Monolog Si Tua

Dari hujung mata aku memandang. Gagah sungguh si tua itu. Terbongkok2 menyusun kotak yang jatuh bertabur dari basikalnya. "Pakcik..boleh saya tolong?", aku cuba membantu. Raut wajah tua itu lantas memandangku.. berkerut dek panas terik mentari, namum masih mampu mengukir senyum. "Takpe la nak.. kotor baju anak nanti", ujarnya sambil menahan tanganku dari terus membantu.. masih terkial2 menyusun kotak di pangku belakang basikal. Aku mampu memandang.. melihat si tua tersebut mula mengayuh basikal usangnya, meninggalkan sisiku. Meninggalkan kesesakan manusia yang ada.. tanpa sedikit pun mereka mempedulikan nasib si tua yang kelibatnya semakin lama.. semakin hilang dari pandangan mata kasarku. Aku gagahkan untuk memerhati.. dengan harapan si tua selamat sampai ke destinasi yang di tuju.

Aku termenung seketika. Aku kasihankan nasib Si Tua tadi. Kenapa dia masih lagi gagah mencari rezeki pada hujung usianya? Kenapa dia sanggup berkayuh basikal kehulu kehilir semata2 mencari kotak terbuang? Kenapa sanggup berpanas terik walaupun dia tau hasilnya tidak setimpal dengan jerih peluhnya? Apa alasannya untuk terus mengerah keringat sebegitu?


Itulah Si Tua.. biar dia penat, sesukar mana pun baginya..demi meneruskan kelangsungan hidup anak2 dan isi rumah..bersabung nyawa adalah sesuatu yang berbaloi. Aku lihat di mana2 sahaja.. masih terlihat Si Tua yang kuat kudratnya membanting tulang mencari sesuap nasi walaupun hakikatnya tidak begitu. Menyapu sampah di jalanan.. mengutip tin2 kosong.. menjadi jaga premis walaupun dia tahu risikonya amat tinggi. Apalah yang mampu Si Tua itu lakukan? Besar mana sangatlah kudrat yang dia ada? MANA ANAK2 MEREKA?? Soalan2 tersebut kerap kali bermain di fikiran aku. Setiap kali aku pulang, hati aku menjadi sayu tatkala melintasi bangunan sepi itu. Rumah Jagaan Warga Tua. Melihatkan Si Tua  mengisi sisa2 hidup dengan merenung jendela. Itukah balasan untuk mereka setelah mereka berhempas pulas, menyabung nyawa membesarkan anak2 sehingga anak2 mereka kenal erti berjaya dan bahagia?


Wajah mak abah aku mula bermain di kotak fikiran. Acapkali wajah mak aku menggantikan wajah Si Tua yang menyapu sampah di jalanan. Seringkali wajah abahku menggantikan Si Tua yang mengutip tin2 kosong. Sebak hati aku.. biarpun aku tahu Si Tua yang aku lihat bukan darah dagingku..bukan waris aku. Tetapi nilai kemanusiaan menyebabkan hati aku pilu. Kalau lah air mata aku berharga.. setiap air mata yang bergenang di kelopak mataku, akan aku berikan kepada Si Tua itu. Tidak perlu kerja keras. Rehat sahaja di rumah.

"Mak tak minta apa2 dari Along, mak cuma harap Along.. anak2 mak yang lain bahagia, cukup makan pakai walaupun mak tau mak dan abah tak dapat  tunaikan segala permintaan anak2 mak" Kata2 tersebut terngiang2 di cuping telingaku. Itulah Si Tuaku. Hari ini, dengan rendah hati, aku dedikasikan entry aku kali ini untuk kamu Si Tua. Aku harap bahagia sentiasa menemanimu hingga ke akhir usia.





P/s : "Along..bila Along dah ada anak nanti..baru Along akan tau apa yang mak rasa. Sejahat mana
         sekalipun, seteruk mana anak2 mak.. mak takkan sesekali sisihkan kamu semua"

        *Luluh hati aku menghasilkan entry ni.

39 Comments

  1. semoga kita dpt membalas jasa ibubapa kita juga dan menjaga kita seprti mn mereka menjaga kita .. - mankete

    ReplyDelete
  2. Ya Allah engkau berkatilah ibubapaku sepertimana mereka menjagaku di waktu kecil...amin

    ReplyDelete
  3. Hargailah mereka sebelum Illahi menjemput mereka.
    Jangan sesekali lukakan hati mereka kerana mereka kita melihat dunia.

    love you papa mama. :(

    ReplyDelete
  4. :'( bergenang air mate bace entry ni..

    ReplyDelete
  5. aku harapkan aku sempat membahagiakan kedua orang tua aku walaupun aku tau jasa aku tak setimpal dengan pengorbanan mereka :(

    ReplyDelete
  6. sedihhh.. tgk teyn nages..pujuk balek!

    ReplyDelete
  7. hargai ibubapa ! tanpa mereka siapa lah kita ..

    ReplyDelete
  8. jasa oh jasa

    sangat sedih baca entri nie

    hargai lah ibu bapa selagi ada :)

    ReplyDelete
  9. bahagia tengok mak abah aku tersenyum biarpun hanya sebentar :)

    ReplyDelete
  10. hurmm.. arini merajuk ngan umi..
    sedih lak bila baca entry ni..
    terima kaseh

    ReplyDelete
  11. malam ni awk berjaya membuat air mata saya mengalir

    ReplyDelete
  12. artikel yang betul-betul menarik. :)

    sama2lah kita jga ibu bapa kita.

    jgn bila da bsar, kita tinggl dorg kt kmpung sorg2.

    aptah lg anta dorg kt rumah org tua.

    ReplyDelete
  13. wajahnya mencerita seribu mcm
    persoalan... dalam hati mereka
    hanya satu, pulang dan pulang...

    ReplyDelete
  14. NaK nanges..:'(..
    teringat mak ngan abah kat umah..:'(..

    ReplyDelete
  15. series sedey...sob sob sob...

    ReplyDelete
  16. tersentuh hati aku bro bila baca entry ni...

    ReplyDelete
  17. best entry ni.mendalam..semua mak nk yg terbaik utk ank2...sayang mak saya..:)

    ReplyDelete
  18. sori guys..selalu buat korang kongsi suka,riang tawa..tapi malam ni teman aku menyelami sisi2 hidup si tua

    ReplyDelete
  19. suatu hari kita akan tua juga... :-( kenangkan mummy dan daddy.. oh sedihnyaaaaa http://ulanweblog.com

    ReplyDelete
  20. semoga Allah memberkati hidup ibu bapa kita . aminn

    ReplyDelete
  21. semoga kita semua jadi anak yg soleh solehah..aminn ^__^

    ReplyDelete
  22. teruskan menulis bro...i like..kipidap

    ReplyDelete
  23. Tq harrazdani :) trimas for ur support :)

    ReplyDelete
  24. .................................>_<

    ReplyDelete
  25. sedih! sobs. terus homesick. nak balik rumah sekarang jugak. :(
    btw, gudluck yep! :)

    ReplyDelete
  26. tacing, bhai.. ~



    minah tough macam aku tacing..

    agghh !~

    ReplyDelete
  27. tersentuh jiwa raga..Terserlah soft side KD..

    ReplyDelete
  28. Ya Allah sedihnyeeeee

    Abah yana da xde :(

    I love mama soo much

    ReplyDelete
  29. terima kasih kerana entri ini menyebabkan airmata saya mengalir...

    teringat pada arwah saya ,

    ReplyDelete
  30. waaaa,..serius nk nagis..hummm...sy mmng syg mak ayah sy..wlaupon kdg2 tak dgar ckp.. :( ..

    *slalu tsrempak ngn ngn si tua mcm ni..mmng sedih tgk diorg,trfikir jga..anak2 mane :(

    ReplyDelete