'> Betul La Babi Takleh Cakap..Dorang Leh Oink Oink Je ~ | afzalsukasuki

Blog Sihatimerahjambu



Saturday, July 2, 2011

Betul La Babi Takleh Cakap..Dorang Leh Oink Oink Je ~

Dah puas rasanya mak aku kejut. Tapi aku masih lagi berguling2. Habis setiap bucu katil aku terokai, tapi tak nak juga bangun. Jam loceng dah aku sorokkan awal2 bawah bantal supaya kurang sikit bisingnya. Ni agaknya penangan bola. Bukan aku nak sangat tengok bola..tapi dah kengkawan aku pujuk. Nak tak nak folo jugak la.

Mata aku berat..aku terpaksa gagahkan jugak kaki untuk bersiap ke kuliah.. itupun selepas mak aku datang menjerit di pintu bilik. Ai sebelum dia terus membebel, baik aku bangun. Kelas pukul 8.30, jam dah menunjukkan pukul 7.45. Sempat kot? Aku bersiap serba ringkas..tak perlu touch up pelbagai. Aku bukan amik  engineering semata2 nak jadi mak andam. Selepas bersalaman dengan mak aku bergegas keluar meninggalkan perkarangan rumah.

Suasana pagi membuatkan tulang belulangku seakan digigit2 sementara mukaku makin kebas. Aku bawak moto pun nak kata laju..takde la. Kereta banyak pepagi tu, memang tak boleh nak ikut hati sangat. Aku memang ngantuk sangat.. kalau boleh nak je aku parkir moto aku tepi jalan dan tido je atas moto. Tapi aku kena gak pegi kelas, tak lama lagi nak final exam..dah la kedatangan aku lubang sana sini. Macam roti kirai daaa ~

Aku lihat sesekali pemandu yang berselisih bersebelahanku membuat muka pelik, ada juga membuat isyarat yang aku sendiri tak faham. Ditambah pula dengan hiruk pikuk suasana jalan pagi tersebut.. aku buat bodo je. Bila orang gelak2 kepada ku, aku mampu tersengih. Ah lantak korang la..aku peduli apa! Aku terus membontoti lori yang berada di hadapanku

Sesekali aku rasakan tempias air dari lori berkenaan..Aku lantas mengesat apabila mengenai mukaku. Tiba2 aku tergamam sebentar apabila aku terpandang beberapa susuk tubuh yang berada di depanku. Macam pernah kulihat..tetapi di mana ya?? Baru aku sedar apabila susuk2 tubuh tersebut menjerit "Oink! Oink!". Perghh anak haram ni rupanya!! Macamana la aku boleh tak perasan lori babi depan aku? Mungkin disebabkan bunyi bising kenderaan dan aku yang terlalu mengantuk. Hampeh patutla pemandu yang lalu lalang di sebelahku memberi isyarat, rupanya aku folo lori bawak babi. Aku lihat babi2 tersebut masih oink2 kegembiraan melihat aku.

Last2 aku tak jadi jugak pegi kuliah..pusing balik ke rumah. Yela satu badan nak kena samak..termasuk ngan moto2 aku sekali. Balik umah terus kena bebel ngan mak. Trimas babi2 yang comel itu kerana mereka.. aku ada alasan yang kukuh untuk terus sambung tido. ZzzZ :p

19 comments:

  1. hahahaha...ingatkan ape td...lain kali tgk dulu apa dalam lori tu...hehehehe

    ReplyDelete
  2. Puteri Kasih = ngantok sangat sbb tu tak perasan.hehe :P

    ReplyDelete
  3. hana = amboi hana gelak sakan nampak?support la sikit org kg.haha :D

    ReplyDelete
  4. euww..cukup ke tanah mnyamak satu bdn tu..hik3

    ReplyDelete
  5. cik bulan = mestila cukup.den guling2 je atas lopak air.haha :D

    ReplyDelete
  6. Ainur Najla Tajuddin = amboi gelak sakan ea ekau.hehe (apsal aku pon gelak sama??)

    ReplyDelete
  7. hahaha...babi pnye psal,kite yg kena samak...
    babi rilek ja...hahha~

    ReplyDelete
  8. stuck = babi buat dono je kan?tanak kawan ngan dorang :P

    ReplyDelete
  9. hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock = yup haram di makan dari dulu sampai kiamat :)

    ReplyDelete
  10. Khairil = haha.kalau kita panggil dia babi, dia kompom tak marah kan?kan?haha :D

    ReplyDelete
  11. Afzal: Betul tu bro...tapi kalau panggil mcm tu kat tauke dia , tauke tu mesti marah gila...hahaa

    ReplyDelete
  12. Khairil = tokey dia tak perasan kot..dia xtau kita panggil dia @ babi.haha

    ReplyDelete
  13. euww! xpasal2 dah kne samak. haha

    ReplyDelete


Copyright © afzalsukasuki Designed by azhafizah.com