SEGMEN : PUTUS CINTA

Aku tertarik nak join segmen ni sebab aku ada banyak kisah nak diceritakan. Hmm..tapi aku tak nak cerita semua sekali. Aku tau pasal segmen ni pun dari blog mentor aku wancikgumuzik dan aku rasa berminat nak masuk. Boleh ye tuan segman?Ha tuan punya segmen ni adamainaa. Hehe. So kalau korang turut berminat, terjah la segmen ni ye :)


Meh KLIK sini kalau korang berminat macam aku :P


Aku kenal ngan Nia (bukan nama sebenar) sewaktu majlis persandingan Pak Su aku. Aku pengapit lelaki, manakala Nia pengapit perempuan. Dari mata bertentang mata, kemudian senyum2 malu dan akhirnya bertukar2 nombor telefon. Nia merupakan rakan kepada Mak Su aku..jiran sekampungnya. Semangat aku semakin lama, semakin berkobar2 tatkala hasratku ingin berkenalan dengan Nia disambut baik oleh abahku sendiri. Abahku berkenan dengan sikapnya yang lemah lembut, tampak ayu gitu. Familiku tiada masalah dalam hubungan kami, cuma Pak Su aku saja..mengambil keputusan berdiam diri. Tak menunjukkan tanda setuju..ataupun membantah. Aku bahagia sewaktu dengan Nia.


27 November 2008 kami mula berkenalan sehingga kedua2 belah pihak mencapai kata sepakat untuk melangsungkan upacara merisik dan bertunang 6 bulan kemudian. Terlalu awal kan untuk mengenali hati budi masing2?? Sehari selepas majlis pertunangan, Nia terus tak membalas mesej dan panggilanku. Pada mulanya aku fikir mungkin dia penat selepas kenduri, tetapi masalah ini berlanjutan selama seminggu..dua minggu. Setiap mesej2 dan panggilanku tak pernah dibalasnya. Aku pernah menelefon akaknya bagi mendapatkan kepastian.Tapi hampa kerana akaknya tidak mahu masuk campur. 


Kerunsingan tersebut terbawa2 sehinggakan mengganggu kosentrasi kerjaku di pejabat, lantas pegawai atasan mengarahkanku agar mengambil cuti tanpa rekod. Aku cuba menemui Nia di rumah sewanya di Putrajaya, namun dia sanggup tidak membuka pintu, membiarkan aku menunggu selama 2 jam di luar rumah. Akhirnya aku terpaksa kembali ke Kuantan tanpa menyelesaikan apa2 masalah.


Masalahku akhirnya dihidu oleh kedua orang tuaku dan akhirnya kami membuat keputusan untuk berjumpa familinya. Selepas aku putus, tiba2 aku terima mesej darinya mengucapkan terima kasih kerana melepaskannya dan mengatakan aku berhak dapat yang lebih baik daripadanya. Akhirnya kebenaran terbongkar, Pak Su aku sebenarnya tidak mahu menghampakan harapan aku..apatah lagi aku anak buah yang paling rapat dengannya. Dia menceritakan perihal buruk perangai Nia dan keluarganya yang pada aku sangat mengaibkan. Baru aku tau, selama ini dia menerima aku kerana dia sedang bergaduh besar dengan teman lelakinya. Teman lelakinya memujuknya kembali apabila mendapat tahu status pertunangannya dan Nia akhirnya tinggalkan aku dan kembali kepada bekas teman lelakinya..


Tidak habis dengan itu, famili aku turut terkena tempias apabila famili Nia merasakan mereka telah dimalukan dengan mengenakan ilmu hitam ke atas kami..walhal pertunangan itu diputuskan sendiri oleh bapa Nia. Kami tak terkata apa2. Dari kami berhabis duit membalas perbuatan mereka, lebih baik kami gunakannya untuk mengubati penyakit yang kami alami. Alhamdulillah hampir setahun berubat, mak abah aku sembuh sepenuhnya. Aku juga dapat tahu teman lelaki Nia menggunakan ilmu hitam untuk menambat hati Nia kembali.


Aku bersyukur sangat2, Allah tunjukkan aku banyak kebenaran sebelum aku mengikat hubungan yang lebih serius dengan Nia. Dalam zaman begini, masih ramai yang taksub menggunakan ilmu sesat untuk memenuhi kehendak diri sendiri. Apa2 pun aku lega dan bersyukur ditunjukkan kebenaran ini dan selamat dari sebarang musibah..




P/s : "Kun Fa Ya Kun" Kalau Allah kata jadilah.. maka tetap akan terjadi. Kita sekadar
         merancang.. tetapi Allah Maha Perancang dan Dia lah sebaik2 perancang. Dia lebih
         mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Tak kenal maka tak cinta, tak gitu?

47 Comments

  1. salam..
    sesungguhnye,hnye Allah lah tmpat terbaek tok mengadu..
    dan yg paling layak utk kite mnta ptunjuk ^^,

    ReplyDelete
  2. pergh....memang memori hitam....kesian ko dijadikan kambing hitam termasuk keluarga sendiri....perit bercinta kalau jadi macam ni

    ReplyDelete
  3. ciannye
    ade hikmah disebalik setiap ape yg berlaku

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    Wahh. sampai ke ilmu hitam ya. tak sangka betul masih tergamak lagi org nak gunakn ilmu hitam ni.

    sabar ya tuan blog. sesungguhnya akan ada pelangi yang muncul selepas hujan. tak gitu? (aku main hentam je ni).

    keh keh keh. apa2 pun, berserah je pada ketentuan Allah.

    saya doakan yg terbaik utk tuan blog. ^__^

    ReplyDelete
  5. hehe trimas tuan punya program :) haah ilmu hitam.ni pengalaman pertama kali kena. Memang unsangkarable..tu la kita tak leh lihat orang melalui perwatakan luaran dia je kan??

    #tu la pengalaman paling berharga saya belajar

    ReplyDelete
  6. kenapa harus guna ilmu hitam. makin lama orang makin pecaya ilmu ni sdgkan ianya syirik n menyekutukan Allah.

    btl apa yg afzal ckp tu, jgn nilai org dr sifat luarannya.

    be strong abg long.

    u will find some1 better. :)

    ReplyDelete
  7. hish kenpa smpai guna ilmu hitam tu..


    xpe lah..insyaAllah ade hikmah di sebalik tu..

    ReplyDelete
  8. kawan fa punya kakak meninggal sebab ilmu itam, sebab cinta tak berbalas. huhu

    ReplyDelete
  9. hurmmm anak dia yg buat hal bleh plak nak anto black magik..keji sungguh!

    ReplyDelete
  10. orang kata, nak seribu daya tak nak seribu dalih... tapi bila nak sangat hingga gunakan cara kurafat ni... kes naya la...
    mintak dijauhkan...

    ReplyDelete
  11. thanks guys..tu la lebih percayakan ilmu khurafat dari ilmu Allah. Pada dorang ilmu khurafat lagi cepat nampak keberkesanannya kot?hmm :(

    ReplyDelete
  12. encikkkkkk...sabar ye..ingatkan cerita novel td sebab kata kata yang indah disusun..menarik baca..sabarlah..pasti ada yang terbaik :)..kalau dah jodoh tak ke mana :)

    ReplyDelete
  13. woit..apasal ammxleh nk komen kat sbox afzal? banned pasal apa?

    ReplyDelete
  14. ntah ler..
    xleh nk tggl jejak dh ni.. huhuhu..
    ni mesej dia..

    Your IP address 202.60.56.240 has been banned from this shoutbox.
    Please try again later.

    ReplyDelete
  15. halamak amm.. tak banned pon.tak tau plak.nak buat mcmn nih?

    ReplyDelete
  16. xtau la bro.. kn tnya pada pakar la.. xdehal la.. jd silent reader la plak.. hahahahahahah

    ReplyDelete
  17. halamak tak besh la cenggitu bro.hmm nnti aku tanya yang lebih pakar..aku tanya cikguwan ngan abgteror.sori bro menyusahkan ko :(

    ReplyDelete
  18. aku sendiri pernah terkena ilmu hitam ni..cinta yang diharapkan..hancur berkecai dek kerana minda manusia yang masih percaya pada benda-benda sebegini.

    memang sakit dan memang perit, namun semua itu mengajar ku untuk lebih berhati-hati kini

    ReplyDelete
  19. i'm one of the eye witnesses of this sad episode. freakin' arse!

    ReplyDelete
  20. kadang-kadang Allah sembunyikan matahari. Allah turunkan hujan dan kilat. kita tertanya2 ke mana peginya matahari, rupa2nya Allah hilangkan matahari untuk hadiahkan kita pelangi.

    semua yang berlaku pasti ada hikmahnya kan kan (:

    ReplyDelete
  21. dont worry. kadang2 Allah temukan kite dgn org yg 'salah' sblm menemukan kte dgn org yg btol2 sempurna utk kte.

    Kin nye experience dlu pon lebih kurang camni gak cume x la sampai tunang. dekat 5 tahun b'kwn.. nyaris tunang, and siap plan nk kawen 11/11/11.. family pon da suke same suke gitu.. tp nk buat camne.. da bkn jodoh kot.. but ape2 pon kin bersyukur. :)

    eh ni apehal meleret cite pengalaman sendiri plak dah.. hahah sori..sori.. :P

    ReplyDelete
  22. heh eikieyn tarahal la.kongsi pengalaman kan :) takpe ada hikmah disebalik yang berlaku kan? :)

    ReplyDelete
  23. kat entri aku aku tak cite kan apa kisah lepas dia kol aku selepas setahun awek aku berkahwein kan??

    dia kata dia kena guna2 ngan family lelaki tuu.. sbb tuu kawen ngan org tuu dan tingalkan aku.. kah kah kah.. tapi tataw kenape aku tak caya.. huhu...

    ReplyDelete
  24. subhanallah.. kadang2 Allah hadirkan org yg salah sebelum yg betol.

    ReplyDelete
  25. subhanallah.. kadang2 Allah hadirkan org yg salah sebelum yg betol.

    ReplyDelete
  26. boleh bikin drama la cenggini kan?jalan citer dah ada.bro ada kenal mana2 producer?rashid sibir ke?hehe :P

    ReplyDelete
  27. wah... trajisnye~~ sabarlah~~ seronok jugak eh segmen ni~~ :p

    ReplyDelete
  28. trajis?bunyik dah macam najis plak.haha.tapi dah tutup rasanya segmen ni.25-26 Julai.Tapi try la terjah dulu :)

    ReplyDelete
  29. best bace karangan ko ni...akakkakak

    nnt masuk pertandingan esei piala rosmah okeh...adiah cincin 24 juta...akakakak

    boleh wat hantaran...akakakaka...

    ReplyDelete
  30. haha.tu bukan karangan..tu syair :P tanak la 24 juta.murah sangat.huhu :P

    ReplyDelete
  31. sedih crite ko ni bro ...huk2


    semoga trs tabah kwn dtg mengharungi hari2 mendatang ...

    excellence!

    ReplyDelete
  32. haha.arini mood ko sedey ye?

    #baik pada pandangan kita..tak semestinya baik pada pandangan Allah :)

    ReplyDelete
  33. ya Allah dunia zaman sekrang..manusia menghalalkan pelbgai cara untuk mendapatkn sesuatu yg diingini..yanaa doakn afzal dapy yg lebiy baik dr dia..amin..

    ReplyDelete
  34. isk..ada lg manusia cm gini..
    nie cte kisah bro ke?

    ReplyDelete
  35. giler ke hape "/ hee. pelik pelik akn manusia skang.

    ReplyDelete
  36. bang long...citer betul ke ni?

    ReplyDelete
  37. biar zaman dah makin moden, ilmu hitam ni takkan hilang.. kdg2 risau jugak kalau terkena dengan diri sendiri.. smoga Allah swt melindungi kita semua..

    bro, bwk bersabar ya! semua yang terjadi pasti ada hikmah d sebaliknya.. :)

    ReplyDelete
  38. Anne Nurain - ye betul tu Anne.mekasih :)

    ReplyDelete
  39. msti tok dh lupa kan kisah ni..msti skrg tok dh dpt cinta sjati kan ^__^

    errr...ada hikmah smua ni.. T__T

    ReplyDelete
  40. sedih. kejam.

    sanggup Nia mainkan perasaan org kan. mungkin hari tu, hari dia. tiba masanya dia pasti akan menyesal apa yang dia lakukan tuu

    ReplyDelete
  41. cerita lebih kurang mcm kwn baik sy.. dia lg kesian sbb bekas tunangnya kikis dia habis-habisan.. sampaikan mas kawin pun nak kawan sy yg keluar duit..

    ReplyDelete
  42. tumpang simpati utk afzal atas apa yg telah berlaku. yea afZAL berhak mendpat yg terbaik dan dah terbukti dengan kehadiran cik tunang yang tak berapa hari lagi bakal bergelar Pn. Afzal...

    semoga berbhgia dengan insan tersayang selama2nya dunia dan akhirat. anggap kisah lalu sebagai pengalaman mematangkan lagi kehidupan.


    kalau afzal dijadikan kambing hitam masa tunang tapi eyza lagi beberapa hari nak akad nikah. namun syukur sangat2 dengan petunjuk dari Allah eyza dan dia tak sempat nikah.

    ReplyDelete