Dah2..aku kalau bab nak membebel..memang sangat suka la. Ni ha las 2 week lepas aku balik kampung kat Kluang, Johor. Kampung mak aku.Aku balik pun sesaje je..rindu kat nenek aku.Selalunya kitorang balik time raya Aidilfitri semata2. Memandangkan takde pape program, pakcik aku plan nak berkelah ke Gunung Berlumut. Ada ke antara korang yang pernah sampai ke destinasi ni? Aku pun baru pertama kali sampai, walaupun dah hampir suku abad aku balik ke Kluang. Jarak destinasi dari rumah nenek aku di Jalan Yap Tau Sah (Pekan Kluang) adalah kira kira 50km..mengambil masa dalam 45 minit. So kami pergi dalam pukul 9 pagi dengan menaiki 2 buah kenderaan.
Dari Kluang, korang perlu mengambil jalan menghala ke Mersing. Tapi takde la sampai ke Mersing. Lokasi terletak di Ulu Dengar, dalam kawasan Felda. Pedalaman nun kat dalam kelapa sawit..dekat ngan bukit2. Aku pun tak tau macamana dorang leh explore kawasan2 perkelahan kat tempat dalam2 macamtu.
Ni dah start masuk dalam Felda Ulu Dengar. Eh perkampungan dalam ni cantik tau..mungkin sebab tak sesak dan kawasan yang berhampiran lereng bukit dan kawasan tanaman kelapa sawit.
Sempat gak la kami menyinggah kedai kopi kampung :) Ramai pakcik2 je kat situ :)
Lepas meredah perkampungan Felda Ulu Dengar,
kitorang mengambil masa 10 minit untuk sampai ke destinasi yang dituju
Nah,akhirnya sampai gak kitorang lepas meredah kelapa sawit. Tapi jangan risau..
jalannya telah diturap ngan tar, so tak perlu redah tanah merah
Dan juga tak perlu risau tentang bayaran masuk ke kawasan ni ye
Hari tu, tak ramai orang yang datang berkunjung..so lengang la parkir :)
Korang kena jaga barang2 sendiri, sebab banyak muyit2 berkeliaran
Masa aku datang ni, ramai budak2 sekolah buat perkhemahan kat dalam tu
Jalan denai disediakan, kawasan yang bersih dan lapang tanpa semak samun
Ni aku ngan maksu aku.. Maksu aku muda 5 tahun dari aku rasanya
Ni adik aku yang paling bongsu
Sepupu aku yang paling kecik..setahun 1 bulan
Jernih kan air dia?Ha korang nampak macam cetek je kan?
tak tengok lagi kawasan yang dalam..Aku pun tenggelam
Jernih airnya..leh nampak dasar.Ni pakcik aku ngan sepupu aku siap buat terapi
ikan. Menjerit2 pakcik aku bila ikan2 tu gigit kaki dia :P
Ha ni la kawasan dalam yang aku maksudkan..adala sedalam 2 meter lebih.
Aku sendiri tenggelam bila berenang kat kawasan ni.
Seronok berenang kat sini..aku rasa kalau aku balik kampung mesti aku
akan singgah sini lagi. Syokkk woOoOoo!!
Yup. Tempatnya memang menarik, bersih..tak bersemak samun dan dijaga sepenuhnya. Kurang sampah sarap dan landskapnya cantik. Aku rasa tempatnya lagi cantik dari Hutan Lipur Sungai Congkak, Hulu Langat dan Hutan Lipur Sungai Pandan, Kuantan yang pernah aku pergi. Kawasan dia besar dan sekiranya kita pandai pilih tempat, kita leh mandi di kawasan yang dalam. Tetapi berhati2..kalau dalam sangat mungkin boleh jadi lokasi yang berbahaya kepada pengunjung.
So ni la lokasi riadah aku semasa berada di Kluang, Johor. Bagi mereka yang sempat berkunjung di Kluang, ni merupakan tempat rekreasi sesuai bagi seisi keluarga dan bersantai mengisi waktu lapang hujung minggu.
4 Comments
wah! besh! :D
ReplyDeletehaah toblerone..besh la.kalau singgah Kluang, datang la mandi manda :)
ReplyDeletesyoknya masuk utan..picnic2....:)
ReplyDeletep/s: awok ade tulis 'mc la sy'
maksud die apo ye?hoho
MAISHARAH 'mc la saya' diterjemah ke dalam bahasa sanskrit maknanya sy dapat mc.Huhu.haah besh..pegila piknik :)
ReplyDelete