Blog Sihatimerahjambu

Apa Korang Buat Sebelum Tido?

12:16 AM

Aku baru selesai main game Pokemon GBA kat lappy.. mata dah ngantuk. Baru pas minum milo walaupun sebelum tu aku dah gosok gigi. Bijak betul aku kan?kan? Roomate aku dah mula berdengkur sebelum aku mula menaip entry lagi. Takyah tanya la macamana bunyiknya..menyakitkan hati je.

Apa yang korang buat sebelum masuk tido? Buang air? gosok gigi? Cuci muka? Gosok baju? Mungkin ada yang berchatting dulu kan? Ada gak yang main mesej ngan bf / gf masing2. Yang student plak bermesej-mesejan ngan cikgu disiplin sekolah. Eh ada ke macam tu? Kalau ada tu aku rasa nak kiamat la kot? Ada yang tersengih sensorang macam kerang busuk..ntah hape yang dia fikirkan aku pon tak tau. Ada yang baru nak berjinak2 bercinta..tengah mengayat awek..sambil draf kata2 atas kertas sebelum disampaikan melalui telefon.

Ada yang bergayut di telefon.. memintal2 hujung rambut atau tali seluar trek tak pun sambil berguling2 macam nak rak keliling bilik sambil pelok bantal busuk. Tu kalau yang tengah hangat bercinta la.. kalau yang tengah bergaduh plak.. mesti tengah plok bantal busuk sambil nangis teresak2..sambil menatap gambar. Lagi haru kalau yang buat macamtu si lelaki. Aishh.. i binci taw!!


Aku? Aku selalunya main game, baca komik..then guling2 setempat biar mood tido tu ada mari. Hehe. Kengkadang layan muvie yang aku donlod atau copy dari kengkawan. Berangan2 dulu macamana nak kaya.. kumpul modal bikin bisnes besar2. Haha. Berangan takpe..tak kua modal pon :)

So kalau yang dah kawen tu faham2 saja la. Maunya malam tu plak sejuk, hujan..Perghh memang masyuk la kan?kan? Adala teman nak dibuat bantal pelok :P Mungkin ni la masa sesuai untuk pasangan suami isteri membincangkan masalah, meluahkan perasaan, bertanyakan tentang kerja..anak2..dan meluangkan masa bersama2. Tak semua pasangan suami isteri dapat meluangkan masa bersama2 memandangkan masing2 bizi ngan kerjaya dan urusan masing2. So sebelum tido gunakanla peluang yang ada untuk merapatkan hubungan..dan menambahkan zuriat. Cheewah :D

So pada korang yang baru je landing baeeekkk atas katil..aku ucapkan selamat malam. Gudnite..Sleep tite. Semoga korang mendapat mimpi2 yang indah. Jangan korang dapat mimpi basah malam ni sudaa. Daaa..

P/s : Aku kalau takde bantal busuk aku ni..takleh tido la aku jawabnye. Leh meroyan aku
        sampai pagi.

You Might Also Like

4 comments

  1. aku sebelum tido biasanya baca doa dulu.. yela buat nye mengingau tgh2 mlm merayap smpi luar umh jenuh hosmate aku nk cari.. hahahaha ;p

    ReplyDelete
  2. oo ni kira tido berjalan la ni?bangun pagi mesti tercungap2 kan..yela berjalan.Tu nasib berjalan, kalau kena plak tido berjoging..tak ke naya.Leh semput bgun pagi2.Hahaha :D

    ReplyDelete
  3. ha cepat2 ckit kawen..kang lambat2 rugi (pandai je aku nasihatkan orang)

    ReplyDelete