Rumitnya Wanita. Aii ~

Mengeluh panjang aku hari ni..bukan hari ni je, setiap kali deal ngan wanita..buat aku mengeluh panjang rata2nya. Betul la wanita tu istimewa.. sangat rumit untuk difahami. Wanita boleh jadi angin sepoi2 bahasa.. kadang2 boleh jadi puting beliung sesuka hati dia je. Tak kira masa, sesuka hati dia je nak bertukar. Orang sekarang sibuk ngan transformers, aku sibuk ngan wanita yang transform-mood.


Sebenarnya takde masalah pun nak kawan ngan wanita ni, tapi ada gak pantang larang yang kita sebagai lelaki kena patuhi. Korang kena kenal dulu wanita jenis apa yang korang deal. Ada yang jenis open-minded, ada yang lemah lembut, ada yang jenis kasar, ada yang skema, ada yang alim. Korang wanita dah tau ke korang type ape? Kebanyakan wanita, dorang tak boleh bergerak sendiri. Paling kuat pun secara beregu.. sebagai teman untuk meluahkan perasaan, cerita pasal bf, pasal baju, pasal anak, pasal bunga, pasal masakan, pasal mak mentua, pasala rakan sekelas atau sekerja sehingga sekecil-kecil perkara dorang borakkan. Whatever it is.. ada satu part dalam diri wanita yang buat aku ralat sangat.. sensitif.

Sensitifnya wanita ni..mencapah ke setiap segi. Kawan dia pakai tudung yang sama dalam minggu tu pun dia boleh perasan, hal rumah tangga kengkawan pun dia tolong amik peduli, kawan cerita masalah dia pun turut menangis, tengok cerita sedih..menangis lagi, pasaraya buat promosi 3 bulan akan datang dia boleh tau awal2, jiran sebelah umah tukar kepala paip tandas pun..dia nak tukar sama, tengok kengkawan duduk berkelompok ..dia pun nak ikut turut serta, kena marah terus sedih..u stab thru my heart la konon, tak ingat kali pertama kua dating bersama..terus sentap, duit syiling 5 sen letak atas tv ilang..boleh perasan, kawan cantik dia dengki..kawan tak cantik dia kutuk, orang berborak perlahan dibelakangnya..dia kata kita mengumpat dia, suami tegur masak kurang garam..dia merajuk terus tak nak masak, suami balik lewat sebab jalan jem..dia kata suami ada affair ngan perempuan lain, bila someone buat masalah..mula la kumpul ahli mesyuarat tingkap boikot orang tu..tiap2 hari cerita benda yang sama pasal si polan dan yang paling aku takut.. sensitifnya wanita ni, apa yang kita lakukan padanya hari ni..dia akan ingat sampai bila2.

Banyak lagi sebenarnya contoh2 yang menunjukkan betapa wanita ni sensitif. Aku banyak kali terkena, ye la aku ni plak jenis suka melawak. Ada sesetengah wanita tu yang tak boleh terima lawak, mungkin padanya macam kurang ajar atau tak senonoh kot? Tapi pada aku.. bila melawak, salah satu cara untuk lepaskan stress, merapatkan hubungan. Masuk telinga kiri..kua telinga kanan suda. Tapi mereka pulak amik serius. Mula pandang serong pada kita. Mungkin salah kita sebab melawak dengan mereka yang berfikiran kompleks dan mencari fakta semata2. Haha yang tu tak pe lagi.. tapi bila mereka mula dalam satu kumpulan, mula la bergosip. Ha bab ni la yang aku risau sikit. So guys, kalau korang deal ngan wanita..korang kena draft dulu apa yang korang nak cakap ye :)

43 Comments

  1. hehe..biasalah pompuan..perasaan kiter ni mudah tersentuh..

    ReplyDelete
  2. tu la..tak leh lawak kasar sikit,cepat tol sentapnye.isk3

    ReplyDelete
  3. perempuan makhluk yang sukar difahami.

    ReplyDelete
  4. makhluk kompleks beli belah..xD..no offense at all..huk3..

    ReplyDelete
  5. hahha .. merumitkan dan rumit untuk difahami .. :D

    ReplyDelete
  6. cheq tun : sukar tak semestinya tak boleh faham kan?ada tips tak?

    ReplyDelete
  7. cik bulan -haha kiranya cik bulan ni makhluk kompleks beli belah la ye?giant @ mydin?hehe

    ReplyDelete
  8. Shamsudin Amin - haha ko mengerang nape?mcm berat masalah tu?psal pompuan ea?ce cite ce cite :)

    ReplyDelete
  9. alif haris - rumit sangat..sebab dorang berubah tanpa kita ketahui

    ReplyDelete
  10. yep..wanita memang rumit :)

    Latest Entry: Siapa LOLA??

    ReplyDelete
  11. asfz lily rumit tak?ada rumit macam guna sempoa?hoho

    ReplyDelete
  12. ishhhishhh!..apa lah wanita nie...

    Nasib baik saya perempuan... (:

    ReplyDelete
  13. Wilayah Sepet Kuku = la mati2 den ingat ekau laki orang.bwahahaaha :D

    ReplyDelete
  14. betuila apa yang awak katakan nikh huhuhu nak wat camner memang gitu laaa wanita..

    ReplyDelete
  15. MYA EL QAYREENA AZRYAN = haah tu la..dah lumrah,terima la seadanya kan?kan? :)

    ReplyDelete
  16. psstt!!..laki orang tu jiran sebelah...i mak mak orang...ngeeehhh ;p

    ReplyDelete
  17. Wilayah Sepet Kuku = ha nsib cover baek..haha

    ReplyDelete
  18. HAHA ! cool punya post. ini tak tahan dgn prempuan lah ni.. kantoiii ! hehe

    ReplyDelete
  19. saraNuchslep = ha taw takpe.tapi masih terus berusaha.Gambatte!! Yeehaaa :D

    ReplyDelete
  20. iskk... pempuan mana rumit.. ikot aje apa dia ckp.. abes citer! ahhahahaha..

    ReplyDelete
  21. pompuan...hmm...try fhm dgn dia...bt apa y dia suka n jgn buat apa dia xsuka..selamat....^_^

    ReplyDelete
  22. b a m b a m ' s = wah3 kalau nak ikut semua kata pompuan, tunggang langgang la idop..hoho

    ReplyDelete
  23. Nezhabaik Nie = buat apa yang dia suka?kalau kita buat semua benda yang dia suka..sedangkan kita sendiri yang makan ati..tak boleh gak

    ReplyDelete
  24. teee heeeeeeee~

    p/s: raima sgt sgt sgt teramatlah sensitif =P

    ngeeeeeee~

    ReplyDelete
  25. raima = raima sensitip camane plak?orang cocok pinggang pon kira sensitip gak tw.hoho

    ReplyDelete
  26. hahahaha, transformer transform mood =D

    ReplyDelete
  27. raima = hehe jugak la sekali ngan awk.hehe

    ReplyDelete
  28. hahahaha..ada btlnya..perempuan mmg rumit..merumitkan dan TERsangatlah rumit..hahaha..

    ReplyDelete
  29. most of "september baby" mmg prangai dia "terlalu snsitif" hee, na, tgk ea sdikit sbnyak character org yg lahir bln sptember ni =)

    http://raimavalo.blogspot.com/2011/06/saya-september-baby-awak.html

    ReplyDelete
  30. echaRierie = awak rumit tak?ada macam sambung puzzle @ buat kuih dorayaki tak?huhu

    ReplyDelete
  31. raima = hoho bulan september la nih?ok2 den dtg baca :)

    ReplyDelete
  32. jumpa keyword dia?

    "sensitif yang tak diketahui" time baca tu,
    tgh2 post entry tu, kbetulan rmai kwn2 raima pn stok2 sensitif gaban, then, diorg baca sptember tu,

    semua : cissss~~ terkena lah~ lalala~

    ReplyDelete
  33. raima = haah la,sensitip yang tak diketahui?ape tu?haiyo lagi sadis macamni.hehe :P

    ReplyDelete
  34. pompuan rumit pon sebab laki jugak~

    ReplyDelete
  35. NuR 'aQiLaH = eh takde kena mengena la.sesuka hati dia je.takde laki pon dia rumet gak.bueekkk :P

    ReplyDelete
  36. syrupmasin = ...(sunyi sepi)..(aku takleh nak jwb,sbb aku bkn wanita :P)

    ReplyDelete
  37. aku ada buat reply! check it out :-)

    ReplyDelete
  38. kihkihkih.. kau memahami wanita.. boleh sudah masuk kelab taat.. welcome to da club..

    ReplyDelete
  39. MrsMeen = haha tu reply membalas dendam.ngeh3

    ReplyDelete
  40. Mawar Berduri = wah siap ada kelab ni?kalabu malami ka?haha :D

    ReplyDelete
  41. cer baca men from mars women fromvenus.. seyes best dan bole memperbaiki hubungan lelaki dan wanita.. dan semeangnya ciptaan allah lelaki dan perempuan sangt unik dan hebat.. bila disatukan lelakidan perempuan..baru la saling lengkap melengkapi..


    baca la wahai kawan2! best sangat2..
    *kompem ade yg da baca.

    ReplyDelete