Se-tengahari Di Muar

9:25 AM

Salam.me-monink kamu semua. Aku tak punya banyak masa hari nih (bunyik macam nak mati je :P).. sebab aku kena masuk lab lagi. Sebab aku tak banyak masa, so tak dapat la korang dengar aku membebel pepanjang. Hehe. Rasa macam cacat aka OKU plak kalau tak membebel sehari dalam blog, walaupun hakikat aku sebenarnya pendiam, pemalu, penyegan, penyompan-nyantun (jangan cari dalam kamus..memang haram takde).. pendek kata jejaka malaya terakhir lah. Hahahaharun salim bachik!!

So dalam masa sesingkat kentut di malam hari, tanpa bau..tanpa bunyi dan tanpa orang perasan, entry aku hari ni megajak korang ke Muar, Johor. On the way aku balik dari Kluang hari tu..sempat aku singgah Muar. Niat hati nak pekena mi bandung. Korang tau port terbaekk mi bandung Muar? Bukan kat sebelah jambatan atau depan stesen bas tau. Mengikut kata2 Ahmad Tukiman (bukan nama sebenar) yang merupakan seorang warga Muar yang berhijrah ke KL..port terbaek adalah kat Fuad Bandung Corner, bersebelahan petronas (jalan menghala ke Melaka). Aku lupa pulak nama taman tu, nanti aku recheck balik ye.


Memula dari pekan Muar tu..korang kena naik jambatan sungai Muar ye.. Maknanya korang kena keluar dari pekan la menuju ke arah Melaka pulak.


jarak dari jambatan tu sampai lokasi yang dituju ada la dalam kira-kira10 minit perjalanan menggunakan.. menggunakan kete. Kalu jalan kaki mau 1/2 jam kot. Aku belum pernah cuba..ape kata korang try. Orang kata lagi lapar, lagi nikmat bila menjamah menu nanti. Haha :D


Ha ini la kedai dia. Kedainya bersebelahan ngan petronas, sebelah taman perumahan ( dibahagian kiri jalan). Nasib aku datang awal hari tu, tak ramai sangat orang. Kalau tak takde tempat duduk. Terpaksa alas suratkhabar kat bawah lantai :P



Muka adik aku dah ketat..lapa menunggu gamaknya. Aku macam biasa, kopi tarik. Sebab kitorang datang terlalu awal.. so kitorang tak dapat makan menu mi bandung sebab mi bandung cuma ada bermula tengahari, dalam pukul 12-1 macam tu. Hmm kempunan aku datang dari jauh semata2 nak makan mi bandung Muar.


Kat sini ada juga dijual perencah mi bandung.. memandangkan aku tak dapat makan, aku beli je perencah tu. Sepeket cuma RM6 untuk 6 orang makan. Tu 6 orang macam aku, kalau 6 orang kaki melantak.. order sorang satu la macam tu. Hoho


 Last2 aku makan mi rebus je. Tapi mi rebus dia pon leh tahan. Kuah pekat, banyak pulak tu :) Berbaloi gak.


Maaf la..korang leh tengok je adik aku ni makan..kalau nak, korang kena cuba sendiri. Sedaapp sampai menjilat kaki :P


Dalam perjalanan balik tu, kat Ayer Keroh jalan jem. Rupa2nya sebab jem tu..orang lalu lalang tengah tengok kete Proton Exora ngah parking kat dalam longkang. Ala macam tak biasa pulak dorang tengok kete parking macam tu :P

P/s : So kalau ada kesempatan, kalau lalu Muar..singgah la ke Fuad Bandung Corner ye :)


You Might Also Like

21 comments

  1. huu parking dlm longkang..mcm best je mee bandung tuh nk skit :D

    ReplyDelete
  2. haha nak sikit ke?aku lupa nak tapau..kalau nak sikit gambar,leh je aku koyak secubit :P

    ReplyDelete
  3. menyesal tengok...watkan org kempunan hade la..grr..@~@

    ReplyDelete
  4. adoi cik-bulan pon nak ke?hah semua yang kepingin beratur amik nombor :P

    ReplyDelete
  5. kampong i kat muar. muar best! :D

    ReplyDelete
  6. sedap nampak mee bandungnye.

    ReplyDelete
  7. eykaa aziz : oo orang muarian ea?hehe.sempadan la kita :)

    ReplyDelete
  8. Cik Ton : Perghh..tak terucap ngan kata2 Cik Ton oi..kena rasa sendiri.pUas hati :)

    ReplyDelete
  9. tgk entry mee bandung nie..telah mengakibatkan saya jd mcm org tak ada pedoman nak bukak pose nnti...kejap nak mkn kari ayam..kejap nak mkn mee bandung..kejap nak bako blog kamoo!..miahahaha

    ReplyDelete
  10. Wilayah Sepet Kuku : kahkahkah.biasala orang ilang pedoman macam beskot chipsmore.sekejap ada sekejap takde..tapi apsal sampai nak membako?den koba ngn ketua kampong den baru tw :D muahahaha

    ReplyDelete
  11. mee bandung my peberetttttttt!!~

    ReplyDelete
  12. rynn : yeke ur feberet?kalau sampai tahap feberet ni mesti dah boley masak kan?kn? :)

    ReplyDelete
  13. mee bandung muar memang olalalaaa....hik3x


    Latest Entry: Siapa LOLA??

    ReplyDelete
  14. pelik aku..asal dtg muar mesti nak g makan mee bndung haha...

    best la kete tu parking..mcm unik je...

    agaknye polis tu nak saman kete tu ke??sbb parking kat longkang hahaha

    ReplyDelete
  15. asfz lily : olala?olala tu hape?tukul besi ke?hoho

    ReplyDelete
  16. ekin alias : haah la..sama gak kalau sebut kajang, mesti orang cari sate.Apsal bila bila sebut kajang orang tak cari aku??haha

    polis tu bukan nak saman, dia nak belajar melukis :P

    ReplyDelete
  17. eh nie mcm tempat stella bekpes bln lepas :)
    dorang kata mee badung sedap kan kat sini....
    stella x dpt rase coz pepagi xde mee bandung ptg baru bkk depa kata :) kempunan :(

    ReplyDelete
  18. stellaizz = sama la kita stella oi.pegi haru tu kul 11.dorang cakap orang yang masak smpai tghari.usk3.mari la kita kempunan beramai2.huhu

    ReplyDelete
  19. dh byk kali gi muar tp belum pernah cuba mkn kat sini..next time pegi boleh cuba..

    ReplyDelete
  20. RozSyah = pegi muar?kampung awk kat situ ke?

    ReplyDelete
  21. Dah lama aku x turun ke Muo....

    ReplyDelete