Blog Si Hati Merah Jambu

Betul..Aku Bukan Mat Rempit !!

10:20 PM

Betul la.. Aku tak bohong. Korang percaya lah, aku bukan mat rempit ok. Semua ni sebab aku jatuh motor. Tahun 2003, aku tido lewat malam sebelumnya. Nak siapkan assignment. Submit sebelum pukul 2 petang keesokan harinya. Pagi tu dalam mamai2, tak sempat makan..tapi sempat la jamah roti telur. Aku gerak ke UiTM Shah Alam. Dalam pukul 11.30 pagi, aku melalui jalan Putrajaya-Puchong, bersebelahan tapak MAHA. Aku komfom depan aku memang takde kereta. Aku pandang sekejap ke arah tasik di tepi jalan, tapi bila aku palingkan pandangan ke hadapan..pandangan aku jadi gelap 3 saat. Bila pandangan aku pulih, aku nampak kete waja yang sedang berhenti di bahu jalan bebetul berada di hadapan aku. Aku cuba brek tapi memang tak sempat. Kaki kiri aku terhimpit di antara motor dan kereta waja. Dada aku terhentak pada kepala motor. Aku terus jatuh, dan cepat2 merapatkan diri di sisi kereta, takut sekiranya di langgar oleh kenderaan yang lalu lalang.

pasang aerial kat kaki..time kilat, ngilu rasa kaki aku

Ni la keje aku. Dok diam2 sambil baca komik :)

Owner kereta tu terkejut, cepat2 menelefon ambulans. Aku tak dapat bernafas.. budget memang nak mati time tu. Tetapi lama kelamaan aku mula dapat bernafas. Aku lihat entah dari mana.. orang ramai mengerumuni aku. Ada yang payungkan aku, ada yang pinjamkan aku telefon untuk maklumkan kepada famili aku, ada yang bagi aku minuman. Betul2 ramai !! Entah mana datang aku pun tak tau. Bila aku cuba bangun.. aku rasa kaki aku kebas. Longlai. Rupa2nya kaki aku dah terpeleot. Nasibla aku pakai seluar panjang..kalau tak boleh pengsan gak aku. 10 minit kemudian ambulans datang. Aku kehilangan banyak darah. Doktor mengatakan tulang kaki aku patah..kulit kaki aku koyak Termenung aku sekejap. Aku pitam ke tadi? Aku berada di hospital selama sebulan, follow up selama 2 tahun. Namun belum baik sepenuhnya sehingga kini. Betul..aku bukan rempit !!

"Awak bernasib baik. 90% kemalangan yang berlaku di kawasan itu..semuanya mati" Aku teringat kata2 pegawai polis yang mengambil keterangan aku. Aku bersyukur..aku masih dipanjangkan umur. Apa akan jadi sekiranya Allah cabut nyawa aku ketika itu? Kini aku OKU. Memang tak boleh nak lasak mana.Tak boleh berlari, jogging atau berjalan lama. Tapi aku masih lagi bersyukur. Percaya lah.. Aku bukan mat rempit seperti yang korang sangkakan !!



P/s : Bawak lelaju memang best..tapi kalau dah kena, makan tak habis!

You Might Also Like

21 comments

  1. satu pesanan aku...jadikan ini pengalaman dan pengajaran...aku pun pernah eksiden mcm ni dulu...tunggang dengan cermat, ingatlah keluarga yang tersayang...anda mampu mengubahnya..haha

    ReplyDelete
  2. ye bro.btol tu.aku pun bawak perlahan giler sekarang..aku bawak tu, sama laju ngan aku tolak moto.haha :D

    ReplyDelete
  3. Ya Allah
    Tgk besi2 kt kaki tu pun da takut

    Sama cam adik yana
    Dlm kaki dia still ade besi tau

    SO xbole lasak2..huk3
    Ape2 be careful next time okeh :)

    ReplyDelete
  4. aiyooo..cha xle tgk kesan eksiden gitu..ngilu..huhuh

    ReplyDelete
  5. dua hari lepas adik bulan eksiden ngan kawan dia..selamat adik bulan ok..tapi kawan dia patah tulang paha sebab kena lenggek ngan kereta dari lane sebelah..huhu..

    p/s:bawak la lelaju lagik..=.='

    ReplyDelete
  6. astaga..sampai masuk besi bagai..meremang bulu roma tgk..T-T

    ReplyDelete
  7. peh mmg terbaik lah!! tu mst hari2 buat dressing kan...

    ReplyDelete
  8. Cik Azizah = haah,tapi sekarang sendirik2.infection pada tulang.tu yang lambat.hampeh tol nurse tu,dia tak buat window msa pkai simen dulu :(

    ReplyDelete
  9. ko buat dressing tu bersih2 tau..kalau tak bersih lagi infection..

    ReplyDelete
  10. perrgghhhh..!! gilerr lah..!! memankutkan..

    tapi gambar ang jambu laa time tuu kan?? kih kih kih.. :P

    ReplyDelete
  11. hahaha hampeh tol bro. jambu plak yang dia tengok.kalau tau aku tayang gambar kaki je.haha :D

    ReplyDelete
  12. bila baca kisah awk ni..teringat time saya eksiden motor..bila sedar saya kat tengah jalan...sib baik time tu tak banyak kenderaan yang lalu lalang...kalau tak...hmmm.

    Syukurlah tuhan masih sayangkan kita dan kita diberi peluang untuk terus bernafas.

    Ish panjang plak komen saya ni...heheheh

    ReplyDelete
  13. adoi...ad ariel kat kaki. Tak pe tu bukan peluntur semangat utk bawak motor. Terbaik pengalaman ni

    ReplyDelete
  14. ngerinya afzal. rasa sakit sgt. hati2 ye lps ni. :)

    ReplyDelete
  15. perh... entu sakit kan... mintak simpang la kejadian2 buruk nie semua... xsanggup aq...

    ( jom klik )

    ReplyDelete
  16. sapa kat tok mat rempit meh nak tibai bg...

    tp tok agaknya efek kemalangan tue buat tok tambah hensem skrg dari dulu ekekeke jgn marah ekk tok

    ReplyDelete