Menatang Ape Boleh Tukar Jadi Babi ??

Satu hari tu, kengkawan aku roger ajak kua lepaking. Yela walaupun muka2 yang sama..tapi dorang la my true friends. Wallaweh dalam hati ada taman aku hari nih. Yup seyesly, bila umur kita makin meningkat ni..dengan masing2 ada kerjaya dan family sendiri..bagi mereka yang masih single nih, leh kira je berapa kerat sangat la kengkawan yang boleh ajak lepak minum teh tarik kat kedai mamak kan??


Then bila sesekali jumpa..berborak panjang nih, kawan aku yang sorang ni, Oneh keluarkan teka teki bangang peringkat phD. Aku katakan teka teki peringkat phD ni sebab Oneh ni tengah buat phD..so kalau teka teki yang keluar dari mulut dia, dan dia sampaikan kat kitorang plak.. maknanya tinggi tahap teka teki nih "Long, Fadhlur..ni aku nak bagi satu teka teki..kalau korang leh jawab memang brilliant la", Oneh memandang aku ngan Fadhlur sambil tersengih2.

Aku perkemaskan kedudukan kerusi..tapi masih terus menyuap roti canai ke mulut. Fadhlur pulak aku lihat dah menitik2 peluh. Belum pape dah berpeluh2?? Itu la Fadhlur yang aku kenal. "Bring it on bebeh !!" getus hatiku.. tak berani aku nak jerit tetiba je macamtu, karang orang ingat aku gila plak. "Maknanya kalau aku dapat jawab teka teki ni, aku setaraf ngan student phD la kot??", aku tersengih2. Ngeh3

"Nah, ni soalannya. Menatang ape leh tukar jadi babi? Ha pe lagi, jawab..jangan tak jawab!", Oneh lantas bersandar memerhatikan raut muka kitorang yang sudah berubah.

"Siput?Sebab siput-babi?Siput leh tukar jadi babi?", jawabku bangga.

"Salah !!", lantas Oneh menjawab. Aku tau dia nak gelakkan aku..tapi dia tahan. Macam haram!!

"Anjing?"

"Salah jugak!!"

"Timun??"

"Oi menatang la..Aku tak tau pulak timun tu menatang!!", jerkah Oneh. Kami tersengih.

Dah bermacam2 jawapan..pelbagai jenis menatang kitorang bagi, at last kami surrender. Penat banyak fikir teka teki tahap tinggi nih.."Ok2..so ape jawapannya?"

"Jawapannya kancil. Ok..kes ni cuma berlaku certain2 tempat dan certain2 people je. Contohnya ada sorang mamat pegi cari parking kete.. tak kisah la shopping complex atau pasaraya2 besar.. tengah2 dia usha parking, dia nampak ada slot parking kosong dari jauh. Apalagi mesti dia teruja..cepat2 berkejar ke sana takut slot parking tersebut diambil orang. Tapi bila sampai je kat situ..rupa2nya ada sebiji kete kancil parking terperosok dalam parking tu. Tadi dari jauh nampak macam takde kete je. Ape lagi..mesti mamat tu cakap dengan perasaan bengang.. BABI PUNYA KANCIL !!, dia takkan cakap kura-kura punya kancil kan?kan?" Oneh gelak sakan.

Aku tepuk dahi, Fadhlur terdiam. Dengar macam tak logik je, tapi betul gak tu. Ai geram tol. kecik besar.. kecik besar je aku tengok Oneh ni. Ai tak sangka bakal Dr leh tanya soalan teka teki camneh. Klepek! Setepek kitorang terkena..dan Oneh masih tergelak sakan. Huhu..rasa macam nak nangis laaaa!!

P/s : Sah2 la aku belum layak sambung phD..masih trauma ngan teka teki dari seorang Dr !!

4 Comments

  1. haha...mmg xterjawab yg mmbaca ni pon..huhu

    ReplyDelete
  2. tu la cik bulan..unsangkarable betol.dah plak tu, panjang lebar punya jawapan :P

    ReplyDelete
  3. haha nsa pon pikir jwpan yg pndek2 je,ghupenyer ? nah hang ! bapak la jwpan dia :)

    ReplyDelete
  4. haha.tu la dah mcm karangan kan?kan?hehe

    ReplyDelete