Bahana Gunting Rambut (1)

9:50 AM

Dulu2 masa aku sekolah menengah..seawal form 1 aku tertarik tengok teknik dan gaya menggunting rambut. Zap! Zap! Zap! Siap. Cantik, kemas dan dari situ akan timbul rasa kepuasan. "Yes! Aku nak jadi penggunting rambut nombor satu dalam maktab !!" aku tersengih sengih sendirian. "Woi orang dalam!! Ko berak batu ke hape!" tetiba satu suara menjerit dari luar. Aku cepat2 perkemaskan tuala yang aku lilit di pinggang. Bila pintu jamban ku kuak.. aku tengok memanjang barisan menunggu giliran. Muka masing2 jangan cakapla..muka menahan amarah ditambah dengan menahan sesuatu yang tidak sepatutnya berada di dalam perut memasing..tunggu masa nak terkeluar je. Memasing bagaikan telur di hujung tanduk. Hahaha. Aku cuma mampu tersengih. Ngeh3


"Sikat ada, cermin ada, gunting pun aku dah beli..tinggal mangsa ujikaji je aku nak kena cari", ngomel aku sendirian sementara mata aku melilau mencari volunteer khidmat aku yang pertama. "Woi, ada sesape nak gunting rambut?" namun pertanyaanku langsung tak dibalas..sepi. Dah macam berada kat tanah kubur plak. "Weh, aku nak gunting free nih!" sepi lagi. Wah ni main kasar gamaknye. Mentang2 la aku tak ekspert.. korang eksyen ea!! Tetiba datang la sorang kawan aku menyapa dari belakang. "Ko nak gunting rambut free ke? Ko pandai gunting ke?", Izam mengajukan soalan. Aku ngan penuh yakin memberitahunya yang aku ada belajar sikit2..Biasa menggunting. Konfiden kena lebih..baru orang percaya.

"Pukul 10 miting!!", jerit senior aku dari dalam blok, mengingatkan kami tentang miting mingguan. "Sempat lagi ni..ada 15minit lagi", getus hatiku. Aku segera mengajak Izam ke depan blok, mencari port menggunting yang sesuai. Sekali tengok dah macam kat kedai gunting daaa..siap bebedak lagi, berus rambut. Perghh bergaya betul aku. Kengkawan dan senior aku yang lalu lalang sempat menyinggah melihat cara aku menggunting. Sesekali dipuji beberapa orang pemerhati yang lain..buatkan aku kembang kempis tak menentu. Atas bawah semuanya kembang..tapi masih dalam keadaan terkawal. Izam pulak dah aku ingatkan beberapa kali..jangan gerak2kan kepala melainkan aku suruh dia berbuat demikian. Bukan pe, aku takut tobek rambut dia nanti.

Tetiba aku dengar suara menjerit dari dalam blok "Miting! Miting! Aku kira sampai 10. 1..2..3.." Pergh terkejut giler aku dengar suara senior Hasanol. Suara kuat dan nyaring macam Herman Tino! Eh yeke?? Pada masa yang sama, si Izam pun turut terkezut dan berpaling. Zass!!! "Adoiiii mak kao!!" Tak semena mena Izam menjerit. Aku tergamam..Izam melolong2 meminta tolong sambil memegang telinganya. Mana taknya.. aku tergunting cuping telinganya. Adeh.. Berpeluh2 aku kaget! Aku segera mendapatkan Izam dalam tandas. Nasib sikit je..kalau aku terguntung separuh, dah OKU kawan aku sorang ni. Status OKU la sebab kompom2 tak leh dengar sepenuhnya.

Last2 dalam miting aku jadi bahan lawak. Hampeh. Tapi ok la berbaloi.. aku pon tak amik cas gunting kan?kan? huhu. Lepas tu aku tekad, bila aku naik form 2..aku akan jadikan junior form 1 aku bahan eksperimen plak. Hahaha :D

P/s : Berkat tergunting telinga..Izam kini berjaya menjadi engineer. So sesape nak jadi
        engineer, meh sini aku gunting telinga :P

You Might Also Like

3 comments

  1. x pasai2 dh tobek tlinga..hihihi

    ReplyDelete
  2. MrsMeen : hahahaha jugak la :P
    kiera'sakura : ha tu la pasal.dah separuh telinga dia sy gunting :P

    ReplyDelete