dadar. Perghh! memang terbaek. Dua pinggan tu baru cukup syarat. Hoho. Kalau korang tak nak makan ngan nasi, makan ngan roti pun best. So ni simple dan ringkas je, korang cuba la ye :)

You Might Also Like

7 comments

  1. sardin... best...
    ...sambal sardin
    ...sandwich sardin
    semua boleh...

    ReplyDelete
  2. jangan muka macam sardin dah la ye :) joking je :)

    ReplyDelete
  3. mmmmm sedapnya bau.....I like it

    ReplyDelete
  4. MechWarh ada bau ke?haha.buat la wiken nih :D

    ReplyDelete
  5. Adam Roslan = hehe adam,jgn putus harapan ngn sardin.dia la peneman dikala tengah2 bulan.haha

    ReplyDelete
  6. my dear afzan..
    jika masak kulit kentang tak perlu
    di kopek yer.. basuh bersih2..
    khasiat ada di kulit tersebut...

    ReplyDelete