Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru

Hari ni bila aku mula start blogwalking..(wah2 dah la start, mula pulak tu) aku ternampak la kat blog cik sarah ada entry pasal tajuk di atas. Agak menarik segmen nih, sebab aku pun memang totally newbie kat alam per-bloggan ni. Haha haram sungguh ayatku itu.

Aku tak harapkan apa2 kalau aku join segmen ni, cukup sekadar aku dapat tambah  kenalan dan berkongsi cerita dengan kawan2 yang lain. Sebab aku suka merapu. Hehe. So berpandukan segmen di http://www.ar-rifke.com.. saya sebagai pemegang piala karom amatur belia 4B dengan ini mengisyitiharkan saya join ini segmen dengan serta merta. Sekian :)

Berapa lama dah blogging

Aku baru je start blogging. Pertengahan bulan Mac hari tu. Seminggu..hmm hampir 3-4 kali la aku update blog. Tapi kawan aku suruh aku update blog seminggu cukup 2 kali sebab bagi peluang kepada kengkawan lain yang blogwalking baca entry aku. Tapi nama pun newbie, mana la ramai follower :) Tapi yang baru tau..cuba la baca. Manala tau kot2 korang berminat folo blog aku yang suka merapu. Hehe :P

Kenapa suka blogging


Ha..mekasih Tuan Pengerusi Segmen kerana mengutarakan soklan tersebut. Sebelum ni aku suka sangat la merapu dalam mukabuku. Ntah la aku memang suka bercerita, berborak..tapi sebenarnya aku ni jenis tak banyak cakap. Aku rasa blog ni la medium terbaik untuk aku bercerita kot. Sebenarnya idea buat blog ni pun asalnya datang dari kawan aku cheq tun (http://merahnyamakngah.blogspot.com ) sebab dia la orang yang pernah baca cerpen aku dan mengikuti penulisan aku di fb. Cerpen tu pun aku buat suka2 je..tak tau pulak aku ada peminat! Haha :P Gedik tol la..tapi credit untuk cheq tun sebab dengan ideanya, aku kini digelar blogger.. menambahkan lagi populasi blogger di Mesia :)


Blog kamu mengenai apa


Apa2 saja yang boleh diborakkan, dikongsikan, diceritakan samada merapu, ilmu, tips, pengalaman, cerita lucu, peribadi..semuanya ada. Ni bukan setakat 3 in 1 lagi ni..Banyak sangat benda nak aku cerita. Hehe. Tapi aku suka olah cerita2 aku kepada sesuatu yang mudah difahami, yang penting ada unsur humor dan santai. Tak nak la berat2 memikir panjang2. Dah la penat otak dikerah di pejabat..sekurang2nya bila balik rumah ada bahan santai untuk merehatkan minda. Tak gitu?


Harapan dalam dunia blog


Mula2 kawan aku kata kalau aku nak buat pendapatan sampingan.. aku boleh buat dengan blog. Tapi sehingga hari ni kepuasan yang aku dapat adalah dengan berkongsi cerita aku dengan blogger dan follower yang lain. Seyesly sebab pada aku kalau ada income tu, aku anggap sebagai ganjaran sebab membuat orang lain hepi melalui blog aku. Aku teringin nak jumpa blogger2 yang lain, tak kisah la sapa2..asalkan mereka dapat bergaul dengan blogger newbie macam aku nih. Aku juga berharap dengan cara aku bercerita, aku akan dapat ramai kawan..dapat berkongsi pendapat Aku suka cara aku sekarang..dan aku harap kengkawan yang lain pun macamtu jugak. Peace :)


Yang benar,
afzalsukasuki







5 Comments

  1. Salam.. thx sebab join.. hehhehe..
    terima kasih dan tahniah.. Sebab kamu tersenarai dalam list Top 100 New Blogger..

    Teruskan berblogging dan jom enjoy! Hik4x.... :)

    p/s: hebat ye ada piala main carom..hahahhaha

    ReplyDelete
  2. heh?biar betik ni?alamak macam tak ter-percayakan plak.haha :D

    p/s : ada banyak lagi piala..tapi malu nak keluarkan :P

    ReplyDelete
  3. terus suka masuk sini. betul ke da jadi OKU ni? sabarlah nak..

    ReplyDelete
  4. haah la mak..OKU dah ni.kaki hilang upaya nak berlari2.shedey :(

    p/s : smentara mak ada peluang ni, lari puas2 ye :P

    ReplyDelete
  5. sangat sedey..tapi nak buat macamana mak.hoho :(

    ReplyDelete