Mak Aku Marah, Aku 28 Tapi Belum Hilang Teruna !! Entry Menganjing Tak Hengat

Haha. Apekejadah entry aku hari ni. Menganjing tak tentu pasal. Ni semua pasal entry si polan la. Semalam aku masuk ofis, bebudak opis aku semua kecoh, berkerumun reramai siap baca kuat2 lagi. Ada budak kecik cinonet buat entry pengakuan ikhlas dan jujur mengatakan dia tak peduli ilang dara seawal umur 14 tahun. Mula2 aku tak berminat.. aku ingatkan dorang baca paper yang suka letak tajuk2 panas tu, tapi bila aku blogwalking, baru aku tau kes tu dari blogger cinonet yang baru setahun jagung.


Panas betul blog cinonet ni.. penuh ngan komen menghentam pakai lesung batu. Aku tak tau la ape yang cinonet ni buat sekarang. Kalau tak mati kena ludah..mesti ngah bertenggek tepi balkoni flat, countdown nak bunuh diri. Aku anggapkan sikap berani mati dia memang pilihan yang paling bangang pernah dia buat! Tu la.. aku nak pesan kat diri aku dan korang. Bila marah mula menguasai akal..apa yang terkeluar dari mulut kita bukanlah hasil daripada fikiran yang rasional. Sebab bila marah.. saat tu la lidah lebih tajam dari akal. Pok Pek Pok Pek..Buat statement, hentam sana sini dan at last terduduk tepuk dahi fikir panjang apa yang dia katakan. Nak menyesal dah tak berguna laa..

Ni cuma entry menganjing. Korang janganlah memarah dia..dia budak hingusan lagi. Tinggi maruah budak ni.. setinggi buku lali dengan memberitahu dunia yang dia budak hingusan tanpa dara. Ha..kan bagus tu. Bercakap benar, jujur dan ikhlas.. tak ke sifat terpuji?? Aku kompom mak bapak dia mesti bangga, kembang kempis la idong dorang ada anak pecah rekod tanpa dara termuda di Malaysia. Jiran2 dia pun bertepuk tangan berkongsi kegembiraan siap buat banner lagi. Dah menitik2 air mata, meleleh hingus aku ni dek kerana terlalu terharu ngan kebangangan dia. Kalau aku ada anak lelaki..nak je aku jadikan bakal menantu. Yer la..giler ko tanak, femes satu Malaysia tu!! Kalah artis.

Bila mak aku tau citer ni nanti, mesti aku kena marah. Sebab aku masih teruna walaupun umur aku dah 28. Kompom la dia akan cakap "Budak 14 tahun leh ilang dara awal..ni ko dah 28 taun masih lagi teruna. Ape ke bangangnye ko nih !! Memalukan omak je !!" Perghh..tak sanggup aku macamtu. Mulai hari ini, aku bertekad akan cuba belajar cara2 ilangkan teruna aku dengan sedaya upaya.. dan jadikan si blogger cinonet itu sebagai mentor. Lepas ilang teruna..aku akan buat press conference dan pampangkan di dada2 akhbar. Biar dunia tahu kejayaan yang telah aku capai. Haha :D

Heh..okla. Bagi dia masa untuk berfikir tentang apa yang dia dah lakukan. Aku harapkan dia mendapat sokongan dari family dan kawan2 untuk dia perbaiki segala kesilapan yang dia lakukan dan terbuka hati untuk bertaubat. Hari ni hari dia..mungkin esok hari kita. So kita pun kena berhati2 dengan setiap tindakan yang bakal kita ambil.. lebih2 lagi setiap perkataan yang kita ucapkan. Ok penatlah aku nak menganjing.. next entry aku nak memburung plak. Hehe :P

P/s : Pintu taubat sentiasa terbuka..semuanya terpulang pada kita. Tepuk dada tanya iman la ye :)

9 Comments

  1. sure ke teruna lagi?hahahaha..macam xje..

    ReplyDelete
  2. teruna lagi nih.siap ada cop sirim lagi :P

    ReplyDelete
  3. geleng kepala diikuti tindakan.geleng kepala semata2 takkan beri kesan pada pelaku :)

    ReplyDelete
  4. aku pun br baca blog budak tu smlm....huhu.rasa nak nangis je sbb kesian pada family dia....semoga dia sedar akan kesilapannya....

    ReplyDelete
  5. org kata blog tu propaganda filem terbaru dibintangi Amir Raja Lawak je....so, wait n see jela....

    ReplyDelete
  6. imah : aku tak tau ape perlu aku lakukan kalau
    family aku buat macamtu.Nauzubillah

    Soooooour : Yeke?Tapi agak melampau kalau pun
    betul propaganda tak perlu macamtu.
    Even dalam profile fb pun dia ckap
    benda yang sama. Jadikan iktibar kalau
    betul propa

    ReplyDelete
  7. Dunia oh Dunia
    Bdak2 zaman sekarang da tlalu advance

    Mengalahkan kita
    Iskh2

    ReplyDelete
  8. CikYana(",) = mengalahkan kita?maknanya yana pn akan buat perkara yang sama..tapi lwt ckit dari bebudak tu?huhu

    ReplyDelete