Jom Berkelah ke Gunung Berlumut

Salam guys..Time to update new entry. Aishh aku kalau tak update, gatal tangan..eventhough tangan kiri aku stil bengkak sebab kena sengat tebuan Jumaat hari tu. Aku masih kuat mengerah otak walaupun kepala aku turut disengat 3 ekor tebuan dan menerima 2 kali suntikan anti-histamin bagi mengawal bengkak dan bisa dari terus merebak ke seluruh badan. Doc kata, kalau bisa sengatan cukup kuat, boleh melumpuhkan ginjal aku dari terus berfungsi. Damn! Aku ada rasa macam nak saman je orang yang kuakan arahan gotong royong Jumaat hari tu. See you in court!! Cheh

Dah2..aku kalau bab nak membebel..memang sangat suka la. Ni ha las 2 week lepas aku balik kampung kat Kluang, Johor. Kampung mak aku.Aku balik pun sesaje je..rindu kat nenek aku.Selalunya kitorang balik time raya Aidilfitri semata2. Memandangkan takde pape program, pakcik aku plan nak berkelah ke Gunung Berlumut. Ada ke antara korang yang pernah sampai ke destinasi ni? Aku pun baru pertama kali sampai, walaupun dah hampir suku abad aku balik ke Kluang. Jarak destinasi dari rumah nenek aku di Jalan Yap Tau Sah (Pekan Kluang) adalah kira kira 50km..mengambil masa dalam 45 minit. So kami pergi dalam pukul 9 pagi dengan menaiki 2 buah kenderaan.


Dari Kluang, korang perlu mengambil jalan menghala ke Mersing. Tapi takde la sampai ke Mersing. Lokasi terletak di Ulu Dengar, dalam kawasan Felda. Pedalaman nun kat dalam kelapa sawit..dekat ngan bukit2. Aku pun tak tau macamana dorang leh explore kawasan2 perkelahan kat tempat dalam2 macamtu.





Ni dah start masuk dalam Felda Ulu Dengar. Eh perkampungan dalam ni cantik tau..mungkin sebab tak sesak dan kawasan yang berhampiran lereng bukit dan kawasan tanaman kelapa sawit.


Sempat gak la kami menyinggah kedai kopi kampung :) Ramai pakcik2 je kat situ :)

Lepas meredah perkampungan Felda Ulu Dengar, 
kitorang mengambil masa 10 minit untuk sampai ke destinasi yang dituju

Nah,akhirnya sampai gak kitorang lepas meredah kelapa sawit. Tapi jangan risau..
jalannya telah diturap ngan tar, so tak perlu redah tanah merah

Dan juga tak perlu risau tentang bayaran masuk ke kawasan ni ye

Hari tu, tak ramai orang yang datang berkunjung..so lengang la parkir :)

Korang kena jaga barang2 sendiri, sebab banyak muyit2 berkeliaran


Masa aku datang ni, ramai budak2 sekolah buat perkhemahan kat dalam tu







Jalan denai disediakan, kawasan yang bersih dan lapang tanpa semak samun



Ni aku ngan maksu aku.. Maksu aku muda 5 tahun dari aku rasanya

Ni adik aku yang paling bongsu

Sepupu aku yang paling kecik..setahun 1 bulan

Jernih kan air dia?Ha korang nampak macam cetek je kan?
tak tengok lagi kawasan yang dalam..Aku pun tenggelam



Jernih airnya..leh nampak dasar.Ni pakcik aku ngan sepupu aku siap buat terapi
ikan. Menjerit2 pakcik aku bila ikan2 tu gigit kaki dia :P







Ha ni la kawasan dalam yang aku maksudkan..adala sedalam 2 meter lebih.
Aku sendiri tenggelam bila berenang kat kawasan ni.





Seronok berenang kat sini..aku rasa kalau aku balik kampung mesti aku 
akan singgah sini lagi. Syokkk woOoOoo!!





Yup. Tempatnya memang menarik, bersih..tak bersemak samun dan dijaga sepenuhnya. Kurang sampah sarap dan landskapnya cantik. Aku rasa tempatnya lagi cantik dari Hutan Lipur Sungai Congkak, Hulu Langat dan Hutan Lipur Sungai Pandan, Kuantan yang pernah aku pergi. Kawasan dia besar dan sekiranya kita pandai pilih tempat, kita leh mandi di kawasan yang dalam. Tetapi berhati2..kalau dalam sangat mungkin boleh jadi lokasi yang berbahaya kepada pengunjung.

So ni la lokasi riadah aku semasa berada di Kluang, Johor. Bagi mereka yang sempat berkunjung di Kluang, ni merupakan tempat rekreasi sesuai bagi seisi keluarga dan bersantai mengisi waktu lapang hujung minggu.


4 Comments

  1. haah toblerone..besh la.kalau singgah Kluang, datang la mandi manda :)

    ReplyDelete
  2. syoknya masuk utan..picnic2....:)

    p/s: awok ade tulis 'mc la sy'
    maksud die apo ye?hoho

    ReplyDelete
  3. MAISHARAH 'mc la saya' diterjemah ke dalam bahasa sanskrit maknanya sy dapat mc.Huhu.haah besh..pegila piknik :)

    ReplyDelete