Najis Korang Sihat Tak Hari Ni?

Ha..korang pernah tak check samada najis korang sihat tak hari ni? pernahkah korang bawak najis korang berjumpa doktor gigi? Haha tak perlu la sampai macam tu skali kan?Sebenarnya dalam Islam, tak digalakkan memandang najis sendiri, nanti jadi lupa. Lupa ilmu..mungkin kalau tahap serius leh sampai lupa diri :P

So bagi sesiapa yang blom bekpes atau makan, better korang makan dulu sebelum korang terus membaca. Aku taknak kang tak pasal2 korang muntah2, pening2 lalat..Aku tak nak tanggung :) Sebab aku nak describe jenis2 najis, so dari situ korang leh tau perut dan pemakanan yang korang hadam hari2 tu sihat atau tak :)


Najis yang sangat sihat berupa pisang (melengkung), berwarna sedikit kekuningan (makin cerah makin sihat), terapung dan boleh digunakan untuk menampung korang berenang..haha takde la, panjang kira2 2cm lebar dan 15 cm panjang dan tanpa bau yang kuat. Najis sebegini mengandungi serat yang tinggi. Macam najis bayi, berwarna kekuningan tetapi lembik. Masih merupakan najis yang sihat kerana bayi cuma menyusu dan tidak memakan makanan berserat tinggi seperti roti dan buah-buahan. Sekiranya najis korang berupa seperti di atas, maknanya najis korang sihat.. perut korang pun sihat :)

Najis yang tidak sihat pulak, tenggelam, berwarna gelap, berbau busuk, terlalu keras atau terlalu cair dan beserta kentut yang berbau. Perut korang memang mengalami masalah sekiranya najis korang berupa sebegini. Pengambilan makanan tidak sihat seperti cuka ,pewarna dan perasa berlebihan akan menyebebkan bahan kumuh korang seperti di atas. Bahan makanan yang tidak dibasuh dan dimasak (tercemar) dengan betul juga merupakan penyebab utama. Bakteria dan kuman pada makanan akan bertindakbalas dengan bakteria di dalam perut, menyebabkan terhasilnya gas nitrogen. Bau busuk pula disebabkan gas nitrogen tersebut dibiar terlalu lama di dalam usus bersama bahan kumuh yang lain. Kalau lama sikit korang tahan kentut,mungkin korang berupaya menggerakkan belon udara sendiri. Haha..gurau gak :P Najis yang cair disebabkan tindakan bakteria yang aktif beserta kandungan asid yang tinggi akibat bahan kumuh yang dibebaskan bakteria.

So korang kenala makan makanan yang bersih, masak dengan betul dan kurangkan pengambilan makanan yang ditapai atau alkohol (banyak bakteria-masam), jenis2 ubi dan kekacang (kurangkan kandungan gas nitrogen) dan makanan yang mengandungi MSG, pewarna dan asid yang tinggi.

Jadi, selamat mencuba ye. Aku harap najis korang sihat walafiat lepas ni. It's ok, tak perlu forward gambar najis korang kat aku. Hehe

7 Comments