Blog Sihatimerahjambu

Sebab Apa Penduduk India dan China Ramai?

10:48 AM

Teringat aku masa sekolah menengah dulu. Masa tu aku dalam kelas sejarah, cikgu yang mengajar subjek tu namanya cikgu Ahmad. Apa yang buatkan aku suka subjek sejarah.. sebab dia suka merepek yang bukan2.. yang langsung takde related ngan subjek. Macam la tajuk entry aku hari ni..ape kena mengena ngan subjek sejarah kan? Aku rasa lebih kepada Geografi. Sebab cikgu macam dia la sejarah aku dapat cemerlang masa SPM. Hehe :P


"Memandangkan kamu semua mengantuk, saya nak beri kamu semua satu soalan" kata Cikgu Ahmad.

Pelajar2 yang sebelum ni terlentok baeekk..dari menongkat dagu ke bersandar macam nak terlentang masing2 bingkas memperbetulkan posisi duduk masing2. Dari muka toya macam tempe busuk.. masing2 mula mempamerkan wajah yang penuh ghairah dan teruja.. Teruja dengan soalan yang bakal diajukan oleh cikgu sejarah yang sorang tu. Semestinya soalan yang diberikan menguji kemampuan mereka berfikir dari luar kotak pemikiran mereka yang sempit tu.

"Ok soalannya..Sebab apa penduduk negara India dan negara China ramai?", tersengih2 sambil menarik seluarnya yang londeh ke atas.

"Kurang peluang pekerjaan"

"Salah"

"Pelacuran?Seks bebas?

"Salah jugak..cuba lagi"

"Taraf ekonomi yang rendah?

"Ape daa..salah!salah!"

"Kurang pengetahuan dan maklumat mengenai perancangan keluarga"

"Hampir tepat..tapi boleh cuba lagi"

10 minit masa berlalu begitu saja tanpa jawapan yang diperlukan. Dah macam2 jawapan kitorang bagi..tapi satu pun tak mengena. Cikgu Ahmad masih tersengih2..Ai geram je aku tengok. Bukan geramkan dia, tapi aku geram ngan jawapan yang bakal dia bagitau nanti. Aku tau mesti jawapan dia macam hampeh..tapi logik dan masuk akal. Hmm..

"Dah la..penat je dengar jawapan kamu semua. Hampeh belaka" Cikgu Ahmad menjuihkan bibir mengejek.

"Sebab penduduk negara India ramai..penempatan setinggan mereka bertumpu di sepanjang landasan keretapi. Time nak tido je..keretapi lalu. Nak sambung tido, lalu lagi keretapi. Yela bising kan? Bila thambi dah asyik terjaga je..Minachi pulak xboleh tido, lalu masing2 bertentangan mata.. so apa lagi yang dorang boleh buat..kerja keras buat anak la"

Seluruh kelas ketawa berdekah2!!

"Apa pulak kes ngan negara China?" laung satu suara dari belakang kelas.

"Penempatan penduduk China pulak di sekitar Sungai Mekong dan Sungai Huang He..Bila tinggal tepi sungai ni korang faham2 je la..nak2 lagi time air pasang..seejuuukkk. Bila dah masing2 sejuk, kena la cari jalan panaskan antara satu sama lain. Tak gitu??"

Sekali lagi kelas gamat dengan ketawa!!

Sebab tu la populasi negara India dan China tinggi. Haha..Betul kan?Walaupun teori sengal tapi boleh diterima pakai. Hehe

P/s : Aku rindukan Cikgu Ahmad. Walaupun aku dengar dia dah bersara, tapi dia seorang cikgu
        yang bagus untuk mengajar anak murid yang sengal macam kitorang :)

You Might Also Like

6 comments

  1. negara india mmg daif ! ! tgk la cite india mcm mne !

    ReplyDelete
  2. haah daif..kalau yang kaya..kaya la sensangat.memang nampak sangat perbezaan kasta dorang

    ReplyDelete
  3. huhu...creative btol punye jwpn...



    jom singgah n follow belog fyna.
    http://inibelogfyna.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. ye fyna..dah singgah siap menconteng lagi :)

    ReplyDelete
  5. kah kah kah kah... nihh wancikgumuzik nihh plak apa cerr??? best tak??? hahaahahhhahaa...

    aku harap ada murid2 yang merindui aku..

    -maaf komen tiada kaitan ngan entri.. kah kah kah...-

    ReplyDelete
  6. wan_cikgumuzik = hahaha.walaupun xde kene mengena tapi aku turut gelak (nape aku gelak gak nih??) :P

    ReplyDelete