Misteri Di Sebalik Hotel California

Malam tadi, dengan angin sepoi2 bahasa..belum ditambah dengan angin yang keluar dari lubang buntut roomate aku..aku layan lagu Hotel California yang dipopularkan oleh kumpulan The Eagles. Korang sure pernah dengar lagu ni kan? Femes sangat lagu ni sefemes lagu Negaraku..semua orang tau. Tapi korang tau tak kisah di sebalik lirik lagu Hotel California ni? Setiap kali aku mainkan lagu ni kat lappy, meremang bulu ketiak. Ditambah pulak ngan susunan liriknya buat aku seram sejuk di bawah hembusan dingin aircond. Aku akhirnya amik keputusan nak cari makna di sebalik lirik lagu ni.. dan inilah apa yang aku dapat...


Ada banyak sangat versi yang aku temui mengenai lagu ni..tapi sejauh mana kebenarannya wallaha'lam. Hotel California terletak di Todos Santos, Mexico. Hotelnya kecik..takde la besar mana..sebesar rumah tumpangan je. Mengikut penjelasan pemilik hotel berkenaan, ahli The Eagles pernah menginap di salah sebuah bilik di hotel berkenaan dalam menghasilkan lirik tetapi mengikut penjelasan Snopes.com..tiada seorang pun ahli kumpulan tersebut yang pernah menginp di situ. Siapa yang betul ni?

Ada ura2 mengatakan yang hotel tersebut merupakan nama timangan bagi sebuah hospital yang terletak di pinggir Los Angeles iaitu Hospital Psikatrik Camarillo State. Namun tiada bukti yang mengesahkannya. Kisah ganjil yang menjadi buah mulut orang ada mengatakan yang hotel berkenaan merupakan tempat yang dihuni oleh puak kanibal yang mana akan melayan pengunjung yang datang dan pada akhirnya mereka dijadikan menu hidangan sebagaimana yang tertulis di dalam lirik lagu -  “You can check in any time you like, but you can never leave”





Dari pemerhatian melaui lirik itu juga ada mengisahkan tentang ketagihan dadah iaitu melalui liriknya - “Warm smell of colitis rising through the air”  di mana merujuk kepada suasana ketika menghisap marijuana dan Hotel California merupakan kod nama bagi penggunaan kokain dan jalan menuju ketagihan.


Ada juga yang percaya bahawa hotel berkenaan melambangkan kediaman Ketua Penyembah Syaitan, Master Aleister Crowley yang berhampiran tasik Loch Ness yang mana banyak perkara2 ganjil dan aneh sering berlaku. Nama samaran Crowley pula adalah The Beast - nama yang disebut dalam salah satu perenggan di dalam lirik berkenaan.





Ada juga satu kisah yang aku dengar tentang sekumpulan remaja yang dalam perjalanan pulang dan akhirnya berhenti bermalam di sebuah hotel kerana kereta rosak. Pada mulanya hotel tersebut kelihatan biasa, namun bila tiba waktu tengah malam.. beberapa orang antara mereka hilang. Salah seorang dari mereka berjaya melepaskan diri..itu pun setelah terbit fajar pagi. Selepas membuat laporan akan kehilangan rakan2nya di hotel berkenaan.. pihak polis lantas membuat siasatan, dan mendapati tiada hotel yang didakwa oleh remaja berkenaan..malah hotel tersebut tiada di situ. Kisah tersebut menjadi urban legend pelancong2 yang melewati kawasan berkenaan. Apa kata korang rasai sendiri pengalaman dengan menghuni hotel tersebut di Todos Santos, Mexico.


Walau apa pun..lagu Hotel California tetap unggul dan disebaliknya terdapat misteri yang masih belum terungkai dalam susunan liriknya. Adios ~



Eagles - Hotel California

On a dark desert highway

Cool wind in my hair
Warm smell of colitas

Rising up through the air
Up ahead in the distance

I saw a shimmering light
My head grew heavy and my sight grew dim

I had to stop for the night
There she stood in the doorway

I heard the mission bell
And I was thinking to myself
This could be Heaven or this could be Hell
Then she lit up a candle
And she showed me the way
There were voices down the corridor
I thought I heard them say


(chorus)
Welcome to the Hotel California
Such a lovely place
(Such a lovely place)
Such a lovely face
Plenty of room at the Hotel California
Any time of year
(Any time of year)
You can find me here

Her mane was Tiffany twisted
She's got the Mercedes Benz
She's got a lot of pretty, pretty boys
That she calls "friends"
How they dance in the courtyard
Sweet summer sweat
Some dance to remember
Some dance to forget

So I called up the Captain
Please bring me my wine
He said:
"We haven't had that spirit here since 1969"
And still those voices are calling from far away
Wake you up in the middle of the night
Just to hear them say


*(chorus)

Mirrors on the ceiling
Pink champagne on ice
And she said:
"We are all just prisoners here
Of our own device"
And in the master's chambers
They gather for the feast
They stab it with their steely knives
But they just can't kill the beast
Last thing I remember
I was running for the door
I had to find the passage back to the place I was before
"Relax" said the night man
"We are programed to receive.
You can check out any time you like
But you can never leave"

14 Comments

  1. Tak tau pun yg Hotel California ni ada cerita sndiri. Pelik juga, macam2 versi.

    ReplyDelete
  2. Nur Syafiqah Md Takiyudin = haah macam2 versi :)dah meremang bulu idong nih :P

    ReplyDelete
  3. macam versi cter hantu pn ad..huhuhu

    ReplyDelete
  4. idaida0504 = haah versi hantu la ni kot?kira mcm umah antu kat taman buaya,ayer keroh melaka :P

    ReplyDelete
  5. mcm misteri je..hehe





    lots of luv:
    DIARY-KECILKU

    ReplyDelete
  6. anamizu = haha.dah mcm baca mastika plak :P

    ReplyDelete
  7. walah... uji kaji yg hebat lg rajin =)

    ReplyDelete
  8. hati~♡ = ha penat ni.ni dah kira mcm tesis tw :P

    ReplyDelete
  9. jgn lupa nyanyi kan skali ye.. Mo dgr mcmane version kiut Rain mnyanyi.. Kasi kontrol kotak suara r jgn smpai pecah gegendang telinga hati.. Kih3 ;p

    ReplyDelete
  10. hati~♡ = haha disuruh nyanyi plak.bwk g karok la.haha

    ReplyDelete
  11. Info menarik. Saya pernah diberitahu oleh seorg rakan yg beragama kristian, hotel callifornia adalah berkenaan gereja syaitan. Beberapa tahun lalu saya dengar paksu saya iaitu vokalis kump Melissa (skrg dikenali sbg ustaz razi) menyanyi dpn public lagu ni. Penyanyi lagu cinta utk nabila tu ada interpretasi menarik ttg lagu ni. Cuba cari dia di fb dan suuh dia cerita dr sudut dia lak.

    ReplyDelete
  12. Apapun bg sy ia hanya sebuah lagu dan mmg best! Tq blogger.

    ReplyDelete
  13. Ini lagu freemason.ni..,dia punye live show..kat atas diorang ni. Ade cermin bentuk permainan chess .itu lambang freemason .jangan terpedaye dengan lagu ni..wallahu alam..

    ReplyDelete
  14. Lagu ni..mengisahkan tentang agenda freemason pengikut2 syaiton...tentang perjalanan pemenrintahan dunia baru...kite sebagai orang islam..jangan terpengaruh dengan mereke ni...

    ReplyDelete