Taklimat Program Halal dan PCR

Salam guys. Aku baru nak update blog hari ni. Aku baru balik bercuti dari Kluang, Johor. Tak sempat nak edit..so aku masukkan aktiviti makmal aku last wik. Last wik kitorang terlibat ngan taklimat program halal, dorang memperkenalkan alatan PCR. Memandangkan program ni baru dijalankan di sini, kami di dedahkan tentang fungsi PCR dan related-nya ngan program halal yang kitorang jalankan.







PCR adalah Polymerase Chain Reaction, yang berfungsi untuk mengenalpasti DNA, mengambil sampel DNA dalam kuantiti yang kecil dan men-duplikat ke beberapa bond yang baru supaya DNA tersebut mudah  dikenalpasti bagi tujuan Program Halal. Kadang2 kita tidak tahu samada produk yang diimport itu halal atau tidak kerana kuantiti atau kandungan DNA yang terlalu kecil..mungkin cuma sebanyak 0.01% sahaja tapi dengan menggunakan alatan PCR ,DNA tersebut dapat dilipatkali gandakan bagi tujuan mengenalpasti jenis kandungan DNA yang terkandung di dalam produk.





So setakat ni je yang nak aku ceritakan. Even bukan tugas hakiki aku..tapi ada gak input yang aku terima sepanjang taklimat tersebut. Sekurang2nya aku leh gak kongsi something ngan korang hari ni kan??

2 Comments

  1. keje apa sebenarnya ek awak ni?

    ReplyDelete
  2. den koje makmal je..men sampel akuakultur.orang len men kete juta2, den men mesin juta2.haha :D

    ReplyDelete