Kereta Mati Tengah Jalan, Tengah Malam. Amacam Ada Bran~

Aku baru balik dari kua berjimba. Minum cool blog ice blended aku hari ni. Dalam perjalanan balik tadi aku nampak ada kereta rosak. Budak2 muda.. nasib dorang ramai. So aku rasa dorang boleh handle sendiri kot, tak perlu bantuan daripada kenderaan yang lalu lalang. Lagi satu kawasan terang benderang, so tarahal la. Tu kalau bernasib baik. Apa kata aku tukarkan situasi. Apa yang akan korang lakukan sekiranya kenderaan korang mati di tengah jalan, di tengah malam, seorang diri?? Hehe ~


Macam aku kalau nak balik Kajang.. aku akan lalu jalan Muadzam- Bahau. Macam korang sedia maklum jalan tu sangat gelap, tiada lampu jalan dan kiri kanan hutan. Bukan aku tak nak lalu highway.. tapi aku rasa jalan tu lagi dekat. Aku belum pernah rasa situasi yang aku cakapkan.. dan aku tak nak ia berlaku. Potensi2 untuk kete korang mati di tengah jalan sangat tinggi, antaranya ialah :

1. Kehabisan minyak
2. Temperature kete korang naik sebab tangki air kosong
3. Bateri kong
4. Tayar bocor atau meletup
5. Timing belt putus
6. Distributer problem, kereta sangkut2 sebab palam pencucuh 
tidak menghasilkan api dengan sekata


So kalau perkara tersebut terjadi kat korang, time tu pulak lewat malam.. korang sensorang. Perhentian R&R jauh lagi. Kenderaan yang lalu lalang pun kurang. Kalau korang bernasib baik telefon ada coverage tak pe la.. kalau takde. Amacam? Mesti cuak nak menangis2 kan? Aku maksudkan yang gegirl je akan buat macam tu.. tapi kalau jantan nak nangis2 cenggitu sampai teresak2 aku pun speechless. Muka pecah rumah, tapi kaki main masak2 rupanya :P

Tetiba time tu pulak korang teringat citer2 seram yang korang tengok malam tadi. Lagi2 macam cerita Karak. Perghh kalau aku pun berpeluh gak ketiak. Masuk kereta kunci rapat2.. Bukak radio kuat2. Huhu. Kalau korang cukup berani.. korang kena buat panggilan kecemasan. Di setiap lebuhraya PLUS ada phone booth yang disediakan bagi tujuan panggilan kecemasan. Nak tak nak korang kena cari, atau korang nak terus berkurung dalam kereta sampai pagi.

Selain tu, korang boleh tahan mana2 kenderaan yang lalu lalang. Pastikan kenderaan anda dikunci terlebih dahulu, dan bawa barang2 berharga bersama. Minta hentikan korang di R&R terdekat dan buat panggilan PLUS Ronda. Jangan risau tiada caj yang dikenakan oleh PLUS Ronda untuk towing kereta korang nanti.

Kalau korang mahir dengan selok belok masalah berkenaan kereta, apa kata korang baiki sendiri. Itu lebih mudah dan cepat. Contohnya tayar pancit, korang boleh tukar sendiri :) Bagi girls, aku nak pesan.. korang beli kereta bukan setakat bawak dan isi minyak semata2.. korang kena tau perkara2 asas kenderaan seperti selenggara minyak hitam, air bateri, tekanan angin dan tukar tayar. Mungkin korang belum rasa situasi macamni berlaku pada korang kan? Sebab tu korang tak kisah.

So bila perkara sebegini berlaku, aku harap korang releks. Cool. Dapatkan bantuan samada buat panggilan kecemasan atau bantuan dari kenderaan yang lalu lalang. Baca la ayat2 yang patut. Jangan asyik fikir nak nangis je. Yela kita berada kat tempat yang asing.. nak tak nak kita kena terima hakikat yang kita tak bersendirian. Hehe :P


P/s : Elakkan memulakan perjalanan pada lewat malam. Sekiranya terpaksa, biar berteman.

44 Comments

  1. adoi kete mati...klu ramai2 ok ...klu sorang2 ...memang masak la ...jauhkan dr tragedi itu ...amin

    ReplyDelete
  2. Kete mati?
    Xpenah berlaku lagi

    Kalo jd kt yana..sorang2..phone xde coverage..
    Memang meraung dh tepi jalan..huk3

    ReplyDelete
  3. kah kkah kah kah... cite karak eek?? xleh blah hantuu yang macam alien vs pradetor dok makan org atas keta tuhh...

    keta aku pernah rosak atas hiway beb.. tp sib baik aku ada no tepon plus kat tiket tol.. boleh laa tepon.. hahahaa..

    ang nak taw keta aku rosak apa??

    viper rosak tgh hujan... hahahahaha.. terrbaeeekkk..!! tapi depa mai repar laa jugak.. tggu 30 minit tepi jalan.. haha.. best kan??

    ReplyDelete
  4. hatikubaik-mohdhazlan Dreadlock = haha.aku pernah kena, tp time maghrib la.nsib terang lagi.aish mntak2 tak jd mcmtu lagi

    ReplyDelete
  5. CikYana(",) = haha kalau meraung kete leh hidup semula..afzal pon nak buat cenggitu.haha :D

    ReplyDelete
  6. ChaCha = aik awk pon sama cam yana?korang leh la nangis secara beregu ye.haha :D

    ReplyDelete
  7. wan_cikgumuzik = eh bro tapi citer tu mmg betul.aku dah dengar citer tu masa aku darjah 3 lagi

    haha viper ke..wiper?hehe.ada khidmat tukar wiper gak ye?haha.klu dorang leh buat macam2 bagus gak tu.aku tak tau pon :) seyes

    ReplyDelete
  8. harap tidak akan berada dalam situasi sebegitu

    Tolonggggggggggg

    ReplyDelete
  9. Puteri Kasih = harap2 la kan.tapi malang tak berbau puteri.hehe

    ReplyDelete
  10. salam ziarah..
    huhu..memang gasak la kalu mati ngah area muadzam-bahau tu br0..
    da ar gelap, hutan kiri-kanan..
    Alhamdulillah la, setakat ni ak tak pernah lagi alami situasi macam ni

    ReplyDelete
  11. qamarguyz = haha.aku bia gajah atau menatang len melintas, jangan benda yg bukan2 melintas suda la.haha :D

    ReplyDelete
  12. semua kerosakan di tepi hiway depa akan tolong... tak kisah lah sekecil mana kerosakan tuu... cuma lama menunggu atau tak jerr... hahaha..

    alahh... typo skett jerr ponggg... hahhahahha

    ReplyDelete
  13. wan_cikgumuzik = nak tanak tunggu je la kan :) ala lagipun bukan kena bayar pon.hehe.tu nasib la orang nak tolong :P

    ReplyDelete
  14. Terbelog = akal mati leh terima..jangan mati ketakutan sudaaa.haha

    ReplyDelete
  15. mintak simpang dari terjadi mcm nie......kena pulak pada waktu malam....

    ReplyDelete
  16. tu pasal la den dah takde drive mlm2 skrg ni. tmbh2 plak kalau sorg2. xbrani2.. mcm2 dlm pale otak ni. huhu

    ReplyDelete
  17. Noor = haah noor.kalau boleh jgn balik memalam la ye.melainkan waktu perayaan sebab banyak kete :)

    ReplyDelete
  18. hati~♡ = awak ke yg drive?bukan ayah awk yg drive ke?hehe :P

    ReplyDelete
  19. hahaha.. ingat kite umur bape, bkn bdk kcik lg ye. see the leg la.. haha ;p

    ReplyDelete
  20. biar berteman. if jd pape, ada teman. :)

    ReplyDelete
  21. seram gile!! kalolah jadi macam cerita jangan pandang belakang..adoihh...

    ReplyDelete
  22. hati~♡ = see the leg?mak aih bulu kaki ke..bulu ayam ni??hahaha :D

    ReplyDelete
  23. Hani = teman tapi mesra ke hani?hehe.klu gegirl tu, kalau ada teman lelaki lagi ok kot.safety sikit

    lelaki dimaksudkan di sini..lelaki maskulin ok.bukan lelaki yg lebih lembut dari gegirl ye.tak kuasa i nok !! haha

    ReplyDelete
  24. ﻉ = haha ni mesti kaki citer antu ni.haha :D

    ReplyDelete
  25. bawak kawan la elok..malam2 nnt kene culik :D

    ReplyDelete
  26. syrupmasin = haha.btol2.kalau tak kena culik,kna rogol..bunuh dan bakar.tak ke sadis cenggitu kan??

    ReplyDelete
  27. kdg2 bahaya bila kita pullover tepi hiway tu..takut2 ada yang maidari belakang tak nampak...

    ReplyDelete
  28. Khairil = haa btol tu.bukannya tak risau kete yang kecik..tapi lagi bmbang yang besar2 ni mcm lori balak datang menyodok.uhuk3

    ReplyDelete
  29. sib baik tak pandai bwk keta...

    *trauma xcdent tak bleh hilang...hehe

    ReplyDelete
  30. huish... kalau sorg, tgh2 mlm lg, sumpah xkluar dr keta... haaha...

    ReplyDelete
  31. seram nye begituuuuuu.
    tapi area2 bahau tu jln sy. haha

    ReplyDelete
  32. Wilayah Sepet Kuku = tak pandai bwk kete @ tak bawak kete lagi?dua maksud berbeza ye :) abis pegi kerja naik ape?

    ReplyDelete
  33. Diary oF Mine = sanggup tak keluar dari kete?kang ada benda teman sekali dalam kete macamana?huhu

    ReplyDelete
  34. i am S!L4H.. = awak are bahau?cara awk cakap ni..macam awak ni hantu plak?haha

    ReplyDelete
  35. hahahah. eh mane ade. mksud sy sy dok area2 sane la. sampai ati kate antu. sentap 2 taon.

    ReplyDelete
  36. As salam...2-2 pun boleh digunapakai dan diterima akai..hehehe

    tak pandai bwk keta...dah 2 kali dah amek lesen..opss!..ujian kompiter lulus tau..cuma nak bwk keta tue jek..aduhaaii..luruh jantung makcik..asik kena marah jek..dah cuba bnyk kali..tapi, tak cukup gagah..trauma..trauma..

    pi keje selalu member ambik...tak pun naik bas... :)

    ReplyDelete
  37. i am S!L4H.. = haha tu la ckp biar terang.haha.ala joking je pon.kuci kuci ~ huhu :P

    ReplyDelete
  38. Wilayah Sepet Kuku = la yeke?hmm kena la berani.kalau tak sampai bila nak berani bawak kete?bwk moto pandai tak?

    ReplyDelete
  39. klu motor...sy suka,berani bawak..eceehhh..aduhaii, teringin sekali nak bwk scrambler..tapi, takot bila kat trafic light terpaksa stand kat tepi divider...tak sampai..haha..

    ReplyDelete
  40. Wilayah Sepet Kuku = tak sampai?tu la gunanya kasut tumit tinggi.hehe :P

    ReplyDelete
  41. Salaam.

    Seronok baca panduan ni. Terima kasih berkongsi.

    Saya pernah mati kereta waktu malam pukul 12 lebih di highway PLUS menuju ke KL, temperature naik, so tak berani nak teruskan drive. Call saja Plusline dan mereka akan hantar bantuan after inspection.

    Tapi bukan ini yang nak dikongsi, tapi nak beritahu supaya berwaspada pada satu perkara lain.

    Masa menunggu Plusline datang ada seorang lelaki mengaku pomen dan nak tolong lah apa lah. Ignorekan saja TAPI harus berkata2 baik. Katakan saja telah call bantuan dan ucapkan terima kasih.

    Lepas lelaki tu pergi, datang lagi seorang yg muka lebih kurang, siap pakai vest kecemasan dan yang best dia kata: "Saya dari Plusline. Ada apa2 ke kereta ni?"

    Make sure perhatikan kenderaan apa dia bawa. Jika bukan truck Plusline, senyum dan ciptalah alasan apa saja supaya dia beredar. Saya kata "Saja nak berhenti sini, mengantuk, nak tidur". Tapi dia minta saya pergi tempat lain dengan alasan tempat tu bahaya. Saya senyum dan berbual di telefon sementara dia tunggu dan asyik suruh saya alihakan kereta. Sebenarnya dia nak tengok kereta saya bergerak atau tidak. Saya buat bodo je duduk dalam kereta sampailah Plusline sampai. Dan dia pun melarikan diri.

    Ingat, bantuan PLUS sentiasa menggunakan truck PLUSLine dan memakai uniform, mereka sentiasa berdua dan tidak datang berseorangan.

    Jadi berhati2 dan beringat2 selalu ya.
    Be smart, stay safe.

    Wassalaam

    ReplyDelete
  42. hahaha.. gerenti kalut punyerlah..

    ReplyDelete