Bahana Gunting Rambut (2)

11:21 PM

“Afzal, Ustaz Wahab panggil kau ke bilik guru” ujar Rahimah sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kelas. Kami berpandangan.. sambil sempat Rahimah mengerling manja ke arahku. Perghh menyempat pulak dia.. berani mengambil kesempatan ke atas insan lemah macam aku! Pop, Bijan dan Pali memandangku.. membuatkan aku sedikit gemuruh. “Tak pernah-pernah aku dipanggil ke bilik guru, korang rasa apesal ye?” aku cuba mendapatkan kepastian daripada mereka bertiga tetapi hampeh belaka.. tiada sebarang maklum balas aku perolehi daripada mereka. Hanya mimik muka mencebik mampu mereka tunjukkan. Ketiakku mulai berpeluh tatkala langkahku hayun perlahan-lahan menuju ke bilik guru. Sempat juga aku mengalih pandangan ke arah kelas 4A2, aku lihat Encik Bahau terintai-intai di balik pintu. Sah la aku terkena kali ini. Ketika itu jantungku makin deras berdegup.. sederas larian kuda hitam yang pernah dinyanyikan oleh Sharifah Aini suatu ketika dulu.


Sebaik sahaja aku menguak pintu bilik guru.. kelihatan Ustaz Wahab sudah berdiri tercegat.. menjegil matanya memandangku. Huhu..aku betul-betul rasa macam nak menangis masa tu. Basah peluh usah dikira, minyak rambut Brylcream yang aku tempek di rambut seawal pagi tadi mula meleleh keputihan membasahi dahi. “Sini kau!” Herdik Ustaz Wahab tatkala melihatku tergamam sendirian di hadapan pintu. Suaranya cukup kuat sehinggakan guru-guru yang ada di situ turut mengalihkan pandangan ke arah kami berdua. ”Apa kau buat? Kau nak jadi apa ni??” persoalan yang dia lontarkan langsung tidak mampu kujawab. Aku hanya mampu memandang dengan harapan dapat dilepaskan dengan belas ihsan. Ah! Nampaknya masih tidak menjadi kerana Ustaz Wahab terus mencekak kolar baju aku! Namun aku tak mengalah. Dengan berbekalkan semangat Bugis Cikgu Ahmad yang baru aku pinjam sewaktu kelas tadi, aku terus memandang dengan pandangan paling kasihan di dalam dunia sambil meminta maaf. Dek kerana caraku itu, walaupun tidak berkesan ke atasnya.. namun Ustaz Wahab akhirnya ditenangkan oleh Cikgu Anuar dan cikgu-cikgu yang berada di sekitar kawasan kejadian. Akhirnya Ustaz Wahab melepaskan aku tanpa ikat jamin sambil memberi amaran keras “Jangan cuba nak buat lagi lain kali” Aku mengalah sebab aku mengakui salah aku dan dibenarkan pulang ke kelas akhirnya.

Sesampainya di kelas, aku melihat Pop, Bijan dan Pali masih memandangku tanpa perasaan seperti tadi. Mungkin sebab terlalu lapar akibat dimarah.. aku lihat mereka berdua macam biskut Cap Ping Pong , sangat sedap dikunyah-kunyah apatah lagi dicicah kopi! ”Apasal ko??”, tiba-tiba soalan tersebut keluar dari mulut Tunjeng. Tak sangka abang galah sorang ni sangat prihatin terhadapku! Aku nekad nak belanja Tunjeng nasi lemak makcik kantin malam itu. ”Aku kena marah la.. aku gunting rambut Encik Bahau dah macam Red Indian. Maunya tak mengamuk orang tua tu!.Jadi Hulk dia kejap tadi” Aku mengeluh.. dan mengaku salah aku, dan sejak dari peristiwa itu aku tak berani lagi menggunting rambut fesyen Red Indian. Aku berikrar akan update fesyen terkini dan disukai ramai. Tetapi selagi aku tak abis belajar..selagi itulah gelaran Tukang Gunting tetap di pegang oleh Ustaz Wahab. Agaknya Ustaz Wahab marah sebab aku take-over tempat dia kot?? Haha..Jangan marah ye Ustaz, gurau-gurau sahaja. Apa-apa pun.. kenangan ini pada aku paling meninggalkan memori yang paling bermakna di Maktab Rendah Sains MARA Terendak, Melaka.


p/s : Dah lama aku tak pegang gunting..selain trim bulu2 yang sepatutnya.
        Trim bulu idong la.. jangan pikir bukan2 k :P wek !!

You Might Also Like

2 comments

  1. haah kiera'sakura..semuanya kisah benar belaka :) nape?tak pecaye?

    ReplyDelete